Khalifah adalah gelaran bagi ketua agama atau raja bagi sesebuah negara (Islam). Misalnya Sayidina Abu Bakar adalah orang pertama menjadi khalifah selepas kewafatan baginda Nabi saw.
Secara
umum, khalifah bermaksud pengganti
kepada Nabi saw. Yang bermaksud bahawa khalifah
dalam kontaks ini adalah jawatan
pemerintah.
Namun terdapat juga ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan bahawa khalifah itu ialah manusia awam, seperti yang disebut oleh ayat 129 al-Araf. Ayat ini adalah tentang aduan kaum Nabi Musa yang dianiaya oleh Firaun sebelum kedatangan baginda dan malah sesudahnya. Menjawab aduan itu Nabi Musa menyebut, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi.
Jawapan ini
menunjukkan seseorang khalifah itu
adalah dari golongan manusia awam. Demikian juga yang disebut oleh ayat 14
surah Yunus yang menyebut ertinya Kemudian
Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan
itu.
Soalkekhalifahan ini sedari awal lagi menunjukkan khalifah bukanlah sebagai jawatan pemerintah. Ayat 30 al-Baqarah menyebut ertinya, Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Namun malaikat mempersoalkan, Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan (berbunuh-bunuhan). Frasa kata menumpahkan darah menggambarkan orang itu ialah manusia awam.
Mungkin
akan ada orang menimbulkan persoalan misalnya adakah semua manusia? Atau adakah
syarat-syarat tertentu untuk dijadikan khalifah?
Terdapat beberapa ayat al-Quran yang menyebut
mereka adalah orang-orang yang diberi kelebihan tertentu. Apakah kelebihan-kelebihan itu?
Antaranya seperti yang
disebut oleh ayat 165 al-Anam, dan meninggikan setengah kamu atas
setengahnya yang lain beberapa darjat. Darjat apakah yang dimaksudkan itu? Mengikut ayat 69 al-Araf ialah kudarat tubuh
badan. Ayat
ini menyebut, dan Allah telah menambahkan
kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian
tubuh kamu.
Ayat ini juga menyebut, Maka kenanglah akan nikmat-nikmat
Allah supaya kamu berjaya. Ini menggambarkan kelebihan kudrat tubuh badan itu sebagai nikmat Allah. Apabila Allah menyeru Maka kenanglah bermaksud menggunakannya,
dalam kontak ini ialah untuk peranan sebagai khalifah.
Kekuatan tubuh badan itu adalah sebahagian
daripada darjat kelebihan. Maka apa jua kekuatan yang lain yang ada pada
sekujur badan adalah sebahagiannya lagi. Misalnya kekayaan, keintelekan. Allah
swt menyeru untuk dipergunakan bagi faedah menjalankan tugas khalifah. Justeru tidak boleh dinafikan
bahawa apa jua nikmat yang Allah swt berikan adalah antara kelebihan darjat yang disebut oleh ayat 165
al-Anam itu.
Dengan demikian gelaran khalifah itu terkena kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kelebihan:
ü kudrat tubuh badan,
ü kelebihan intelek,
ü kekuasaan,
ü harta, dan
ü seumpamanya.
Antara darjat kelebihan yang nyata ialah
kekayaan harta, pangkat dan intelek. Justeru kelebihan ini harus dikenang juga. Malangnya berapa ramai
orang yang mempunyai kelebihan intelek seperti PhD, dan keilmuan yang lain itu
menyedari bahawa dirinya adalah seorang khalifah, harus menggunakannya untuk
maslahah manusia dan alam keseluruhannya.
Nikmat-nikmat Allah juga digambarkan oleh ayat
74 al-Araf yang menyebut, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu
mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat
gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah. Ini adalah kemudahan
yang berkaitan dengan infrastruktur tempat tinggal. Allah juga menyeru, Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu
bermaharalela melakukan kerosakan di bumi. Dari sudut qiyas, kemudahan itu
meliputi juga yang berkaitan dengan unsur-unsur untuk kelangsungan hidup
seperti air, udara, tumbuhan dan haiwan. Jadi selain kekuatan tubuh badan kelebihan darjat itu ialah
kuasa pemerintahan.
Jadi kelihatannya seseorang khalifah itu lebih dimaksudkan kepada manusia biasa yang mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu. Ini bertepatan dengan maksud ayat 30 al-Baqarah. Syaratnya ialah jika menggunakannya untuk membela orang yang lebih rendah darjatnya.
Tugas khalifah |
Ayat-ayat di atas itu secara
tidak langsung menggambarkan tugas dan tanggungjawab seseorang khalifah.
Misalnya Maka kenanglah yang disebut
oleh ayat 69 al-Araf, ayat 74 al-Araf itu bermaksud seruan menggunakannya untuk jihad di jalan Allah swt, iaitu
untuk membela nasib orang-orang yang lebih rendah darjatnya.
Antara lain lagi ialah
tanggungjawab menjaga alam sekitar. Ini disebut oleh ayat 74 al-Araf. Dengan kata lain ialah menjaga bumi ini dan segala kandungannya. Ini
menggambarkan situasi kehidupan di dunia ini.
Dengan ayat-ayat di atas juga Allah
mengingatkan kesemuanya itu adalah ujian bagi mereka yang mempunyai kelebihan
tersebut.
Jadi kelihatannya objektif utama kepemimpinan
seseorang khalifah ialah untuk
membina iklim kehidupan yang sejahtera,
bahagia dan memuaskan di bumi buat manusia dan makhluk sekalian alam. Seperti
yang telah disebut sebelum ini, sasarannya pula buka manusia sahaja tetapi juga
makhluk sekitaran sama ada yang hidup atau yang tidak hidup. Alasannya ialah
kerana kesejahteraan manusia bergantung juga kepada kesejahteraan makhluk itu
tadi.
Sebagai persediaan menjadi khalifah, Allah swt mengurniakan manusia dengan akal
yang mampu berfikir, agar manusia mampu meneroka segala isi alam ini untuk
ikhtiar hidupnya. Dengan akalnya yang bersifat kritis dan kreatif itu mampu
pula merobah sumber-sumber alam yang semulajadi ini menjadi sesuatu yang baru.
Yang lebih penting lagi untuk disedari ialah dengan akal menjadikan manusia
mampu membezakan antara yang salah dengan yang benar, yang cantik dengan yang
buruk. Tidak seperti haiwan yang akalnya hanya untuk menerbitkan naluri
makan-minum, berkelamin dan beranak sahaja selaras dengan yang telah
ditentukan-Nya.
Setiap orang Islam hanya diwajibkan mendirikan empat ibadah
sahaja iaitu sembahyang, zakat, puasa dan haji, tiada yang lain lagi. Logiknya,
inilah ibadah-ibadah yang dijadikan asas bagi membentuk keperibadian seseorang
khalifah. Jadi, empat ibadah dalam Rukun Islam itu adalah bertujuan mengasuh
manusia bagi melayakkannya menjadi khalifah.
Jadi, sebagai tiang agama, sembahyang itu adalah
asasnya. Kemudian disempurnakan lagi dengan ibadah-ibadah yang lain.
Persoalannya,
adakah sembahyang kita sudah menyumbang kepada membina sikap kekhalifahan itu.
No comments:
Post a Comment