03 November 2019

Sembahyang yang mendapat rahmat Allah swt. 
Cukupkah jika sembahyang yang kita dirikan setakat menunaikan segala rukunnya sahaja, walaupun yang dilengkapi pula dengan perkara-perkara yang sunat! Mari kita renungkan kembali:



Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?
Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau redha ya Allah?
Allah swtSedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda (al-Baqarah 261-262).




Hal ini disokong pula dengan kenyataan Imam Ghazali, Apabila kamu sibuk dengan ibadah yang lazim dan berbangga dengannya maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah. Tetapi apabila kamu berbuat baik dan berkorban untuk orang lain maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah redha kerananya’ (dari Kitab Mukasyafatul Qulub.
Ringkasnya, ibadah sembahyang kita biarlah yang dapat mendidik kita menjadi seorang yang mempunyai sikap suka berbuat baik dan berkorban untuk orang lain. Inilah ibadah sembahyang yang dirahmati Allah swt. Selanjutnya.... 

1 comment:

cikgu said...

Berkait dengan hadis di atas ini, saya juga pernah mendengar hadis yg menyebut, Janganlah berbangga dengan sembahyang yang banyak.