26 February 2016

Sikap sebagai seorang Muslim

Manusia adalah makhluk ciptaan yang istimewa dan unik kerana identiti dan keperibadiannya adalah sangat berbeza dengan makhluk-makhluk lain. Dalam dirinya terdapat ciri-ciri kebinatangan, pada masa yang sama ada ciri-ciri kemalaikatan.
Manusia dilahirkan dalam keadaan semulajadi yang tulen dan bebas dari segala dosa, dianugerahi pula dengan jasmani dan minda, dengan bakat dan sumber yang jauh bezanya dengan binatang. Mindanya yang mampu berfikir itu yang membezakannya dengan makhluk-makhluk lain. Pendek kata dengan ciri-ciri yang ada itu menjadikan manusia sebagai makhluk yang mempunyai bakat dan sumber (iaitu masa, kesihatan dan kekayaan), berlainan dengan makhluk-makhluk yang lain.
Namun, antara sesama manusia pula kita dijadikan tidak sama rata antara seorang dengan yang lain – masa, kesihatan dan kekayaan antara seorang dengan yang lain adalah tidak sama, tetapi sama pula dalam hala tujunya iaitu untuk menjalani hidup sepenuhnya dengan menggunakan segala sumber dan bakat yang Tuhan berikan, menggunakannya dengan sebaik-baiknya sepadan dengan potensi masing-masing.
Tidak dinafikan, sesetengah orang mempunyai lebih banyak sumber berbanding yang lain. Namun jika kita merasa diri kita serba kekurangan kita harus sedar dan bersyukur kerana lebih ramai lagi orang yang lebih daif dan kekurangan berbanding kita. Alasannya ialah kerana Allah menjanjikan lebih banyak yang kita punyai lebih banyak pula tanggung jawab yang perlu dilunaskan. Jadi, orang yang serba kekurangan terlepas dari tanggungjawab terhadap diri dan manusia lain serta makhluk keseluruhannya.
Satu perkara lagi yang lebih penting kita sedari ialah bahawa kita tidak dicipta oleh Allah dengan sia-sia tanpa tujuan atau matlamat. Dengan segala bakat dan sumber yang ada itu Allah telah meletakkan kepercayaan kepada manusia dengan satu amanah iaitu menghendaki kita menghormati dan memenuhi keperluan badan, minda dan rohani diri sendiri, dan manusia lain, haiwan serta sekitaran keseluruhannya. Amanah ini mencakupi tanggungjawab menyediakan mereka kehidupan dalam suasana harmoni mengikut peraturan-peraturan Allah. Bagaimanakah caranya hendak memenuhi amanah ini?
Sebagai individu Muslim adalah bertanggungjawab terhadap diri sendiri iaitu memenuhi hak-hak jasmani dan minda kita sendiri, sejajar dengan nature kejadian kita.Tanggungjawab kita bermula sebaik sahaja mencapai usia akib baligh. Ikuti selanjutnya di sini.

No comments: