Tuesday, July 9, 2013

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa. 
Apakah objektif ibadah puasa anda bulan Ramadan ini?
Ya, kita harus mempunyai tanggapan sendiri tentang sesuatu ibadah yang kita lakukan. Paling kurang kita harus bertanggapan bahawa ibadah-ibadah sembahyang, zakat, puasa dan haji itu ada matlamatnya yang hendak dicapai. 
Bagi ibadah puasa, antaranya ialah yang disebut oleh ayat 183 surah al-Baqarah, iaitu untuk mencapai takwa, bagi ibadah sembahyang pula disebut oleh ayat 45 surah al-Ankabut, iaitu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, begitu juga ibadah zakat dan haji.
Menunaikan ibadah puasa tanpa objektif adalah sia-sia, itu sebabnya Rasulullah saw pernah bersabda, ‘Banyak antara orang yang berpuasa tidak memperoleh sesuatu dari puasanya, kecuali rasa lapar dan dahaga.’ Untuk mencapai takwa, dan apakah sebenarnya ketakwaan, sila ke page ibadah puasa, di sana anda akan dapati ada beberapa objektif ibadah puasa; objektif saya ialah mempertingkatkan ketakwaan. 

No comments:

Post a Comment