Tuesday, August 2, 2016

Sembahyang anda mungkin ditolak walaupun sah



Sembahyang kita ada matlamat dan tujuannya (maqasid). Jadi adalah tidak memadai jika ibadah ini ditunaikan setakat mendirikan zatnya sahaja. Antara matlamatnya ialah seperti yang disebut oleh ayat al-Quran, ‘Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’. Al-Ankabut, 29: 45)
Apakah kemungkaran yang berkaitan dengan ibadah sembahyang kita dan apakah dia agama.
Antara lain lagi ialah bahawa sembahyang adalah ibadah yang menjadi tiang agama. Jadi, hakikatnya jika dilihat dari sudut matlamatnya, ibadah sembahyang kita adalah sebagai satu proses pendidikan. Justeru, ianya tidaklah cukup setakat didirikan zatnya sahaja tetapi hendaklah yang mencapai matlamatnya.
Mendirikan zatnya sahaja dikatakan sembahyang zahir, manakala untuk mencapai matlamatnya harus ada pula sembahyang yang batin, kerana sembahyang yang batin itulah yang menjamin tercapainya matlamat dan tujuan sembahyang. Inilah ibadah sembahyang yang sempurna dan yang dikehendaki Allah swt iaitu yang menjadi tiang agama, dan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. sebagai rukun Islam dalam konteks bahawa Islam adalah cara hidup atau way of life
Ketahui lebih lanjut, dapatkan buku ini.



Para pembaca dari Rusia dan lain-lain yang ingin mendapatkannya dalam bentuk ebook saya akan usahakan, jika ada permintaan. Hanya rm15 sahaja.


No comments:

Post a Comment