Untuk mengaku bahawa diri kita
Islam, pertama sekali kita harus menerima hakikat bahawa kita ini dijadikan
oleh Allah swt: Dia-lah yang mencipta kita seperti adanya hari ini, meletakkan
kita di atas muka bumi ini, dibekali dengan otak yang mampu berfikir dan
meneroka sumber-sumber bumi yang disediakan-Nya.
Dengan pengakuan ini Islam
menghendaki manusia agar sedar tentang dirinya: jika kita dijadikan-Nya bererti
bahawa kita adalah kepunyaan-Nya. Dan, dengan kemampuannya berfikir itu manusia
mampu mengumpul harta, maka kita harus mengakui juga bahawa segala harta dan
kepunyaan kita juga hakikatnya adalah kepunyaan-Nya juga. Jadi, diri kita dan
harta kekayaan kita bukanlah kepunyaan kita secara mutlak, tetapi hakikatnya adalah kepunyaan
Allah swt.
Setelah kita menerima dua hal
yang tersebut ini dengan sebulat hati kita, maka kita boleh mengaku bahawa kita
adalah seorang Islam. Jika tidak, kita tidak boleh mengaku bahawa kita Islam.
Worldview hidup Islam
Worldview hidup Islam
Worldview tentang dunia adalah caranya
seseorang melihat dan menjelaskan tentang dunia dan bumi tempat tinggal
manusia; worldview ini bukan sahaja
melibatkan cara kita berfikir tetapi akan menentukan juga perilaku dan tindakan
kita, dan sekaligus akan menentukan kualiti hidup.
Untuk memutuskan bagaimanakah
caranya kita hendak hidup di atas muka bumi ini, dan cara manakah yang hendak
kita ikuti, kita harus faham benar-benar konsep dari mana kita datang, dan ke
mana pula kita akan pergi selepas ini. Setelah itu baru kita sedar apa yang
harus kita lakukan sepanjang hidup.

Buat permulaan untuk melihat worldview hidup Islam sila ke sini.
Buat permulaan untuk melihat worldview hidup Islam sila ke sini.
No comments:
Post a Comment