Sedar atau tidak, realitinya masih ramai yang tidak mempunyai kefahaman asas apa itu Islam. Ini menyebabkan timbulnya berbagai-bagai tanggapan yang lari dari konsepnya yang betul.
Kefahaman paling asas ialah bahawa Islam distruktur
kepada 4 pola:
Aqidah mesti dibuktikan dengan IBADAH, paling kurang
menunaikan sembahyang, zakat, puasa dan haji. Ibadah berasal dari perkataan ‘abd yang bererti tunduk patuh.
Tunduk patuh itu adalah
sebahagian daripada AKHLAK. Jadi beribadah
itu tujuannya untuk menerapkan nilai-nilai akhlak.
Inilah nilai yang hendak dijadikan garis panduan bagi menjalani
kehidupan (berSYARIAT) itu.
Kesemua 4 pola ini adalah paling asas, tidak boleh
dibuang mana-mana satu daripadanya. Ia harus diikuti oleh setiap orang Islam,
sama ada orang awam atau para ulama, OKU, orang terlantar sakit, raja atau
presiden, hakim dan sebagainya, tidak ada yang terkecuali.
4 pola ini menjadi ukuran tahap keimanan. Ini sebabnya
mantar mufti Sabah dalam kitabnya menyebut ada 4 martabat keimanan: (saya
turunkan secara ringkas tetapi menggunakan istilah yang asas)
1.
Martabat iman ulama’: iaitu keimanan dan ma’rifat terhadap Allah dengan nadzor dan istidlal iaitu dengan memikirkan
kejadian alam dan mengemukakan dalil tentang kejadian ala mini, sama ada dalil
naqli atau dalil aqli, lalu mereka itu beriman kepada Allah yang menjadikan
alam tadi yang bersifat qudrat, iradat, dan ilmu, dan mereka itu juga ma’rifat
dengan asma’-asma’ Allah dan sifat-Nya.
2.
Martabat iman orang-orang yang bertaqlid: iaitu keimanan dan ma’rifat terhadap Allah azza wajal hanya dengan mendengar
perkhabaran yang masyhur atau mengikut perkataan orang ramai tentang kewujudan Allah
Taala tanpa dalil-dalil kewujudannya.
3.
Martabat iman orang yang menjalankan syariat Allah: iaitu keimanan dan ma’rifat mereka terhadap Allah Taala
berasaskan syawahid dan barahin iaitu bukti, hujah dan dalil
dari al-Quran atau al-Hadis (dalil naqli) atau dalil aqli.
4.
Martabat iman Nabi-nabi dan Rasul-rasul: (tidak perlu di tuliskan lagi).
Di ms 95 tercatat, keimanan Nabi2
dan Rasul2 yang kedudukan imannya paling tinggi dari iman-iman yang lainnya.
Di ms 96 dicatat martabat iman orang yang
menjalankan syariat adalah iman yang tinggi, dan mereka adalah orang yang
cintakan Allah serta taat kepadanya, dan takut melanggar perintah Allah, dan
mereka adalah ulama yang benar-benar menjalankan hukum Allah
Ini cerita tentang martabat
keimanan. Jelas, orang yang memenuhi 4 pola di atas tadi adalah martabat
tertinggi selepas keimanan Nabi2 dan Rasul2.
Perhatikan baik-baik, bahawa martabat
iman ulama’ jatuh di tempat ke-3, kerana mereka ini tidak berSYARIAT dengan
AKHLAK yang dipunyainya. Mereka mengajar AKHLAK tetapi mereka sendiri tidak
mengamalkannya. Ini disebut dengan jelas oleh mantan ustaz UPM dalam kelas yang
kami hadiri. Apabila ada antara kami bertanya untuk kesahihan, dengan jelas
disebut sebabnya ulama’ tidak
menjalankan SYARIAT walaupun ilmunya tinggi. Inilah keimanan para penceramah kata beliau.
Berkait dengan tujuan penciptaan
manusia (lihat ayat-ayat dalam page SIAPAKAH KITA blog 4stroke5 Allah swt
menekankan SYARIAT yang dikehendaki ialah bertunggakkan konsep khalifah, tetapi bukan khalifah dengan
maksud ketua agama atau raja.
Konsep khalifah menghendaki
kita bersikap mementingkan kepentingan
orang lain. Ini dirujuk kepada ayat 165 al-Anam; kurniaan yang dimaksudkan oleh ayat ini disebut dalam ayat 69 al-Araf,
Maka kenanglah akan
nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya. Nikmat-nikmat yang dimaksudkan ialah meninggikan setengah kamu
atas setengahnya yang lain beberapa darjat (al-Anam, 165). Darjat yang dimaksudkan disebut dalam ayat 69
al-Araf, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk
kejadian tubuh kamu.
Jika kelebihan diertikan
sebagai kekuatan tubuh bererti
setiap orang adalah khalifah. Setiap orang harus menggunakannya untuk
orang yang lebih rendah darjatnya. Ini bermaksud setiap orang wajib
membantu orang yang lebih rendah kudrat tubuh badannya. Dengan demikian maka
lahirlah satu situasi kehidupan yang boleh disebutkan sebagai rantaian kehidupan
saling bergantung hidup.
Jadi SYARIAT yang dikehendaki Allah
swt itu adalah cara hidup yang saling bantu membantu antara seorang dengan yang
lain. Penguatkuasaannya ialah tunduk patuh. Jadi IBADAH itu adalah
prosesnya. Dengan demikian sesiapa sahaja sama ada orang awam, raja atau
pemerintah, hakim, OKU dan sebagainya tidaak terkecuali. Keimanan kita
bergantung kepada sama ada kita melakukannya atau tidak.
Dengan demikian sembahyang,
zakat, puasa dan haji itu adalah proses membentuk sikap tunduk patuh
bagi memenuhi tuntutan menjadi khalifah.
No comments:
Post a Comment