28 October 2014

Sentiasa Beribadah

Satu cara untuk mendapat rahmat Allah ialah dengan cara menjadikan diri kita dalam keadaan sentiasa beribadah.
Sentiasa beribadah bererti setiap saat dan setiapmasa serta sepanjang masa hidup kita berada dalam keadaan beribadah. Pandangan ini mungkin dianggap mustahil untuk dilakukan jika kita berpandangan bahawa beribadah itu terbatas kepada melakukan amalan-amalan yang berkait dengan sembahyang, zakat, puasa dan haji sahaja serta rangkaian-rangkaiannya.
Tidak dinafikan bahawa itu adalah ibadah yang jelas, yang disebut sebagai ibadah khusus. Tetapi ianya hanya merupakan sebahagian kecil dari konsep ibadah yang lebih luas lagi, yang mencakupi ibadah umum.
Jika kita melihat ayat 162 surah al-Anam akan mendapati bahawa Allah swt memang menghendaki kita agar sentiasa beribadah. Kita lihat ayat itu menyebut, 'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku'. Perkataan mengabdi itu menunjukkan caranya iaitu beribadah.
Bilakah masanya untuk beribadah? Kita lihat pula satu ayat lain yang sering kita baca setiap kali mendirikan sembahyang iaitu  ayat 162 surah al-Anam yang maksudnya, 'Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam', yang bermaksud bahawa kita harus dalam keadaan sentiasa beribadah bila disebut hidupku dan matiku.
Jadi bagaimanakah caranya kita hendak berada dalam keadaan sentiasa beribadah?
Sebelum itu mari kita membuat anjakan paradigma mengenai konsep beribadah, bahawa beribadah tidak terbatas kepada melakukan amalan sembahyang, zakat, puasa dan haji sahaja tetapi mencakupi setiap aktiviti kehidupan seharian sama ada dalam bentuk niat, percakapan dan perbuatan.
Pastinya hanya aktiviti yang wajib, sunat dan harus sahaja yang boleh dijadikan ibadah. Begitupun ada lima syarat untuk menjadikannya ibadah:
  1. Niat kerana Allah,
  2. Agenda yang wajib, sunat dan harus sahaja,
  3. Manhaj atau kaedah yang tidak bertentangan dengan syariat,
  4. Natijah yang betul, dan
  5. Tidak meninggalkan perkara-perkara yang fardu ain.
Bagaimanapun penjelasannya yang terperinci tidak dapat diturunkan di sini. Di sini hanyak dapat disebutkan bahawa ada penjelasan-penjelasan yang terperinci yang disertakan dengan contoh-contohnya sekali untuk setiap satu yang tersebut di atas ini.
Niat, misalnya, disebut sebagai kerana Allah, apakah yang dimaksudkan kerana Allah, dan bagaimana caranya hendak mendapatkan konsep kerana Allah itu, ramai antara kita malah para agamawan sendiri tidak pernah memberikan penjelasan yang objektif - penjelasan yang selalu kita dengar ialah kerana Allah itu maksudnya ikhlas, tetapi bagaimana caranya hendak mencapai ikhlas itu.Inilah yang saya maksudkan itu.
Buku KONSEP IBADAH DAN AMAL SOLEH mempunyai penjelasannya yang terperinci dan objektif, di samping penjelasan mengenai empat perkara lagi yang tersebut itu.
Jika anda adalah antara kalangan mereka yang berhajat untuk mendapatkan khusnul khatimah buku ini boleh dijadikan panduannya kerana formula yang diturunkan akan menjadikan kita sentiasa berada dalam keadaan beribadah, dan jika ditakdirkan mati pada bila-bila masa insyaAllah akan mati dalam keadaan khsunul khatimah.
Dapatkan buku ini melalui contact di blog berkenaan kerana buku ini tidak terdapat di pasaran terbuka.
Wallahu a'lam.

No comments: