22 November 2019

BIAR TAHU JANGAN KELIRU tentang Rahmat Allah: Primsip-prinsip Islam

Primsip-prinsip Islam


1.     Perkataan Islam berasas dari salam, yang bererti sejahtera. Justeru, untuk mendapt rahmat Allah, hidup kita biarlah yang menjurus kepada konsep kesejahteraan. Sejahtera buat diri sendiri, keluarga, orang lain, malah sejahtera buat sekalian makhluk merangkumi yang hidup dan yang tidak hidup.

Alasannya ialah kesejahteraan kita adalah bergantung kepada kesejahteraan orang-orang di sekeliling kita. Kesejahteraan mereka menjadi penentu kepada kesejahteraan diri kita sendiri. Ini bererti sebarang kerosakan atau kecacatan kesejahteraan mereka akan menjejaskan kesejahteraan.

Tidak sukar dibuktikan. Misalnya bayangkan apabila kita berjiran dengan seorang yang bermasalah mental, atau sekitaran kita terdapat yang ada anjing gila atau keadaan kotor tidak terurus. Atau tinggal dalam daerah yang sumber airnya tidak bersih. 
Inilah sebabnya al-Quran berkali-kali mengingatkan
 
 yang bermaksud bahawa kepunyaan-Nya segala apa yang berada di langit dan di bumi. Justeru setiap kali terbaca atau terdengar ayat seumpama ini kita harus mengambil sikap dan tanggungjawab menjaga diri kita, orang lain dan alam sekitar. Dengan kata lain ialah bahawa adalah suatu sikap yang tidak bertanggungjawab sekiranya kita tidak ambil peduli hal-hal yang berkaitan dengan menjaga alam sekitar.

No comments: