Monday, June 20, 2011

islam dan Islam

Ciptaan Allah terlalu luas dan rumit untuk ditakrifkan. Daripada yang paling halus dan tidak boleh dilihat seperti proton dan neutron, sehingga alam galaksi yang terbentang luas. Penuh kekaguman. Ianya bukan setakat luas tetapi juga teratur, dalam kedudukannya dan perjalanannya.
Mengikut al-Quran, ia bukan setakat dijadikan sebagai jirim atau benda, yang boleh kita lihat, dengar, bau, rasa dan sentuh. Ianya juga bukan setakat jagatraya yang boleh dilihat. Tetapi sebahagian ciptaan Allah adalah sesuatu yang di luar jangkaan otak manusia dan segala pengalaman mereka.
Al-Quran menyebut ada tujuh syurga, period in time when man was not even a thing mentioned. Al-Quran juga menyebut tentang malaikat yang dijadikan daripada cahaya dan jin daripada api. Disebut juga tentang satu dunia lagi iaitu akhirat, suatu tempat yang lebih baik dan lebih tahan lama daripada dunia ini. Hanya orang yang kufur tidak mempercayai kewujudan semua ini, semata-mata kerana ianya tidak dapat dilihat buat masa sekarang ini. Ini yang menimbulkan keraguan atas kreativiti kuasa Allah yang menjadikannya. Pandangan ini samalah umpamanya, seperti memandang sebatang lebuhraya yang panjang dan lurus, lalu menafikan apa sahaja yang wujud di sekitarannya hanya kerana kesemuanya di luar medan penglihatan mereka.
Ciptaan Allah s.w.t. juga bukanlah pula sesuatu yang dijadikan sebagai one-off. Allah tidak hanya mencipta dunia ini kemudian berehat atau tidur. Jika ini yang difikirkan, bukanlah Tuhan namanya. Allah akan sentiasa menjaga makhlukNya, dan mempunyai kuasa untuk menamatkan pada bila-bila masa, atau memberikan sebab akan wujud satu penghidupan yang baru atau mencipta makhlum yang baru mengikut kehendakNya.
Al-Quran juga menyebut segala-galanya yang ada dalam jagatraya ini mengikut satu sukatan mengikut ketentuanNya. Matahari dengan saiznya, bergerak dalam orbitnya sendiri dan tidak akan menerobos bulan. Kesemuanya adalah benda maujud yang boleh terapung dalam satu ruangnya tersendiri mengikut hukum yang ditentukanNya. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk membesar dan berbunga. Burung dan lebah dianugerahi Allah dengan sense of direction bagi membolehkannya mencari makan. Manusia memerlukan oksigen untuk kelangsungan hidupnya. Lebah tidak boleh hidup di laut, manakala ikan pula tidak boleh hidup di darat. Setiap ciptaan mengikut hukum yang ditentukan oleh Allah yang Maha Pencipta. Dan, hidup kekal berterusan mengikut ketentuanNya. 'This is precisely the meaning of the Arabic word 'islam'. (Islam the Natural Way, 14). Maka apa sahaja yang mengikuti hukum yang ditentukan oleh Allah akan hidup dalam bentuk penyerahan diri dan tunduk patuh, atau,
'Anything which follows the laws measured out for it by the Creator lives in a state of submission or 'islam' and is thus a 'muslim' which literally means 'one who submit'.
Huruf kecil i digunakan bagi maksud state of submission bagi setiap makhluk. Dan, perkataan muslim dengan huruf kecil m adalah dirujuk sebagai makhluk yang patuh tunduk, seperti yang sewajarnya, kepada hukum yang telah ditetapkan kepada setiap penciptaanNya.
Setiap makhluk, sama ada matahari yang ditentukan untuk memberi tenaga cahayanya untuk penghidupan dan kepanasan, atau bulan yang berada dalam orbitnya, tumbuhan yang menerbitkan bunag, daun tua kuing yang akan gugur bila tiba masanya, bergabung semula dengan tanah, sesiapa sahaja sama ada Kristian, Budha, Hindu, Jew mahupun Muslim, malah sesiapa sahaja yang sedang bernafas ini asasnya adalah seorang muslim, iaitu sesuatu yang tunduk kepada hukum-hukum dan norma-norma Tuhan.

No comments:

Post a Comment