Saturday, August 6, 2011

Muqasid Sembahyang

Tidak ramai yang menyedari bahawa ibadah sembahyang kita ada muqasidnya. Ianya bukan sekadar ibadah seperti yang kita maklumi, tetapi di dalamnya ada hikmah besar di sebalik perintahNya agar kita menunaikannya. Ada sebab yang besar mengapa simbahyang dijadikan sebagai salah satu rukun Islam, malah ianya adalah rukun yang pertama yang diperintahkan menunaikannya, sebelum zakat, puasa dan haji. Malangnya perkara ini jarang disentuh dalam pengajaran fiqh kita, malah perkataan muqasid itu sendiri ada yang tidak pernah mendengarnya lantaran memang jelas jarang disebut dalam sesi pengajaran fiqh.
Ibadah sembahyang kita mempunyai rohnya. Roh inilah yang sepatutnya dihidupkan. Roh yang hidup akan menjelma dalam kehidupan seharian kita. Inilah muqasid sembahyang kita. Jadi muqasid sembahyang kita adalah bertujuan untuk membentuk sikap umat Islam. Sikap inilah yang akan mencorakkan tindak-tanduk dan perilaku kita dalam menjalani hidup. Jadi ibadah sembahyang kita adalah sebagai proses untuk mencapai tujuan itu. Malangnya ini tidak terjadi lantaran ramai yang tidak tahu apakah tujuan ibadah sembahyang. Mereka hanya tahu bahawa sebagai seorang Islam, wajib menunaikannya, maka kita melakukan sembahyang hanya kerana diperintahkan. Stakat itu sahaja. Selepas salam, tidak ada yang harus kita buat kita fikirkan dan lakukan, tidak ada lagi yang berkaitan dengan sembahyang kita. Menjelang fardu sembahyang berikutnya, itu juga yang akan terjadi. Bagaimana hendak mendapat rahmat dari sembahyang kita? Ini terjadi kerana kita tidak pernah diajar tentang tujuan ibadah sembahyang. Dalam sesi-sesi pengajaran sembahyang yang selalu kita ikuti dalam ceramah-ceramah atau kuliah-kuliah, pengajaran sembahyang selalunya terbatas kepada hukum-hakam yang menentukan sah atau batalnya sembahyang kita, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika sembahyang. Tujuan dan matlamatnya, atau muqasidnya tidak disentuh. Akibatnya, roh sembahyang itu terabai, malah seperti tidak ujud sama sekali. Jadi ramai yang mendirikan sembahyang tanpa objektif atau matlamat.
Yang manakah roh sembahyang? Bolehlah dikodkan di sini bahawa apa sahaja unsur-unsur yang terdapat dalam bab sembahyang, termasuk hal-hal wuduknya sekali, yang dapat kita terjemahkan menjadi tingkah-laku, adalah roh sembahyang. Ianya mencakupi hukum-hakam, prosedur pergerakan-pergerakannya, falsafahnya dan sebagainya, adalah roh sembahyang. Kita ambil satu contoh, ada hukum sembahyang menyebut, dan sunat memandang ke tempat sujud sepanjang kita mendirikan sembahyang. Ini satu hukum yang disebut dalam kitab Sabilul-muhtadin. Cuba tukarkan hukum ini menjadi peraturan hidup kita. Bagi saya hukum iini mengajar erti memberi tumpuan dalam apa sahaja kerja yang sedang kita lakukan. Jadi ini adalah satu dari begitu banyak lagi muqasid sembahyang. Jika muqasid ini dan yang banyak lagi itu, dapat kita hidupkan dalam kehidupan seharian, alangkah baiknya akhlak kita sebagai orang Islam? Dan, agama Islam akan dilihat sebagai agama yang praktikal dan agama cara hidup. Wallahu-a'lam.

No comments:

Post a Comment