30 June 2016

Puasa adalah latihan jihad

Antara orang yang menjadi calon syurga, yang bererti sudah mendapat rahmat Allah, ialah orang-orang yang berjihad. Allah berfirman, (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu (as-Saf, 61: 11). Ayat ini menyebut dengan jelas menyebut bahawa jihad harta akan dibalas dengan syurga. Ini kerana orang-orang itu dianggap sudah bersih dari dosa-dosanya. Hal ini disebut oleh ayat 12 surah yang sama, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memasukkan kamu ke dalam syurga (as-Saf, 61: 12)
Satu ayat lain yang sama maksudnya ialah Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian’. (Fatir, 35: 29)
GEL AMANI penawar sakit lutut dan sendi. Mengembalikan ayah dan ibu
solat berdiri tanpa sakit lutut lagi. +6019-2248404 (Mohamad)
Apakah perkaitannya dengan ibadah puasa?
Seperti yang dapat kita lihat sendiri bahawa dalam bulan puasa banyak amalan menginfakkan harta, seperti memberi makanan atau kuih muih kepada jiran atau menghantarnya ke masjid atau surah, memberi sedekah pada kadar yang lebih daripada biasa, dan sebagainya. Ini juga boleh dilihat sebagai satu jalan jihad harta.
Alangkah baiknya jika kebiasaan ini disertakan dengan niat sebagai latihan-latihan bagi membina sikap suka menginfakkan harta. Namun bukan semua orang yang menjalani ibadah puasa mempunyai tanggapan seperti ini. Hanya orang-orang yang mempunyai tanggapan bahawa ibadah puasa kita ada matlamatnya akan mendapat petunjuk ke arah ini.
Bagi merealisasikan niat ini kita harus mengekalkan aktiviti memberi makan dan sebagainya yang kita lakukan ketika Ramadan diteruskan dalam sebelas bulan yang berikutnya. Misalnya dalam bentuk mengajak kawan minum-minum, ringan tangan menghulur seringgit dua kepada anak-anak kecil dan sebagainya. Jika ini dapat dilakukan sehingga mencapai tahap ikhlas insya Allah niat di atas ini akan menjadi kenyataan.
Sikap suka menginfakkan harta akan menjurus kepada sikap seterusnya iaitu menderma dan memberi bantuan harta kepada yang memerlukan. Kebiasaan-kebiasaan ini akan menjurus pula kepada tahap jihad yang lebih tinggi lagi iaitu berkongsi harta kepunyaan kita dengan orang lain. Misalnya menggunakan harta yang kita ada untuk membangunkan orang-orang miskin sehingga dapat berdikari, bukan lagi hanya setakat menyantuni mereka dengan menghulur dua tiga puluh ringgit sahaja.
Selain jihad harta, jihad juga mencakupi jihad melawan nafsu dan melawan godaan-godaan dan rintangan dalam mentaati Allah s.w.t. Sabda Rasulullah saw, maksudnya, Orang yang berjihad adalah orang yang memerangi hawa nafsunya dalam mentaati Allah Taala (Hadis al-Baihaqi).
Jihad melawan nafsu adalah memerangi sifat kehaiwanan, dan membendung kejahatan, seperti yang disebut dalam ayat, yang maksudnya, Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhan-ku (Yusof, 12: 53).
Satu lagi matlamat ibadah puasa ialah membuang sifat bercakap joros, lucah, kotor, menyakitkan hati orang lain, dan sebagainya. Sifat ini adalah didorong oleh nafsu, dan usaha-usaha melawannya biarlah sehingga mencapai tahap membuangnya terus.  
Justeru, ibadah puasa kita biarlah yang dapat membentuk sikap-sikap seperti yang dicontohkan di atas ini. Ada banyak lagi selain daripada yang di atas ini. Jadi ibadah puasa yang dapat membentuk sikap-sikap berjihad seperti di atas ini akan mendapat rahmat Allah, sebaliknya, jika amalan-amalan ini hanya dilakukan ketika bulan puasa sahaja, maka matlamatnya tidak tercapai, bagaimana pula hendak mengharap rahmat Allah kerana puasanya tidak memberi bekas dalam dirinya.

Menghayati sifat-sifat Allah
Puasa juga mengajar kita agar menghayati sifat-sifat Allah swt. Dengan mengingati sifat-sifat Allah maka kita akan mendapat kesedaran bahawa Allah amat hampir dengan kita. Nabi pun pernah bersabda yang maksudnya, ‘Berakhlaklah (teladanilah) sifat-sifat Allah’.
Tidak dapat dinafikan bahawa keperluan manusia adalah beranika ragam. Yang paling jelas ialah keperluan terhadap makan-minum dan hubungan kelamin. Semua orang, sama ada yang kaya atau miskin, di manapun tempat tinggalnya, apa bangsa sekalipun, mempunyai keperluan ini. Manusia memang diberi kemampuan untuk menyempurnakan kedua-dua keperluan tersebut, tetapi, mengapakah ditetapkan bahawa antara perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah mengadakan hubungan kelamin? Persoalan ini sebenarnya berkait dengan matlamat ibadah puasa. Jika seseorang yang berpuasa mengingat hal ini akan membawa kepada ingatan kita terhadap sifat-sifat Allah swt, iaitu Allah itu Maha Esa, tidak beranak dan beristeri seperti yang tersebut oleh ayat-ayat surah al-Ikhlas. Katakanlah (Muhammad), Dialah Allah Yang Maha Esa. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Hal ini disebut juga dalam ayat: Bagaimana (mungkin) Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri (al-Anam, 101), dan sesungguhnya Mahatinggi keagungan Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak beranak (al-Jinn, 3).
Antara sifat Allah yang lain ialah tidak makan, seperti yang disebut oleh ayat, Katakanlah (Muhammad), apakah aku akan menjadikan pelindung selain Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia memberi makan dan tidak diberi makan? (al-Anam, 14)
Dari ayat-ayat yang diturunkan di atas ini menunjukkan bahawa Allah tidak mengadakan hubungan kelamin, tidak makan, malah memberi makan. Kerana inilah seseorang yang berpuasa, dilarang melakukan semua itu, jika dilakukan juga, batal puasa. Jadi, ibadah puasa ini boleh ditakrifkan sebagai latihan untuk meneladani sifat-sifat Allah yang tersebut. Jadi ketahuilah bahawa perkara-perkara yang membatalkan puasa kita itu antara tujuannya ialah bagi mengingati dan mendekatkan lagi hubungan diri dengan Allah. Justeru ketika menjalani ibadah puasa sedarilah yang satu ini bagi mendapat rahmat dari ibadah puasa kita.
Ketika menjalani kehidupan seharian pula jadikanlah ini sebagai asas kepada kesedaran sifat-sifat Allah yang lain-lain, seperti Maha Pemurah, Maha Mengasihani, Maha Pengampun, dan sebagainya semoga kita juga akan menjadi seorang yang pemurah, pengasih dan penyayang, pengampun dan sebagainya. Di samping itu pula, cara ini boleh menghakis keraguan-keraguan tentang sifat Allah yang tersebut itu, iaitu Allah tidak bersifat sepertimana makhluk: Allah tidak makan dan tidak minum, bahkan memberi makan, dan Allah tidak mengadakan hubungan kelamin. Kita juga mampu memberi makan kepada orang lain ketika berbuka puasa, dan mampu juga untuk tidak mengadakan hubungan kelamin pada waktu siang sepanjang bulan puasa, walaupun banyak masa bersama dan bergaul bebas dengan isteri kita. Jadi, ibadah puasa kita harus disertakan juga dengan niat untuk meneladani sifat-sifat Allah yang tiga itu sebagai contoh.
Namun harus diingat, sifat-sifat Allah tidaklah terbatas kepada tiga perkara tersebut, tetapi paling kurang kita cuba mencontohi sifat-sifatNya yang tiga ini melalui ibadah puasa. Kita mampu melakukannya kerana itulah ianya dijadikan sebagai antara sebab-sebab yang membatalkan puasa.
Tahap kesedaran inilah yang akan membezakan nilai ibadah puasa antara seorang dengan yang lain. Orang yang berpuasa, yang dalam dirinya hadir unsur-unsur tersebut, tentunya akan mendapat ganjaran yang lebih berbanding dengan yang hanya menahan diri dari lapar dan dahaga. Begitu pun, tahap kesedarannya boleh berbeza-beza dengan orang lain: orang berpuasa yang mempunyai tahap kesedaran yang lebih tinggi tentunya lebih baik dari orang yang kesedarannya lebih rendah. Inilah sebabnya Allah memberitahu kita bahawa ibadah puasa adalah untukku yang bermaksud hanya Allah yang menilai puasa seseorang.

23 June 2016

Ibadah puasa adalah latihan bersikap sabar

Dalam kehidupan biasa, kita dibenarkan makan-minum, tetapi ketika menjalani ibadah puasa, makan-minum adalah dilarang iaitu membatalkan puasa. Maka jelaslah di sini bahawa puasa adalah ibadah yang melatih kita menjadi seorang yang sedia patuh tunduk dengan larangan. Hanya orang yang bersikap sabar sahaja yang dapat menerima larangan. Jadi larangan-larangan Allah swt kepada orang yang berpuasa merupakan suatu pendekatan mendidik pengamalnya supaya menjadi orang yang bersikap sabar.
Menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang halal hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang sabar sahaja. Manakan tidak, makan-minum pada hukum asalnya adalah halal tetapi dalam bulan Ramadan Allah mengharamkannya pula. Inilah ujian Allah. Hanya orang-orang yang sabar sahaja dapat melakukannya. Hanya orang-orang yang benar-benar menyerah diri sepenuhnya sahaja akan merelakan dirinya tunduk dengan perintah itu. Jika benar-benar ikhlas maka akan diberi ganjaran pahala yang tidak terbatas.Satu ayat dalam al-Quran menyebut, Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas (Az-Zumar, 39: 10).
Orang sabar yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah orang yang berpuasa - tanpa kesabaran adalah sukar untuk kita berpuasa. Sebagai manusia, walaupun dalam keadaan berpuasa, masih mempunyai keinginan untuk makan-minum pada waktu-waktu tertentu pada sianga hari. Namun apakah motivasinya terus menahan diri dari keinginan itu? Tentu bukan kerana takut atau malu dengan manusia lain kerana kita boleh sahaja bersembunyi dari pandangan orang untuk makan atau minum, tetapi kita tetap sabar dan terus berpuasa walaupun dalam keadaan terlalu ingin untuk makan-minum.
Nilai sabar dalam kehidupan biasa, menyumbang kepada pembentukan hidup bermasyarakat yang teratur. Contohnya, dalam peraturan jalanraya terdapat larangan-larangan yang harus dipatuhi demi keselamatan dan ketenteraman bersama seperti peraturan lampu trafik, peraturan berbaris dalam kesesakan di mana kita dilarang memotong Q, dan sebagainya. Walaupun pada zahirnya ini adalah peraturan manusia, namun tujuannya adalah demi ketertiban dalam menjalani hidup bersama orang lain. Jika setiap orang mematuhi peraturan-peraturan yang sudah diterima pakai oleh orang ramai, maka akan timbul suasana aman tenteram dan sejahtera. Dengan sikap sabar dalam diri setiap orang, maka tidak akan berlaku perselisihan antara seorang individu dengan individu lain, tidak juga berlaku rasa tidak puashati bagi orang yang menjadi mangsa tidak sabar. Peraturan-peraturan yang sudah diterima pakai oleh sesebuah masyarakat sudah menjadi norma-norma kehidupan, melanggar kebiasaan hidup ini akan dilihat sebagai suatu yang tidak wajar, tidak berakhlak. Jadi di sini roh ibadah puasa telah kita jelmakan ke dalam hidup seharian secara praktikal. Inilah antara tujuan atau matlamat ibadah puasa yang kita lakukan.
Sabar juga menjadi bekalan asas ke arah mencapai sesuatu cita-cita. Hanya orang yang sabar akan berjaya, dan sentiasa sanggup mempertingkatkan lagi pencapaiannya ke tahap yang lebih tinggi. Sebaliknya orang yang tidak sabar akan cepat putus asa, tidak bersedia untuk mengorbankan masa dan tenaganya untuk mencapai kejayaan sewajarnya. Dia akan kehilangan cita-citanya. Banyak juga kerja-kerja yang memerlukan sabar. Hanya orang yang sabar sahaja akan konsisten dengan tugas dan kerjayanya. Bukan semua orang sanggup bersabar dalam tugas dan kerjayanya. Kerukunan rumahtangga, mengurus anak dan keluarga, menjaga kebersihannya, juga memerlukan sabar. Di sini, kesabaran adalah suatu ujian, yang harus dilalui dan diatasi. Jadi, sabar adalah kunci kejayaan dalam banyak perkara kerana orang yang sabar memiliki identitas yang jelas, pendirian yang teguh dan pertahanan mental yang tangguh. Jadi untuk apa jua perkara yang memerlukan kesabaran, ingatlah peringatan Allah s.w.t. yang maksudnya,Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu), dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu memperoleh kebahagiaan (ali-Imran, 200).
Sebenarnya dalam peribadi Rasulullah saw dan nabi-nabi yang lainnya terdapat contoh yang jelas sifat kesabarannya. Malah ujian yang dihadapinya lebih berat daripada ujian-ujian terhadap orang macam kita. Nabi Muhammad saw sentiasa, ya sentiasa dianiaya, disiksa, dan diprotes oleh kaum quraisy, Nabi Isa diganggu oleh Bani Israil, Nabi Nuh sentiasa berhadapan dengan gangguan kaumnya, dan Nabi Ayub ditimpa penyakit. Tetapi apakah sikap para nabi dan rasul ini. Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan, Seolah-olah saya masih teringat Rasulullah saw ketika beliau melukiskan seorang Nabi yang terdahalu, ketika dipukul oleh kaumnya hingga berlumuran darah, sampai mengusap darah dari wajahnya sambil berkata: Ya Allah ampunkanlah kaumku, kerana sesungguhnya mereka itu tidak mengerti (Tingkat Ketenangan dan Kebahagiaan Mu’min, 185).
Begitu sekali tahap sabar para nabi. Walaupun dipukul sehingga berdarah, baginda tidak membalasnya, malah sebaliknya memohon Allah mengampunkan kaumnya dengan bersangka baik bahawa mereka itu tidak mengerti.
Apakah yang menjadi kunci kepada sifat sabar? Apakah yang mendorong kita agar mempunyai sifat sabar seperti para nabi dan rasul Allah? Jawabnya ialah kesedaran. Sebagaimana yang tersebut dalam al-Quran, yang maksudnya, Dan bagaimana engkau akan dapat bersabar atas sesuatu, sedang engkau belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? (al-Kahf, 68). Maksud di sini ialah hanya orang-orang yang mempunyai pengetahuan tentang sesuatu perkara sahaja yang akan tahan sabar. Kesabaran seseorang yang sedang menjalankan tugas hariannya, akan dapat memberikan khidmatnya dengan cemerlang kerana dia menyedari bahawa Allah akan memberinya ganjaran, di samping gaji yang diperolehinya setiap bulan. Tanpa kesedaran begini, khidmat yang diberikan kepada pelanggannya tidak mungkin dapat mencapai tahap cemerlang. Jadi kunci kesabaran ialah kesedaran, dan makrifat tentang sesuatu. Hanya orang yang arif mengenai sesuatu perkara akan menjadikannya bersikap sabar. Seorang petani yang arif tentang keperluan tanamannya akan bersabar memenuhi keperluan tersebut, seperti membubuh baja dan menjaga dari makhluk perosak, supaya dapat mengeluarkan hasil yang diharapkan. Begitu juga, seorang yang arif tentang kenderaannya, seperti tahap kemampuannya, kelemahannya dan keperluannya diservis apabila tiba waktunya, akan mempunyai sebuah kenderaan yang sentiasa berkeadaan baik dan sempurna.
Bagi orang yang mengharap rahmat Allah swt, kunci kesabaran ialah kecintaan kepada Allah swt. Orang-orang yang beriman dan tinggi kecintaannya akan bersikap sabar dan tekun dalam setiap ibadah yang dilakukannya. Sabar dalam mengahadapi sebarang dugaan. Sering disebut-sebut bahawa ujian-ujian yang diturunkan kepada kita adalah tanda kecintaan Allah kepada hambaNya, sebagaimana sabda Rasulullah saw, yang diriwayatkan oleh Tarmizi, Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung kepada besarnya ujian (bala). Dan sesungguhnya Allah jika cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barangsiapa yang reda menerima ujian, maka baginya keredaan Allah, dan siapa yang murka, maka baginya kemurkaan Allah (Tingkat Ketenangan dan Kebahagiaan Mu’min, 188).
Jadi puasa adalah antara pendekatan yang Allah sediakan bagi mencapai sifat sabar. Oleh kerana sifat sabar sangat-sangat diperlukan dalam segala hal, baik yang menyentuh soal hablumminallah atau hablumminannas, maka puasa diwajibkan, malah dijadikan sebagai salah satu rukun Islam bagi satu pendekatan mendidik. Bersikap sabar dalam menghadapi larangan-larangan yang dikenakan ketika menjalani ibadah puasa, akan menjadi kebiasaan bersabar juga dalam segala hal dalam kehidupan. Ingatlah peringatan Rasulullah saw yang sabdanya, Siapa yang berlatih bersabar, nescaya Allah akan menyabarkannya (menjadikannya sabar) (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari sudut ilmu Sains pun pernah disebutkan, latihan-latihan yang kita jalankan merupakan satu seni menjinak-jinakkan sistem saraf. 
Jadi jika ibadah puasa kita dapat membentuk sikap sabar, insyaallah akan mendapat rahmat-Nya.
iklan
GEL AMANI melegakan sakit lutut, membantu ibu dan ayah solat berdiri tanpa sakit lutut

Namun, apakah kita harus bersabar, redha sahaja dengan bekalan air yang jelas kotor, tercemar dengan logam berat, mikrob, sisa klorin, cacing halus dsb. Gunakan penapis HOFUNA ujiFILTER.  019-2248404