Pola-pola Islam

Para ulama' menstruktur Islam kepada empat pola iaitu aqidah, ibadah, akhlak dan syariat, dalam bentuknya aqidah yang dibuktikan dengan ibadah, ibadah yang melahirkan akhlak, dan akhlak yang dijadikan syariat (cara hidup). 

Seseorang yang yang dengan sukarela mengucap kalimah syahadah bererti dia sudah mempunyai aqidah. Aqidah yang sempurna adalah yang dibuktikan dengan menunaikan ibadah. Ibadah yang diperintahkan hanya empat iaitu sembahyang, zakat, puasa dan haji

Dalam struktur agama (Islam) menghendaki ibadah yang empat ini haruslah yang melahirkan akhlak dan dihidupkan dalam bentuk syariat atau cara hidup. Jadi tidak bolehlah seseorang Islam itu hanya mengaku dirinya Islam, orang beriman, tetapi dibuktikan hanya dengan menunaikan ibadah-ibadah yang empat itu sahaja, meninggalkan pola-pola akhlak dan syariatnya.

Justeru adalah satu kewajipan (wajib) bagi kita mempelajari pola-pola Islam yang paling asas untuk menjadikan diri kita sebagai seorang Islam yang dikehendaki Allah swt. Buat permulaan boleh sahaja anda baca di sini.

No comments: