Sunat-sunat Dalam Sembahyang

Perkara-perkara sunat dalam sembahyang, dari kitab Sabilul-Muhtadin:
Memandang ke tempat sujud:
Sunat memandang ke tempat sujud sepanjang kita sembahyang, walaupun kita sembahyang di sisi kaabah atau di dalamnya, ataupun di dalam kolam. Bagi orang buta atau pula, sunat ia menundukkan sedikit kepalanya seakan-akan melihat ke tempat sujud. Cara ini dapat membantu kita khusyuk dalam sembahyang. Dinyatakan juga bahawa tempat sujud itu adalah yang paling mulia daripada yang lain. Kitab berkenaan mencatatkan:
Sunat mengekalkan telek di dalam sekalian sembahyang kepada tempat sujud dan jikalau ada ia di sisi kaabah atau di dalamnya sekalipun. Dan jika ia buta atau di dalam kolam hendaklah ada kelakuannya seperti kelakuan orang yang menelek kepada tempat sujudnya kerana yang demikian itu terlebih kepada khusyuk dan tempat sujud itu terlebih mulia.’
Kecuali jika tempat sujud kita terdapat tulisan-tulisan atau lukisan maka sunat pula mengelakkan pandangan kita ke tempat itu: dan melainkan pada orang yang sembahyang atas hamparan yang bertulis dengan rupa haiwan dan lainnya yang melengkapi tulisnya itu pada tempat sujudnya maka sunat baginya bahawasanya tiada menelek ia kepadanya.’

Khusyuk: Ketika sembahyang, sewajarnyalah kita tumpukan sepenuh hati dan anggota kita kepada sembahyang yang sedang kita lakukan. Hukumnya sunat.
Jagalah hati kita dari mengingati perkara-perkara lain, walaupun mengingati tentang akhirat sekalipun, seperti yang tercatat dalam kitab berkenaan. Disunatkan di dalam sekalian sembahyang itu khusyuk dengan hatinya dan dengan sekalian anggotanya. Adapun khusyuk dengan hati maka iaitu menghadirkan hati pada barang yang ia mengerjakan dia seperti bahawa tiada dihadirkannya di dalam hatinya akan barang yang lain daripada barang yang ia di dalamnya, dan jika ada yang lain itu ta’alik pada akhirat sekalipun.’ Itu sebabnya sebelum sembahyang kita diminta melupakan segala perkara yang berkaitan dengan aktiviti dan masalah yang mungkin akan mengganggu. ‘(Dan disunatkan) masuk kepada sembahyang itu dengan selesai hati daripada segala pekerjaan yang membimbangkan dia kerana bawasanya ia terlebih menolongi atas khusyuk.’
Anggota badan kita juga harus diam, tidak bergerak-gerak, atau dimain-mainkan. Adapun khusyuk dengan segala anggota maka iaitu mendiamkan dan menetapkan segala anggota seperti bahawa tiada digerakkannya dan tiada dipermainkan dengan salah satu daripadanya kerana bahawasanya Allah Taala telah memuji akan segala mereka yang khusyuk di dalam sembahyangnya.’ kerana, firmanNya () ertinya beroleh bahagia segala mukmin yang khusyuk mereka itu di dalam sembahyang mereka itu dan kerana bahawanya sembahyang dengan tiada khusyuk tiada pahala baginya.’ Tiada pahala bererti kita tidak mendapat apa-apa dari sembahyang kita. Mengapa tiada pahala? Rukun-rukun sembahyang yang kita sempurnakan adalah umpama kita membayar hutang kepada Allah yang menjadikan kita dengan segala rohania dan jasmani lengakap dengan segala pancaindera. Dengan menyempurnakan segala rukun yang ditetapkan sembahyang kita sah iaitu diterima Allah. Langsailah hutang kita. Tetapi apa yang kita dapat? Tiada pahala jika tiada melakukan perkara-perkara yang sunat seperti khusyuk dan sebagainya.
Dalam kitab ini juga ada menyebutkan sesetengah pendapat bahawa khusyuk adalah antara yang menjadi syarat sah sembahyang. Dan lagi kerana bahawasanya ada bagi kita satu wajah yang mengatakan bahawa khusyuk itu satu syarat daripada segala syarat yang mengsahkan sembahyang.’
Ketika kita sedang bersembahyang, adalah ibarat kita sedang bersama Allah s.w.t., Allah yang maha agung yang perlu sangat-sangat dihormati. Memang sewajarnyalah kita tumpukan sepenuh hati dan jiwa raga untukNya. Adalah tidak wajar kita mengingati yang selainNya. Dalam kitab dicatatkan Setengah daripada barang yang menghasilkan khusyuk bahawa menghadirkan yang sembahyang itu akan bahawasanya dirinya antara hadirat Tuhannnya yang amat besar kebesarannya dan kerajaannya, lagi yang amat tahu akan segala rahsia dan yang tersembunyi.’
Adalah dicadangkan agar kita cuba memahami makna bacaan seperti fatihah dan surah-surah yang kita baca bagi mendapatkan khusyuk. Dan disunatkan pula mentadbirkan akan qiraat yakni menghadirkan makna yang dibacanya akan dia daripada fatihah dan surah.’
Dan demikian lagi sunat mentartilkan bacaannya kerana firman Allah () ertinya dan ditartilkan olehmu akan membaca quran dengan sempurna tartil.’
Bagi menambah usaha untuk khusyuk, dicadangkan lagi agar kita sentiasa mengucapkan takbir intiqal 'Allahu-akbar' setiap kali kita bergerak untuk menukar rukun, misalnya dari berdiri kepada rukuk, iktidal kepada sujud, dari sujud kepada duduk antara dua sujud dan lain-lain. (dan disunatkan) bagi tiap-tiap yang sembahyang mengucap takbir intiqal yakni takbir kerana berpindah daripada satu rukun kepada rukun yang lain. Maka hendaklah ia takbir tatkala berpindah kepada rukuk dan sujud, dan tatkala berpindah daripada sujud kepada duduk atau berdiri atau daripada tasyhud awal kepada berdiri, dan sunat memulai takbir intiqal itu pada permulaan tunduknya kepada rukuk atau sujud, atau permulaan bangkitnya daripada tasyhud awal, dan melanjutkan takbir intiqal itu pada lam jalalah hingga sampai kepada rukun yang kemudian dan jika duduk istirahat sekalipun,' tujuan supaya tidak ada mana-mana ruang masa dalam sembahyang kita itu senyap sahaja. '... supaya tidak sunyi satu suku daripada sembahyangnya pada zikir melainkan pada iktidal maka hendaklah dibacanya () ertinya menerima kiranya Allah Taala akan puji orang yang memuji dia sama ada ia imam atau yang sembahyang seorang dirinya atau makmum atau mubaligh atau lainnya.
Dalam rukun 1: Niat
·    Sunat meniatkan mengadap kiblat dan meniatkan bilangan rakaat dan sunat melafazkan dengan lidah akan sekalian yang diniatkan yang tersebut itu dahulu daripada takbir supaya menolong lidah itu akan hati seperti dikatanya dahulu daripada takbir () ertinya ku perbuat sembahyang fardu zuhur empat rakaan pada hal mengadap kiblat tunai kerana Allah Taala.
Dalam rukun 2: Takbiratul-ihram
·        (dan sunat) bagi imam menyaringkan suara dengan takbiratul-ihram dan lainnya daripada segala takbir intiqal supaya mendengar sekalian makmum atau setengah mereka itu. (ms197)
·        Dan sayugianya bagi yang menghendaki sembahyang, tatkala takbiratul-ihram bahawa menelek ia kepada tempat sujud serta menundukkan kepalanya sedikit kemudian daripada takbiratul-ihram.
·        (dan sunat) baginya tatkala takbiratul-ihram mengangkatkan kedua tapak tangannya serta permulaan takbir hingga berbetulan dengan dua bahunya seperti berbetulan hujung jari kedua tangannya dengan dua telinganya yang terkeatas dan dua ibu tangannya dengan dua cuping telinganya, dan dua tapak tangannya dengan dua bahunya.
·        Dan sunat membukakan dua tangan dan mengunjurkan segala jari dan menjarangkan dia dengan pertengahan pada hal berhadap perut dua tapak tangannya dan perut segala jarinya kepada kiblat.
·        (dan sunat) pula menyertakan kesudahan mengangkat tangan itu dengan kesudahan takbir seperti yang dirajahkan oleh imam Nawawi.
·        (dan apabila) selesai ia daripada takbiratul-ihram, sunat menghantarkan dua tangan di bawah dadanya di atas pusat, dengan menggenggamkan tapak tangan kanan dan segala jarinya pada pergelangan kiri.
·        (bermula) hikmat menghantarkan dua tangan di bawah dada supaya adalah keduanya itu di atas anggota yang terlebih mulia iaitu hati yang tempat niat dan ikhlas dan khusyuk.
·        Dan sunat bagi orang yang sembahyang bahawa menelek ia kepada tempat sujud di dalam sekalian sembahyangnya, dan jika ada ia sembahyang di sisi kaabah sekalipun kerana yang demikian itu terlebih hampir kepada khusyuk, dan sunat bagi orang yang buta dan orang yang sembahyang di dalam kolam bahawa ada kelakuannya seperti kelakuan orang yang menelek kepada tempat sujud, melainkan tatkala ia mengucap illallah di dalam tasyhudnya, maka sunat baginya menelek kepada telunjuknya pada ketika itu.
·        Dan apabila selesai daripada takbiratul-ihram maka sunat membaca doa iftitah dengan perlahan-lahan. (ms205)
·        Dan sunat diam yang sedikit antara takbiratul-ihram dan doa iftitah, dan antara doa iftitah dan auzubillah, dan auzubillah dan fatiah. (ms206)
·        Dan sunat kemudian daripada doa iftitah, membaca ‘auzubillahiminasyaitanirrajim’, kerana firman Allah () ertinya maka apabila berkehendak engkau membaca quran maka baca olehmu ‘auzubillahiminasyaitanirrajim’. (ms205)
·        Dan sunat membaca auzubillah itu tiap-tiap rakaat kerana bahawa sanya warid  ia kerana membaca fatihah, dan fatihah dibaca ia pada tiap-tiap rakaat, tetapi membaca dia pada rakaat yang pertama terlebih muakad sunatnya daripada rakaat yang kemudiannya kerana muafakat ulama’ atas sunatnya dalamnya. Dan sunat membaca dia dengan perlahah-lahan dan jikalau pada sembahyang jahriah sekalipun. (ms205)
Dalam rukun 3: Qiyam (berdiri)
·        (Dan sunat) pada berdiri itu merenggangkan dua kaki kira-kira sejengkal dan demikian lagi pada sujudnya. (ms198)
Dalam rukun 4: Fatihah
·        Dan sunat bagi yang tiada kuasa membaca tahyat awal bahawa duduk ia sekadar masa membaca dia.
·        Dan disunatkan bagi yang membaca fatihah di dalam sembahyang atau di luar sembahyang, mengucap amin mengiringi akhir fatihah.
·        Dan sunat bagi makmum dan yang lainnya menyaringkan amin pada sembahyang jahriah dan memperlahankan dia pada sembahyang sariah
·        Dan sunat diam yang sedikit antara akhir fatihah dan amin supaya berbeza ia daripada quran.
·        Demikian lagi sunat diam yang sedikit antara amin dan surah.
·        (dan disunatkan) bagi makmum pada sembahyang jahriah bahawa serta aminnya dengan amin imamnya, jangan terdahulu, jangan terkemudian supada muafakat aminnya dengan amin segala malaikat, kerana sabda nabi () ertinya apabila membaca imam ghairilmaghdhubi-alaihim waladhaalin maka kata oleh kamu amin kerana bahawa sanya barangsiapa muafakat katanya akan kata segala malaikat pada satu masa nescaya diampuni Allah Taala akan barangyang terdahulu daripada dosanya.
·        (dan sunat bagi imam) pada sembahyang jahriah melanjutkan yang diam antara amin dan surah sekira-kira selesai makmum daripada fatihahna supaya sunyi makmum bagi mendengar qiraat imamnya.
·        Dan sunat diam yang sedikit antara surah dan rukuk. (ms206)
·        Dan tiada disunatkan baginya membaca surah hanya hendaklah ia menyengaja mendengar baca imamnya, kerana firman Allah Taala () ertinya dan apabila dibaca orang maka sahaja oleh kamu mendengar baginya. (ms207)
·        Maka jika tiada mendengar ia akan bacaan imamnya kerana tuli telinganya, atau jauh daripadanya, atau mendengar ia akan suara imamnya tetapi tiada faham ia akandia, atau atau diperlahankan oleh imam akan bacaannya, dan jikalau pada sembahyang jahriah sekalipun nescaya sunat bagi makmum itu membaca surah kerana tiada faedah bagi diamnya. (ms207)
·        (Adapun) makmum yang masbuk yang tiada mendapat ia akan dua rakaan yang pertama daripada sembahyang imamnya maka disunatkan baginya membaca surah di dalam rakaan yang didapatinya akandia serta imamnya, itupun jika dapat akandia membaca dia di dalam dua rakaat itu. Dan jika tiada maka hendaklah di qadaknya membaca dia di dalam rakaat yang tinggal daripada sembahyangnya kemudian daripada salam imamnya.
Dalam rukun 5: Rukuk
·        Membaca subhana-rabial-‘azimi wabihamdih tiga kali.
Dalam rukun 6: Iktidal
·        (dan disunatkan) pada iktidal itu mengangkat dua tapak tangannya berserta dengan permulaan mengangkatkan kepada hingga berbetulan dengan kedua bahunya serta membaca samiAllahuliman hamidah.
·        Dan sunat bagi imam dan mubaligh menyaringkan dia kerana bahawa sanya ia zikir intiqal. (Maka apabila) berdiri betul ia, dilepaskannyalah akan dua tangannya, maka dibacanya rabbana-lakal-hamd.
Dalam rukun 7: Sujud
·        (bermula) disunatkan tatkala tunduk kepada sujud itu mengucap takbirah dengan tiada mengangkat kedua tangan.
·        Dan disunatkan tertib pada menghantarkan dua lutut dan dua tapak tangan dan dahi seperti bahawa didahlukannya menghantarkan dua lutut kemudian maka dua tapak tangan kemudian maka dahi. Maka jika disalahinya tertib itu maka iaitu makruh.
·        Dan sunat keadaan dua tapak tangannya itu berbetulan dengan kedua bahu pada hal terbuka keduanya lagi diunjurkannya sekalian jarinya, lagi dirapatkan akandia lagi dihadapkan hujungnya kepada qiblat.
·        Dan tiada wajib menghantarkan hidung hanya sunat jua. Maka diketahui daripadanya makruh meninggalkan daripada menghantarkan dia, dan sunat menghantarkan hidung itu beserta dengan menghantarkan dahi, dan sunat keadaan hidung itu terbuka.
·        Dan sunat merenggangkan antara dua lutut kadar sejengkal.
·        Dan sunat bagi laki-laki merenggangkan perutnya daripada dua pehanya pada sujudnya, dan merenggangkan dua sikunya daripada dua lambungnya pada sujudnya dan pada rukuknya kerana mengikut feel Nabi s.a.w.
·        Dan sunat bagi perempuan dan khunsa merapatkan perutnya dengan dua pehanya pada sujudnya, dan merapatkan dua sikuna pada lambungnya, pada sujudnya dan rukuknya.
Dalam rukun 8: Duduk antara dua sujud
·        (dan sunat) mengucap takbir dengan tiada mengangkatkan dua tangan tatkala bangkit daripada sujud diserta dengan mengangkatkan kepala dan melanjutkan takbir hingga sampai kepada duduk antara dua sujud.
·         Dan sunat bahawa adalah duduknya itu iftiras pada hal menghantarkan ia akan dua tapak tangannya atas dua pehanya hampir kepada dua lututnya sekira-kira berbetulan hujung sekalian jari dua tangannya dengan dua lututnya, lagi menganjurkan ia akan sekalian jari kedua tangannya lagi dirapatkan akandia, lagi dihadapkannya hujungnya kepada qiblat.
·        Dan sunat mengangkatkan telunjuk itu tatkala mengata hamzah pada illallah serta mencenderungkan sedikit supaya tiada keluar ia daripada berbetulan qiblat kerana mengikut feel Nabi s.a.w. dan diqasadnya dengan yang demikian itu bahawa sanya yang disembah itu Esa ia.
·        Dan makruh mengangkatkan telunjuk kiri dan jika tiada ada baginya telunjuk kanan sekalipun kerana menghampar sekalian jari tangan kiri itu sunat, dan mengangkat telunjuknya itu meluputkan demikian itu.
·        Dan hendaklah dikekalkannya mengangkatkan telunjuk itu hingga berdiri atau memberi salam.
·        Dan janganlah digerak-gerakkannya akandia maka jika digerakkannya akandia maka iaitu makruh jua.
Hadis () ertinya tiada bagi seorang daripada pahala sembahyangnya melainkan barang yang berakal ia dalamnya yakni barang yang hadir hatinya dalamnya.’
(Dan disunatkan) di dalam qiyam atau gantinya menggenggamkan tangan kanan pada pergelangan tangan kiri pada hal dihantarkan akandia di bawah dada dan di atas pusat kerana mengikut bagi feel nabi. (Bermula) hikmah pada menghantarkan kedua tangan seperti demikian itu di bawah dada dan di atas pusat supaya menunjukkan yang sembahyang kepada memeliharakan hati daripada segala khuatir dan telah berlaku adat bahawasanya barang siapa mengaja memeliharakan akan bagi suatu menghantarkanlah ia akan tangannya atasnya maka disuruhkan orang yang sembahyang dengan menghantarkan seperti demikian itu atas tempat yang membetuli akan hatinya supaya ingat ia dengan sebabnya akan memeliharakan hatinya daripada yang tersebut itu.’
(Dan sunat) bagi makmum bahawa berhenti ia pada tempat sembahyang hingga keluar imamnya daripada tempat sembahyangnya jika dikehendakinya keluar kemudian daripada zikir dan doa kerana makruh bagi makmum keluar dahulu daripada imamnya jika tiada ada uzur.’
(Bermula) berpindah kerumahnya kerana mengerjakan sembahyang sunat yang tiada disunatkan berjemaah itu terafdal daripada mengerjakan dia di dalam masjid. (Kata) Sheikh Ibnu Hajar, dan jikalau bagi orang yang di dalam kaabah dan di dalam Masjidil-Haram sekalipun kerana hadis Bukhari dan Muslim () ertinya sembahyanglah kamu hai sekalian manusia di dalam rumah kamu bahawasanya yang terafdal sembahyang seorang itu di dalam rumahnya jua melainkan sembahyang fardu lima waktu.’
Dan lagi bahawasanya pada sembahyang di dalam rumahnya itu jauh daripada riak dan kembali barkah sembahyang atas rumah dan isi rumah seperti yang tersebut di dalam hadis.’
Sebaliknya, jika tidak khusyuk dalam sembahyang maka hukumnya makruh iaitu lawan kepada hukum sunat.