25 February 2021

Mencari pahala dari membaca al-Quran

Apabila disebut Akhlak Rasulullah saw adalah al-Quran, apakah yang dapat kita fahami.

Ini menggambarkan Rasulullah saw membaca al-Quran disertai dengan mentadabaru, mentartil, dan mengamalkan pengajaran bagi setiap ayat yang dibaca. Jadi setiap niat, percakapan dan perlakuan Rasulullah saw itu adalah berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran. Inilah Sunnah baginda. Jadi tidak hairanlah apabila Rasulullah saw kata membaca ayat-ayat al-Quran dapat pahala.

Bagaimana pula halnya bagi kita. Kita belum sampai ke tahap baginda, belum melalui tahap-tahap mentadabur, mentartil, apa lagi menjadikannya sebagai akhlak, apakah boleh dapat pahala seperti yang disebut itu tadi.

Allah swt menurunkan al-Quran untuk dijadikan petunjuk jalan hidup. Setiap ayatnya mengandungi mesej yang tidak lain tidak bukan adalah untuk menjustifikasi niat, bercakap dan melakukan sesuatu itu sejajar dengan yang dikehendaki oleh Allah swt atau tidak.

Jadi apakah ertinya membaca al-Quran jika tidak mencapai matlamat ini?

Malangnya kita tidak diajar dengan pegangan ini. Kita sering didendangkan dengan suara-suara, slogan-slogan yang kurang tepat tentang membaca al-Quran. Demi pahala, pahala dan pahala.

Pahala adalah ibarat darjah yang Allah berikan kepada kita setiap kali mencapai matlamat sesuatu tindakan yang sejajar dengan akhlak Nabi saw.

Dalam tasyhud kita sering membaca ayat-ayat yang menyebut bahawa Allah menganugerahi baginda Rasulullah saw dengan kesejahteraan, kerahmatan dan keberkatan, sedangkan buat kita semua Allah hanya menjanjikan kesejahteraan sahaja tanpa kerahmatan dan keberkatan. Itupun dengan syarat kita adalah orang yang sembahyang, atau dalam keadaan sentiasa beramal soleh. Cuba semak makna tasyhud kita.

Analiginya, apalah ertinya kita membaca buku dalam Bahasa Inggeris jika tidak tahu makna? Apakah faedahnya, mahukah anda melakukannya? Sama juga halnya apalah ertinya kita bermarhaban, bertahlil, berzikir tanpa tujuan, tetapi sekadar mengucapkan kalimah-kalimahnya sahaja. Sekadar berdendang.

Inilah sebabnya Rasulullah saw bersabda, Jangan bangga dengan sembahyang yang banyak kerana semua itu belum membuat Allah reda. Hadis ini dipadankan dengan kisah ibadah Nabi Musa dengan Allah swt, yang menyebut:

 

 

Nabi Musa: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?

Allah swt:     Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

 

 Hadis ini menunjukkan ibadah yang diredai adalah yang membawa faedah buat orang lain. Bagaimana dengan ibadah dari membaca al-Quran itu?

Justeru untuk mengharap rahmat Allah, lakukan ibadah-ibadah yang tujuannya untuk faedah buat orang lain. Misalnya kita membaca   ayat 1 surah ar-Rahman, yang ertinya Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, kita ambil sifat Pemurah itu.

Dengan sifat Pemurah-Nya Allah citpa tumbuhan dan pokok-pokok, maka kita mengambil sikap menjaganya, malah kalau boleh menyayanginya, kerana dengan tumbuhan itu kita mendapat faedah seperti untuk makanan, air dan oksigen.

Dengan sikap-sikap menyayangi dan menjaga itu tadi orang lain akan menapat faedahnya juga. Jadi inilah caranya untuk meraih pahala dari ibadah membaca al-Quran.
Jika sekadar membunyikan ayat-ayat al-Quran sahaja, dari manakah ornag lain boleh mendapat faedahnya?
Allah swt menghendaki kita menjalani kehidupan sebagaimana baginda Rasulullah saw, dengan hati yang sentiasa bersih yang digilap dengan ayat-ayat al-Quran. Puncaknya yang hendak dicapai ialah hidup untuk faedah buat orang lain, berkonsepkan kekhalifahan. 
Cuba kalian cari ayat-ayat tentang khalifah atau kekhalifahan. Saya menemuinya ada 8 ayat. Jika kalian dapat memberi 5 ayat saya hadiahkan dengan sebuah buku harga RM30 berjudul RUKUN ISLAM ASAS DAN TONGGAK WAY OF LIFE. 
Atau jika kalian rasa tidak ada masa dapatkan sahaja ebook percuma yang berjudul ASAS-ASAS KEFAHAMAN IDEOLOGI ISLAM, lihat di http://epustaka.company.site 

No comments: