Ada
sebuah riwayat yang sangat baik untuk kita jadikan teladan. Riwayat ini adalah
berkaitan dengan apa yang kita disebut iaitu sembahyang sahaja
tidak membawa kita ke syurga. Riwayat ini tercatat dalam buku Ke Arah Haji Yang
Mabrur. Disebut oleh Imam al-Hakim katanya daripada Jabir bin Abdullah ra
menyebut bahawa suatu hari Nabi Muhammad
saw bertemu dengan para sahabat dan bersabda,
‘Malaikat Jibrail baru
sahaja datang kepadaku dan berkata, Wahai Muhammad, demi Tuhan yang
mengutuskanmu sebagai nabi yang benar, sesungguhnya ada seorang hamba dalam
kalangan hamba-hamba Allah yang beribadah selama 500 tahun di atas sebuah bukit
yang terletak di tengah-tengah lautan. Lebar dan panjangnya adalah 30 hasta
kali 30 hasta dan dikelilingi oleh laut seluas 4000 farsakh dari tiap penjuru.
Di situ, Allah swt mengeluarkan baginya mata air yang jernih selebar satu jari
yang memancarkan air yang tawar lalu ia bertakung di bawah bukit, juga pohon
delima yang mengeluarkan buahnya pada setiap malam untuk dimakan pada hari
tersebut. Apabila hari sudah siang, dia turun untuk mengambil wuduk dan memetik
delima, lalu memakannya. Kemudian dia berdiri menunaikan sembahyang dan meminta
kepada Tuhannya supaya dia dimati-kan dalam keadaan sujud dan bumi atau apa
sahaja atidak dapat menghancurkannya sehinggalah dia dibangkitkan dalam keadaan
sujud. Lalu Allah telah melaksanakan permintaannya.
Kami pasti akan
melaluinya apabila kami turun dan naik ke langit dan kami juga mendapati di
sisi ilmu Allah bahawa dia akan dibangkit-kan pada hari kiamat alau dihadapkan
di hadapan Allah Azza Wajalla. Allah berfirman kepadanya (dengan memerintahkan
kepada para malaikat), ‘Masukkanlah hamba-Ku ini ke dalam syurga dengan
rahmat-Ku’. Orang itu berkata, ‘Wahai Tuhanku, bahkan masukkanlah aku ke
dalamnya dengan amalanku’. Allah berfirman, ‘Masukkanlah hamba-Ku ini ke dalam
syurga dengan rahmat-Ku’. Orang itu berkata, ‘Wahai Tuhanku, bahkan masukkanlah
aku ke dalamnya dengan amalanku’. Allah berfirman lagi, ‘Masukkanlah hamba-Ku
ini ke dalam syurga dengan rahmat-Ku’. Orang itu berkata, ‘Wahai Tuhanku,
bahkan masukkanlah aku ke dalamnya dengan amalanku’.
Lalu Allah berfirman
kepada para malaikat, ‘Hitunglah hamba-Ku ini pada nikmat-Ku yang telah
dikurniakan kepadanya dengan amalannya’. Maka, didapati nikmat penglihatannya
telah merangkumi ibadah yang dilakukannya selama 500 tahun, sedangkan nikmat
anggota tubuh badan yang lain masih berbaki (belum dihitung). Lalu Allah
berfirman, ‘Masukkan hamba-Ku ke dalam neraka’. Ketika diterik menuju ke
neraka, dia berkata, ‘Wahai Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan
rahmat-Mu’. Maka Allah berfirman (kepada para malaikat), ‘Kembalikanlah ia’. Lalu
dia dihadapkan di hadapan Allah dan Allah bertanya, ‘Wahai hamba-Ku, siapa yang
menjadikanmu ketika dirimu masih tidak ada?’ Dia menjawab, ‘Engkau wahai
Tuhan’. Allah bertanya, ‘Adakah ia disebabkan amalanmu atau rahmat-Ku?’ Dia
menjawab, ‘Bahkan dengan rahmat-Mu.’ Allah bertanya, ‘Siapakah yang memberi
kekuatan kepadamu untuk beribadah selama 500 tahun?’. Dia menjawab, ‘Engkau
wahai Tuhanku’. Allah bertanya lagi, ‘Siapakah yang menempatkan engkau di atas
bukit di tengah-tengah laut, mengeluarkan air segar yang tawar daripada sumber
air laut yang masin, menumbuhkan sebiji buah delima sedangkan sesungguhnya ia
hanya akan berbuah sekali sahaja dalam satu tahun, dan engkau mohon kepada-Ku
untuk mati dalam keadaan sujud lalu Aku melakukannya?’. Jawabnya, ‘Engkau wahai
Tuhanku’. Firman Allah semua itu adalah dengan rahmat-Ku’. (Ke Arah Haji
Yang Mabrur, 23-24)
Mesej yang jelas di sini ialah bahawa
sembahyang kita bukanlah amalan yang akan membawa ke syurga. Jadi betapa
banyak mana sekalipun sembahyang yang kita lakukan, umpamanya mengikut riwayat
ini ialah 500 tahun, belum dapat menjamin masuk syurga atau menjauhkan dari api
neraka.
No comments:
Post a Comment