09 December 2014

Cara hidup dalam keadaan sentiasa beribadah

Untuk mencari rahmat Allah hidup kita biarlah yang serasi dengan asal kejadiannya.
Manusia dicipta dengan 7 kemampuan:

  1. makan,
  2. tumbesaran,
  3. membiak,
  4. pengamatan
  5. bergerak di bawah kekuasaan,
  6. tahu mengenai hal-hal umum, dan
  7. berkehendak dan memilih.

haiwan cuma 5:

  1. makan, 
  2. tumbesara,
  3. pembiakan,
  4. pengamatan, dan
  5. bergerak di bawah kekuasaan.

manakala tumbuhan cuma 3:

  1. makan,
  2. tumbesaran, dan
  3. pembiakan.
Dari sudut hidayah pula manusia dianugerahi dengan 5 hidayah:
  1. hidayah naluri,
  2. hidayah pancaindera,
  3. hidayah akal budi,
  4. hidayah agama, dan 
  5. hidayah taufiki.
Manakala haiwan cuma ada dua hidayah iaitu hidayah naluri dan hidayah pancaindera.
Jika demikian kedudukannya, manusia harus menjalani kehidupan di bumi ini dengan cara yang serasi asal kejadiannya, dengan kata lain tidak wajarlah untuk menjalani kehidupan sepertimana haiwan.
Lebih lanjut baca dalam buku Konsep Ibadah dan Amal Soleh.

No comments: