22 September 2015

Kriteria mendapat rahmat Allah

Kita selalu mendengar saranan supaya menjadi orang baik-baik. Baik adalah satu nilai yang global. Semua bangsa mengakui bahawa baik itu ertinya tidak jahat. Semua orang tidak kira apa bangsa dan dari sudut dunia mana sekalipun menerima malah mengharap semua orang baik, kerana kebaikan adalah punca keamanan, kesejahteraan, keharmonian dan sebagainya. Dan paling penting, baik itu adalah jalan untuk mendapat rahmat Allah, jalan untuk mati dalam khusnul-khatimah. Tetapi apakah kriterianya untuk menjadi orang baik.
Kita semua tahu apa itu baik, tetapi bila diminta untuk memberikan garis panduan untuk menjadi baik, ramai yang tidak dapat memberikannya dengan tepat.
Seseorang itu dilihat baik jika dapat memenuhi kriteria berikut:
  • hanya bercakap atau melakukan sesuatu yang hukumnya wajib, sunat atau harus sahaja,
  • caranya bercakap atau melakukan sesuatu tidak menyebabkan orang terasa, tersinggung, apalagi marah dan sakit hati, dan
  • hanya bercakap atau melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah sahaja.
Baca dan fahamilah benar-benar maksud ketiga-tiga kriteria ini.
Daripada tiga kriteria di atas yang menjadi masalah ialah bagaimana hendak menentukan perkara yang hukumnya harus itu. Mungkin boleh disimpulkan bahawa perkara-perkara yang tidak disebut wajib, sunat, makruh atau haram maka hukumnya adalah harus.
Perkara-perkara yang hukumnya harus boleh kita cakap dan lakukan jika tiga kriteria di atas ini dipenuhi. 
Jika tiga perkara di atas itu ditambah dengan dua lagi kriteria maka apa sahaja yang kita cakap dan lakukan akan menjadi ibadah. Dan kita adalah orang yang dapat memenuhi tuntutan ayat


‘Tidak Ku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdi kepada-Ku’. (az-Zariat, 51: 56)

Dua kriteria itu ialah,
  • niat kita bercakap atau melakukan itu ada kerana Allah, 
  • tidak meninggalkan tuntutan fardu ain. 

No comments: