03 October 2015

Pahala vs rahmat Allah

Kita masuk syurga dengan rahmat Allah bukan dengan pahala kita. 
Ramai antara kita yang sebok mencari pahala, tetapi kurang memberi perhatian kepada perkara-perkara yang mendatangkan rahmat Allah.
Antara aktiviti yang biasa dilakukan bagi mencari pahala ialah membaca al-Quran, atau yang berkaitannya seperti memperdengarkan bacaan al-Quran. Pahala dari aktiviti ini menjadi dorongan kepada sesetengah orang membacanya walaupun tidak memahami erti dan maksudnya. Ini adalah berkaitan dengan mencari pahala. Tetapi jika tidak memahami maksud dan pengajaran dari ayat-ayat yang dibacanya apakah akan mendapat rahmat Allah.
Kebanyakan aktiviti yang mendatangkan rahmat Allah adalah terletak dalam bidang hablum minannas, iaitu hubungan baik antara manusia dengan manusia lain dan sekalian makhluk. Jadi membaca al-Quran yang menjurus kepada aktiviti hablum minannas adalah pendekatan yang terbaik. Jika tidak ianya akan menimbulkan banyak persoalan. Misalnya jika membaca al-Quran tetapi sehinggakan menjadi gangguan kepada orang lain apakah hasilnya. Membaca al-Quran hukumnya hanya sunat sahaja tetapi mengganggu orang lain sama ada yang Muslim atau tidak hukumnya haram. Mengikut fiqh keutamaan kita wajib meninggalkan yang haram berbanding melakukan yang hanya sunat sahaja hukumnya. Inilah yang dimaksudkan oleh mufti Perlis di sini. (Bacalah selanjutnya di laman berkenaan)

Tetapi jelas memang ada sesetengah orang yang kurang peduli dengan pendekatan fiqh keutamaan dengan berbagai alasan. Bagaimana kita mengharapkan rahmat Allah.
Kita masuk syurga dengan rahmat Allah, bukan dengan pahala. Apalah ertinya pahala yang kita kumpulkan itu jika tidak dapat menikmatinya. Kerana pahala yang kita kumpulkan tersimpan di suatu tempat yang bernama syurga, sedangkan kita tidak mempunyai kunci masuk syurga. Apakah komen anda.

No comments: