Wednesday, October 9, 2013

Maksud ikhlas dalam amalan

Syarat utama untuk beribadah ialah ikhlas
Ikhlas selalunya diberi pengertian kerana Allah. Namun frasa kata ini tidak pernah dijelaskan konsepnya. Jadi bagaimanakah anda hendak menjelaskan konsep kerana Allah itu.
Pertama, kita harus jelas konsep ibadah. Ibadah tidak terhad kepada aktiviti berkaitan sembahyang, zakat, puasa dan haji sahaja. Aktiviti harian juga boleh menjadi ibadah jika cukup syarat-syaratnya. Yang paling paling penting ialah ikhlas iaitu kerana Allah.
Frasa kata kerana Allah itu maksudnya ialah kerana perintah atau larangan Allah. Melakukan aktiviti kerana mematuhi perintah Allah, atau meninggalkan larangan Allah itulah diringkaskan sebagai kerana Allah. Jadi apa jua aktiviti harian yang kita lakukan atas dasar ini adalah dikatakan kerana Allah, dan akan menjadi ibadah jika cukup syarat-syaratnya. 

Jadi untuk menjadikan sebarang aktiviti harian dalam kehidupan kita yang kita jalankan atau tinggalkan harus kita ketahui hukumnya sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram, ianya sama ada dalam bentuk ayat-ayat al-Quran atau hadis Rasulullah saw.
Pun begitu, kita harus memenuhi empat lagi syarat. Penjelasannya terdapat dalam buku Konsep Ibadah & Amal Soleh. (klik)
Saiz A5 129 muka surat Sem. RM12, Sab/Swk RM14 Biaya pos RM2 

Monday, October 7, 2013

Konsep Ibadah

Apakah dia ibadah?
Apa sahaja yang kita lakukan jika memenuhi syarat-syaratnya akan menjadi ibadah.
Ibadah tidak terbatas kepada amalan sembahyang, zakat, puasa dan haji, dan segala rangkaian-rangkaiannya sahaja seperti sembahyang sunat, puasa sunat, sedekah dan sebagainya. Apa sahaja yang kita lakukan asalkan bukan yang dalam kategori yang dilarang boleh menjadi ibadah jika memenuhi syarat-syaratnya. Baca lebih lanjut di bawah page Ibadah.

Tuesday, July 9, 2013

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa. 
Apakah objektif ibadah puasa anda bulan Ramadan ini?
Ya, kita harus mempunyai tanggapan sendiri tentang sesuatu ibadah yang kita lakukan. Paling kurang kita harus bertanggapan bahawa ibadah-ibadah sembahyang, zakat, puasa dan haji itu ada matlamatnya yang hendak dicapai. 
Bagi ibadah puasa, antaranya ialah yang disebut oleh ayat 183 surah al-Baqarah, iaitu untuk mencapai takwa, bagi ibadah sembahyang pula disebut oleh ayat 45 surah al-Ankabut, iaitu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, begitu juga ibadah zakat dan haji.
Menunaikan ibadah puasa tanpa objektif adalah sia-sia, itu sebabnya Rasulullah saw pernah bersabda, ‘Banyak antara orang yang berpuasa tidak memperoleh sesuatu dari puasanya, kecuali rasa lapar dan dahaga.’ Untuk mencapai takwa, dan apakah sebenarnya ketakwaan, sila ke page ibadah puasa, di sana anda akan dapati ada beberapa objektif ibadah puasa; objektif saya ialah mempertingkatkan ketakwaan. 

Sunday, March 17, 2013

Konsep hidup Islam

Untuk mengaku bahawa diri kita Islam, pertama sekali kita harus menerima hakikat bahawa kita ini dijadikan oleh Allah swt: Dia-lah yang mencipta kita seperti adanya hari ini, meletakkan kita di atas muka bumi ini, dibekali dengan otak yang mampu berfikir dan meneroka sumber-sumber bumi yang disediakan-Nya.
Dengan pengakuan ini Islam menghendaki manusia agar sedar tentang dirinya: jika kita dijadikan-Nya bererti bahawa kita adalah kepunyaan-Nya. Dan, dengan kemampuannya berfikir itu manusia mampu mengumpul harta, maka kita harus mengakui juga bahawa segala harta dan kepunyaan kita juga hakikatnya adalah kepunyaan-Nya juga. Jadi, diri kita dan harta kekayaan kita bukanlah kepunyaan kita secara mutlak, tetapi hakikatnya adalah kepunyaan Allah swt.
Setelah kita menerima dua hal yang tersebut ini dengan sebulat hati kita, maka kita boleh mengaku bahawa kita adalah seorang Islam. Jika tidak, kita tidak boleh mengaku bahawa kita Islam. 

Worldview hidup Islam


Worldview tentang dunia adalah caranya seseorang melihat dan menjelaskan tentang dunia dan bumi tempat tinggal manusia; worldview ini bukan sahaja melibatkan cara kita berfikir tetapi akan menentukan juga perilaku dan tindakan kita, dan sekaligus akan menentukan kualiti hidup.

Untuk memutuskan bagaimanakah caranya kita hendak hidup di atas muka bumi ini, dan cara manakah yang hendak kita ikuti, kita harus faham benar-benar konsep dari mana kita datang, dan ke mana pula kita akan pergi selepas ini. Setelah itu baru kita sedar apa yang harus kita lakukan sepanjang hidup.
Worldview tentang dunia adalah caranya seseorang melihat dan menjelaskan tentang dunia dan bumi tempat tinggal manusia; worldview ini bukan sahaja melibatkan cara kita berfikir tetapi akan menentukan juga perilaku dan tindakan kita, dan sekaligus akan menentukan kualiti hidup.

Untuk memutuskan bagaimanakah caranya kita hendak hidup di atas muka bumi ini, dan cara manakah yang hendak kita ikuti, kita harus faham benar-benar konsep dari mana kita datang, dan ke mana pula kita akan pergi selepas ini. Setelah itu baru kita sedar apa yang harus kita lakukan sepanjang hidup.
Buat permulaan untuk melihat worldview hidup Islam sila ke sini.