Ada sebuah riwayat yang sangat baik untuk dijadikan teladan. Ini adalah berkaitan dengan bagaimanakah caranya untuk mencari rahmat Allah swt. Teladan yang hendak dismpaikan di sini ialah bahawa sembahyang sahaja tidak membawa kita ke syurga.
Ini adalah riwayat dari Imam al-Hakim katanya daripada Jabir bin
Abdullah ra, menyebut bahawa suatu hari Nabi Muhammad saw bertemu dengan para
sahabat dan bersabda,
Malaikat Jibrail
baru sahaja datang kepadaku dan berkata, Wahai Muhammad, demi Tuhan yang
mengutuskanmu sebagai nabi yang benar, sesungguhnya ada seorang hamba dalam
kalangan hamba-hamba Allah yang beribadah selama 500 tahun di atas sebuah bukit
yang terletak di tengah-tengah lautan. Lebar dan panjangnya adalah 30 hasta
kali 30 hasta dan dikelilingi oleh laut seluas 4000 farsakh dari tiap penjuru.
Di situ, Allah swt mengeluarkan baginya mata air yang jernih selebar satu jari
yang memancarkan air yang tawar lalu ia bertakung di bawah bukit, juga pohon
delima yang mengeluarkan buahnya pada setiap malam untuk dimakan pada hari
tersebut. Apabila hari sudah siang, dia turun untuk mengambil wuduk dan memetik
delima, lalu memakannya. Kemudian dia berdiri menunaikan
sembahyang dan meminta kepada Tuhannya supaya dia dimati-kan dalam
keadaan sujud dan bumi atau apa sahaja atidak dapat menghancurkannya
sehinggalah dia dibangkitkan dalam keadaan sujud. Lalu Allah telah melaksanakan
permintaannya.
Kami pasti akan
melaluinya apabila kami turun dan naik ke langit dan kami juga mendapati di
sisi ilmu Allah bahawa dia akan dibangkit-kan pada hari kiamat alau dihadapkan
di hadapan Allah Azza Wajalla. Allah
berfirman kepadanya (dengan memerintahkan kepada para malaikat), ‘Masukkanlah
hamba-Ku ini ke dalam syurga dengan rahmat-Ku’. Orang itu berkata, ‘Wahai
Tuhanku, bahkan masukkanlah aku ke dalamnya dengan
amalanku’. Allah berfirman, ‘Masukkanlah hamba-Ku ini ke dalam syurga
dengan rahmat-Ku’. Orang itu berkata, ‘Wahai Tuhanku, bahkan masukkanlah aku ke
dalamnya dengan amalanku’. Allah berfirman lagi, ‘Masukkanlah hamba-Ku ini ke
dalam syurga dengan rahmat-Ku’. Orang itu berkata, ‘Wahai Tuhanku, bahkan
masukkanlah aku ke dalamnya dengan amalanku.
Lalu Allah berfirman kepada para malaikat, ‘Hitunglah hamba-Ku ini pada nikmat-Ku yang telah dikurniakan
kepadanya dengan amalannya’. Maka, didapati nikmat penglihatannya telah
merangkumi ibadah yang dilakukannya selama 500 tahun, sedangkan nikmat anggota
tubuh badan yang lain masih berbaki (belum
dihitung). Lalu Allah berfirman, ‘Masukkan hamba-Ku ke dalam neraka’. Ketika diterik menuju ke neraka, dia berkata,
‘Wahai Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmat-Mu’. Maka Allah
berfirman (kepada para malaikat), ‘Kembalikanlah ia’. Lalu dia dihadapkan di hadapan Allah dan Allah bertanya, ‘Wahai hamba-Ku,
siapa yang menjadikanmu ketika dirimu masih tidak ada?’ Dia menjawab, ‘Engkau wahai Tuhan’. Allah bertanya,
‘Adakah ia disebabkan amalanmu atau
rahmat-Ku?’ Dia menjawab, ‘Bahkan dengan rahmat-Mu.’ Allah bertanya,
‘Siapakah yang memberi kekuatan kepadamu untuk beribadah selama 500 tahun?’.
Dia menjawab, ‘Engkau wahai Tuhanku’. Allah bertanya lagi, ‘Siapakah yang
menempatkan engkau di atas bukit di tengah-tengah laut, mengeluarkan air segar
yang tawar daripada sumber air laut yang masin, menumbuhkan sebiji buah delima
sedangkan sesungguhnya ia hanya akan berbuah sekali sahaja dalam satu tahun,
dan engkau mohon kepada-Ku untuk mati dalam keadaan sujud lalu Aku
melakukannya?’. Jawabnya, ‘Engkau wahai Tuhanku’. Firman Allah semua itu adalah
dengan rahmat-Ku. (Ke Arah Haji Yang Mabrur, 23-24)
Mesej yang
jelas di sini ialah bahawa sembahyang kita bukanlah amalan yang akan membawa kita ke syurga. Jadi betapa banyak mana sekalipun sembahyang yang kita lakukan,
umpamanya mengikut riwayat ini selama 500 tahun, belum dapat menjamin masuk syurga atau menjauhkan dari api neraka.
Dapat kita
lihat di sini iaitu rayuan demi rayuan hamba Allah itu untuk dimasukkan ke
syurga dengan sembahyangnya namun tetap ditolak. Namun akhirnya dia dimasukkan
ke syurga juga tetapi dengan rahmat Allah swt. Dengan kata lain dia dimasukkan
ke syurga dengan rahmat Allah, bukan dengan sembahyangnya.
Persoalannya
apakah yang telah dilakukannya di sebuah pulau yang kecil, tiada manusia lain,
sehingga mendapat rahmat Allah swt.
No comments:
Post a Comment