18 October 2014

Rahmat Dari Ibadah Haji

Haji yg mabrur tiada balasan lain kecuali syurga. Ini bermakna haji yang mabrur mendapat rahmat Allah swt kerana ada hadis yang menyebut kita masuk syurga dengan rahmat Allah.Jadi bagaimanakah caranya hendak meraih rahmat Allah dari ibadah haji? Inilah persoalannya. Jawabnya adalah tidak lain daripada menjaga kemabruran ibadah haji yg kita tunaikan.
jika kita rasa ibadah haji kita sudah mabrur maka kita kekalkan kemabrurannya, jika kita tiak tahu mabrur atau tidak maka kita harus mencari jalan memabrurkannya. Caranya yang praktikal ialah dengan menghidupkan semangat ibadah haji kita. Apakah yg dimaksudkan semangat haji itu.
Kita ambil satu contoh: ketika berihram setiap ahli jemaah disunatkan memakai kain ihram berwarna putih. Ini memperlihatkan keseragaman sama antara seorang dengan yg lain. Semangat dari kedudukan ini ialah kesamarataan. Kesamarataan bermaksud memandang setiap orang itu sama kedudukannya. Misalnya jika menjemput untuk kenduri kendara kita tidak memilih-milih orang tertentu. Ini hanya satu daripada pendekatan untuk mendapat kemabruran haji kita.
Banyak lagi roh atau semangat ibadah haji. Buku Ke Arah Haji Yang Mabrur adalah ditulis untuk tujuan ini.

No comments: