18 July 2024

 Masuk syurga dengan rahmat Allah.

Rahmat Allah diberi kepada gaya hidup di dunia.

Ideologi Islam menggambarkan gaya hidup di akhirat ditentukan oleh gaya hidup di dunia, atau gaya hidup di dunia akan menentukan gaya hidup di akhirat.

Jadi soal pokok untuk masuk syurga ialah gaya hidup, bukan ibadah-ibadah kita.

Gaya hidup yang diredai Allah adalah yang berasaskan tujuan penciptaan manusia, berorientasikan kekhalifahan.

Tujuan penciptaan manusia disebut oleh ayat 30 al-Baqarah. Firman Allah 'Sesungguhnya Aku hendak menjadi seorang khalifah di bumi'.

Siapakah khalifah itu? Atau apakah caranya untuk menjadi seorang khalifah di bumi?

Untuk menjadi seorang khalifah, fahami ayat 165 al-Anam dan ayat 69 al-Araf.

Ayat 165 menyebut 'Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat'. Ayat ini menjelaskan tentang asas kejadian manusia, bahawa manusia Allah mencipta manusia dengan dikurniai dengan ketinggian darjat yang beberapa sahaja. Ertinya, setiap manusia banyak kekurangan. 

Allah meletakkan manusia di bumi memerlukan keperluan asas seperti makan-minum, pakaian, rumah tempat tinggal, doktor jika sakit dan sebagainya. Bagaimana manusia hendak hidup dunia jika ketinggian darjatnya hanya beberapa sahaja!

Ismail misalnya hanya pandai bertani, tidak pandai merawat dirinya sendiri jika saki, tidak pandai membuna rumah; doktor itu pula pandai dalam bidang rawatan, tidak pandai membuat pakaiannya sendiri, Johari pula pandai dalam bidang membina rumah tetapi tidak pandai bertani.

Jadi ayat 165 al-Anam itu menggambarkan bahawa setiap manusia sangat memerlukan orang lain untuk mencukupkan kekurangannya bagi mendapatkan kehidupan yang sempurna.

Jadi Allah mencipta manusia sedemikian rupa supaya hidup saling bantu membantu satu sama lain bagi mendapatkan kehidupan yang sempurna. Cara hidup inilah yang disebut sebagai berorientasikan kekhalifahan.

Jadi apabila ayat 30 al-Baqarah itu tadi menyebut hendak menjadi seorang khalifah di bumi erti Allah menghendaki setiap manusia hidup di bumi dan hidup dalam situasi saling bergantung hidup.

Yang sangat penting disedari ialah bahawa bukan gelaran khalifah itu yang Allah kehendaki tetapi sikapnya atau wataknya itu. Maksudnya, manusia yang sikapnya suka membantu orang lain itu tadi yang akan dinobatkan dengan darjat khalifah.

Apakah bantuan yang hendak diberikan!

Ayat 69 al-Araf menyebut, 'dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu'.

Kelebihan ialah yang berkait dengan kerohanian iaitu akal, naluri, emosi, sentimen, kasih sayang dan sebagainya, manakala kekuatan ialah yang berkait dengan jasmani iaitu tangan, kaki, mata, jantung, hati, peparu dan sistem kelenjar dan seumpamanya. Jadi bantuan yang boleh diberikan ialah bermula dengan menggunakan kelebihan dan kekuatan itu.

Manifestasi dari kelebihan dan kekuatan itu tadi ialah harta. Manusia yang cerdik akal dan mempunyai kekuatan boleh dijadikan ikhtiar untuk mencari harta. Jadi harta adalah dikira sebagai sebahagian daripada kelebihan dan kekuatan. Jadi bagi orang yang berharta wajib menggunakannya untuk membantu orang orang miskin dan fakir dan semumpamanya.

Dikatakan wajib kerana dalam ayat 165 al-Anam itu Allah menyebut kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhan-mu amatlah cepat azab seksa-Nya. Ertinya manusia yang gagal ujian akan mendapat seksa (di neraka).

Jadi cara hidup saling bantu membantu itu bukan suatu pilihan, tetapi wajib disempurnakan.

Mungkin akan ada orang yang mengatakan hartanya sudah dizakat! Ya betul. Tetapi setelah dizakat sekalipun, masih ada lebihan harta dalam tangan, yang di bawan kekuasaannya, untuk apa? Jika tidak digunakan untuk membantu itu tadi menggambarkan dia seorang yang mementingkan diri sendiri. Jika digunakan untuk umrah, qurban, menderma masjid sekalipun menunjukkan sikap mementingkan diri.

Pendek kata, untuk mendapat rahmat Allah yang pasti ialah dengan menjadikan diri sebagai seorang (khalifah) iaitu menjadikan diri kita yang memberi faedah buat orang lain. Jadi, inilah tujuan penciptaan manusia yang disebut oleh ayat 30 al-Baqarah itu.

No comments: