18 February 2016

Konsep kefahaman Islam yang betul


Untuk memahami Islam dengan betul adalah dengan memahami pengertian dan tujuan hidup yang sebenar. Ia memerlukan anda memikirkan realitinya secara keseluruhan, dan bertanya seperti siapakah aku, dari manakah aku datang, apa yang aku lakukan di sini dan ke manakah aku akan pergi dari sini. 
Untuk mencari rahmat Allah hidup kita haruslah yang serasi dengan konsep ini. Kita tidak seharusnya membataskan aktiviti ibadah kita hanya kepada ibadah khusus iaitu sembahyang, zakat, puasa dan haji sahaja. Jika ini yang kita lakukan kita hanya melunaskan kewajipan kita kepada hablum minallah sahaja. Sedangkan Allah menjadikan kita sebagai khalifah-Nya di dunia ini harus melaksanakan juga yang hablum minannas. Untuk ini tidak lain dan tidak bukan kita wajib menjalankan aktiviti ibadah umum. Wajib.
Inilah pandangan Islam. Justeru pandangan kita terhadap Islam harus diperbetul. Secara ringkasnya ikuti tulisan saya di Pola hidup Islam.


No comments: