Saturday, January 21, 2017

Mencari Rahmat Allah: Allah tidak menyuruh manusia mencari pahala

Allah tidak menyuruh manusia mencari pahala: Apakah ada ayat atau hadis yang menyuruh kita mencari pahala. Saya amat berbesar hati sekiranya ada antara pembaca yang mempunyai buktinya....

Friday, January 20, 2017

Allah tidak menyuruh manusia mencari pahala

Apakah ada ayat atau hadis yang menyuruh kita mencari pahala. Saya amat berbesar hati sekiranya ada antara pembaca yang mempunyai buktinya. Alasan tajuk saya adalah seperti berikut. Jadi sekiranya ada yang mendakwa ada bukti bahawa Allah menyuruh kita mencari pahala, maka harus disokong dengan nas juga (ayat al-Quran atau Hadis Rasulullah saw).
Banyak-banyak ayat yang saya temui dari pencarian saya, menunjukkan Allah menyuruh kita membuat kebajikan. Dan sesiapa yang membuat kebajikan Allah akan memberi ganjaran pahala. Antaranya ialah:


Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:158)
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa. (A-li'Imraan 3:115)
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (An-Nisaa' 4:40)
Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. (Al-Hadiid 57:7)
Dan lagi,

dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik". (Al-Baqarah 2:58)
sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka. (Al-Baqarah 2:62)
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:110)
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya. (Al-Baqarah 2:112)
Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:158)
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya. (Al-Baqarah 2:261)
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka. (Al-Baqarah 2:262)
Dengan kata lain, pahala tidak perlu dicari-cari. 
Jika ada ayat yang menyuruh kita mencari pahala maka memadailah dengan cara duduk sahaja di masjid-masjid membaca al-Quran, beriktiqaf, sembahyang sunat, dan seumpamanya. Persoalannya apakah ini way of life yang dikehendaki Allah?
Cara hidup Islam adalah mencakupi cara hidup di dunia dan di akhirat, dengan kata lain kehidupan kita harus mencakupi hal-hal yang ketuhanan dan keinsanan. Membuat kebajikan itu adalah hal-hal keinsanan. Jadi sesiapa sahaja yang melakukan aktiviti yang berkait dengan keinsanan Allah akan memberi ganjaran pahala.
Bagi menunaikan tuntutan yang ketuhanan dan keinsanan, Allah menghendaki kita melakukannya secara wasatiyah, iaitu seimbang antara kedua-duanya. Wasatiyan di sini bermaksud seimbang, tidak melebih salah satunya, dan kedua-duanya mesti dijalan serentak (tidak mendahalulukan yang ketuhanan, menangguhkan yang keinsanan) Misalnya bekerja bertungkus lumus untuk keduniaan ketika usia muda, menumpukan hal-hal ketuhanan ketika usia tua.
Rahmat Allah akan datang kepada manusia yang polisi hidupnya seperti di atas ini - banyak melakukan kebajikan. Inilah visa ke syurga.
Mungkin pembaca sekalian kurang setuju dengan saya, perbetulkanlah. Buatlah catatan di bawah ini.