07 May 2021

 Kita biasa mendengar hukum yang menyebut Tidak akan masuk syurga orang memutuskan silaturahim. Kita juga biasa mendengar hukum bagi orang yang merosakkan alam sekitar. Mengapakah Allah swt sangat menekankan kedua-dua hukum ini.

Terdapat bukti-bukti yang jelas bahawa kedua-duanya itu disebut sekkali dalam ayat-ayat tentang tujuan penciptaan manusia. Ini bermaksud bahawa kedua-dua faktor itu adalah faktor-faktor yang menjadi asas kepada kehidupan manusia. Sebagai faktor asas maka tidak bolehlah salah satunya atau kedua-duanya itu luput dari kehidupan manusia. Atas kedudukan inilah maka Allah swt menetapkan hukum yang amat ketat buat manusia agar mengekalkannya. Justeru bersama dengan penciptaan manusia Allah swt mengingatkan bahawa pengabaiannya akan menjadi sebab kepada balasan neraka buat yang melakukannya. Hukum ini jelas dan tidak ada galang ganti yang lain. Dengan kata lain bermaksud bahawa seseorang yang memutuskan silaturahim atau merosakkan alam sekitar sahaja akan membawanya ke neraka. Ikuti selanjutnya di sini.

No comments: