Sembahyang kita ada matlamat dan
tujuannya (maqasid). Jadi adalah tidak memadai jika ibadah ini ditunaikan setakat
mendirikan zatnya sahaja. Antara matlamatnya ialah seperti yang disebut
oleh ayat al-Quran, ‘Sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’. Al-Ankabut, 29: 45)
Apakah kemungkaran
yang berkaitan dengan ibadah sembahyang kita dan apakah dia agama.
Antara lain lagi ialah bahawa sembahyang adalah ibadah
yang menjadi tiang agama. Jadi, hakikatnya
jika dilihat dari sudut matlamatnya, ibadah sembahyang kita adalah sebagai satu
proses pendidikan. Justeru,
ianya tidaklah cukup setakat didirikan zatnya sahaja
tetapi hendaklah yang mencapai matlamatnya.
Mendirikan
zatnya sahaja dikatakan sembahyang zahir, manakala untuk mencapai matlamatnya harus ada pula sembahyang yang batin, kerana sembahyang yang batin itulah yang
menjamin tercapainya matlamat dan tujuan sembahyang. Inilah ibadah sembahyang yang sempurna dan yang dikehendaki Allah swt iaitu
yang menjadi tiang agama, dan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
sebagai rukun Islam dalam konteks
bahawa Islam adalah cara hidup atau way of life.
Ketahui lebih lanjut, dapatkan buku ini.
Para
pembaca dari Rusia dan lain-lain yang ingin mendapatkannya dalam bentuk ebook
saya akan usahakan, jika ada permintaan. Hanya rm15 sahaja.
No comments:
Post a Comment