20 January 2016

Worldview hidup

Siapakah kita? Kita berasal dari mana? Bagaimana-kah dunia ini dan universe ini wujud? Apakah yang kita buat dalam dunia ini? Bolehkah kita berbuat apa sahaja yang kita mahu, dan bagaimana sahaja yang kita mahu, dan bila-bila sahaja yang kita mahu? Ke manakah pula kita akan pergi dari dunia ini. Ini adalah antara soalan-soalan tentang kehidupan dan tentang tujuan dan matlamat kehidupan. Inilah juga persoalan tentang universe dan tempat tinggal kita.
Dalam sejarah peradaban manusia sejak lama dahulu, telah ada berbagai cara untuk menjelaskan tentang dunia, bagaimana ianya wujud, bagaimana peranannya, dan yang paling penting ialah tentang apakah dia dunia tempat kita tinggal.
Sesetengah orang melihat dunia ini sebagai suatu tempat yang penuh misteri, dengan penuh kegelapan dan kedurjanaan. Dengan tanggapan sedemikian, kehidupan seseorang akan dikuasai oleh perasaan buruk-sangka dan ketakutan. Yang lain, melihat dunia ini sebagai tempat yang penuh ceria, mewah dan cantik. Mereka tidak berminat untuk mengetahui bagaimana ianya terjadi dan apa yang akan terjadi. Mereka rasa gembira dan menggunakannya dengan cara yang sebaik-baiknya: makan, minum dan berseronok. Andainya mereka ini terfikir tentang kehidupan dan kematian, mereka akan hanya berkata bahawa kita ini hidup dan mati, dan tiada yang menyebabkan kita mati kecuali masa yang menentukannya.
Sesetengah orang pula melihat universe ini sebagai suatu medan perjuangan untuk mendapat kehidupan yang baik atau buruk, keceriaan atau kegelapan, yang positif atau negatif. Bagi kalangan orang-orang Cina, misalnya, ini adalah idea tentang yin dan yang. Yang adalah cahaya, haba dan kebaikan. Yin adalah gelap, sejuk, lembap dan buruk. Bagi sesetengah pengikut agama Zoroastrian, kuasa untuk mengawal dunia ini ada Ahura Mazda, iaitu kuasa untuk kebaikan, melawan Angra Mainyu iaitu kuasa jahat.
Sesetengah orang pula mendapat tanggapan daripada agama yang dipegangnya bahawa memang ada pencipta universe yang maha agung ini. Agama-agama pula membezakan tentang nature kuasa agung ini. Sebahagian mengatakan ini adalah kuasa agung yang mutlak, ia akan lakukan apa yang ia mahu dan tiada siapa lagi yang boleh berkongsi kuasa. Yang lain pula menghubungkan kuasa agung ini dengan tuhan-tuhan lain, hantu dan roh.
Hari ini, ramai orang yang sudah tidak lagi berpegang kepada agama atau mempercayai Tuhan. Ramai yang merasa bahawa idea tentang Tuhan dan pencipta adalah cuma rekaan imaginasi manusia. Mereka merasa bahawa manusia mempunyai kuasa dan hak untuk menentukan apakah yang terbaik untuk mereka. Orang yang begini dipanggil atheists, agnostik atau humanists. Seseorang atheist adalah dari golongan yang menafikan kewujudan Tuhan. Golongan agnostics pula yang mengatakan bahawa mereka tidak tahu sama ada Tuhan wujud atau tidak. Sementara humanists (dari golongan atheists atau agnostics) mendesak bahawa manusia itu sendiri mesti menentukan apakah yang terbaik untuk mereka lantaran mereka tidak menerima adanya hukum-hukum Tuhan.
 Pada masa yang sama, apabila berdepan dengan humanisme, mereka berpaling kepada Sains dan kaedah saintifik untuk memahami dunia, tempat manusia tinggal. Mereka mempunyai tanggapan bahawa sains sebagai sesuatu yang tepat dan boleh dipercayai, lantaran pengumpulan data, eksperimen, pencerapan dan kesimpulan, adalah satu-satunya cara untuk memperoleh pengetahuan bagi menentukan apakah yang betul dan apakah yang palsu.
Sesetengah orang pula memilih-milih bagi mencari tanggapan tentang dunia ini. Bagi sesetengah soalan, mereka menggunakan agama terutama ketika dalam keadaan keresahan. Untuk penyelesaian lain, mereka berpaling kepada ahli nujum, ramalan bintang, atau tok-tok guru yang tersohor, ataupun ideologi seperti Marxisma. Bagi sesetengah persoalan pula mereka akan merujuk kepada sains, dan sebagainya.

Yang mana satu betul?

Dari pelbagai pandangan di atas tadi, nampaknya manusia itu keseluruhannya adalah bercelaru dan saling keliru tanpa sebarang harapan untuk mencari yang mana satu betul dan yang mana satu palsu. Ini ibarat seorang yang teraba-raba dalam gelap, tidak yakin di mana mereka berada, dari mana mereka datang dan ke mana arah tuju mereka. Dalam situasi ini, kita sendiri merasa ajaib memikirkan sekiranya ada satu cara bagaimana hendak mengenali yang mana satu betul. Yang jelas, semua cara itu tidak semua betul. Sebahagiannya seperti ada sedikit kesamaan, tetapi jika dilihat semula setiap satunya itu adalah jelas berbeza dalam hal-hal yang penting-penting.

Dalam apa juga bentuk tanggapan sekalipun, kita boleh sahaja bertanyakan:

*     Adakah ianya menggambarkan yang benar, dan apakah manasabah? Kita tidak sepatutnya berpuashati dengan satu-satu tanggapan yang palsu, dan yang tidak disokong dengan hujah dan logik.

*     Adakah mampu untuk menjelaskan kebenaran secara keseluruhan? Kita tidak sepatutnya berpuashati dengan satu-satu tanggapan yang hanya dapat menjelaskan atau menyolek bahagian pengetahuan yang ada kebenaran sahaja.

*     Setakat ini, apa yang berkaitan dengan manusia, dapatkah tanggapan itu memenuhi kehendak, atau dapat memuaskan keperluan manusia dan potensinya?

*     Dapatkah menyediakan nilai-nilai yang jitu untuk hidup dan mencapai matlamat yang sahih? Yang mana satukah tanggapan yang dapat mencorakkan hidup manusia, sekaligus boleh dikira sebagai sahih dan manasabah, lengkap dan secara logiknya memuaskan?
Kita akan ketemui dalam posting berikutnya selepas ini.


=======================================
Kepada members iaitu yang berikut ini, saya ingin hadiahkan sebuah buku berjudul SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah:
  • Urvie Shtyle
  • ebby
  • tuahanugerah
  • one_lover92
  • Q_Lyana
  • nurliana mohd hassan
  • azz_wan92
  • fizah93  
  ======================================
Sila kirimkan alamat pos lengkap sdr/sdri sekalian ke 0192248404 Nyatakan kod: Blog Rahmat Allah

No comments: