04 October 2019

Meraih rahmat Allah

Untuk meraih rahmat Allah, hidup kita harus diatur agar sentiasa berada atas jalan yang lurus (mustaqiim). Antara asas-asasnya ialah ayat 56 az-Zariyat, yang menghendakki kita hidup dalam keadaan sentiasa mengabdikan diri, bererti setiap aktiviti sama ada yang berbentuk niat, lisan dan perbuatan harus diawasi agar sentiasa serasi dengan konsep tunduk patuh (kepada kehendak Allah swt). Ada 5 kriteria bagaimana caranya melaksanakannya.
Kuncinya ialah dengan melihat Islam adalah cara hidup, bukan setakat menunaikan sembahyang, zakat, puasa dan haji sahaja. Sebagai cara hidup. Islam harus diterima bahawa skopnya mencakupi 4 pola, iaitu aqidah, ibadah, akhlak dan syariat, dalam bentuknya aqidah yang dibuktikan dengan ibadah, ibadah yang melahirkan akhlak, dan akhlak yang dijadikan cara hidup (syariat). Klik untuk mengenali skop Islam

No comments: