Ramai orang yang
menunaikan ibadah puasa bulan Ramadan tetapi seperti tidak peduli untuk mengambil
tahu lebih mendalam tentangnya, menyebabkan mereka menjalani ibadah puasa
semata-mata dengan menahan diri dari makan-minum, dan menjaganya dari
perkara-pekara yang membatalkan sahaja, tidak lebih daripada itu.
Kalaupun ada antara mereka
sedar bahawa puasa adalah ibadah ketakwaan kerana pernah mendengar ayat yang
bermaksud ‘Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa’, mereka cuma mengharap semoga mendapat
ketakwaan tetapi tidak menjalankan usaha dan tindakan ke arah itu.
Sebahagian lagi,
walaupun tahu dan sedar bahawa ibadah puasa adalah salah satu Rukun Islam, tetapi
sikapnya terhadap ibadah ini seperti tidak peduli apakah maksud rukun, selain daripada kefahaman bahawa kerana
ianya rukun maka wajib ditunaikan, tidak lebih daripada itu; inilah juga sikap
mereka terhadap ibadah-ibadah yang lain iaitu sembahyang, zakat dan haji itu;
perkataan rukun dilihat hanya sebagai
kod istimewa untuk Rukun Islam sahaja.
Puasa dari sudut
syarak sahaja bermaksud, ‘(dan) erti shaum pada syara’ ertinya menahani diri
daripada yang membatalkan puasa.’ (Sabilul-muhtadin, 128)
Shaum bererti puasa, jadi di sini puasa bererti menahan
diri dari perkara-perkara yang membatalkan.
Ramai orang yang
berpuasa berpegang kepada takrif ini sahaja, maka mereka menjalani ibadah puasa
hanya menahan diri daripada perkara-perkara yang tersebut di atas ini; inilah
yang diajar oleh fiqh kita sejak lama dahulu, tidak lebih daripada itu, dan
inilah amalan puasa kita sejak dahulu hingga sekarang; selepas habis bulan
Ramadan tidak ada lagi yang harus dilakukan yang berkaitan dengan puasanya.
Mereka tidak pernah
terlintas untuk merenung dengan mendalam perkara-perkara yang berkaitannya,
misalnya jika puasa itu adalah salah satu daripada Rukun Islam, apakah erti rukun itu, dan apakah ertinya Islam, dan sebagainya. Pendek kata bagi
mereka ini tidak ada apa-apa yang hendak difikir-fikirkan lagi selepas
menjalani ibadah puasa mengikut takrif mereka! Namun, adakah ini konsep ibadah puasa
yang Allah kehendaki?
Pertama, apakah maksud perkataan rukun
itu. Kamus Dewan memberi makna rukun (dengan
menyebut satu contoh: rukun agama) yang
bermaksud dasar atau tiang agama Islam,
dan ertinya yang lain-lain lagi yang disebut ialah dasar, tiang, asas, sendi. Jadi jika perkataan rukun digunakan kepada ibadah puasa maka lahirlah frasa kata puasa adalah tiang agama (Perkataan tiang itupun harus diamat-amati juga maksudnya, bayangkan sesuatu
bangunan yang didirikan tanpa tiang), atau puasa
adalah dasar, asas dan sendi agama (Islam). Jadi, jika ini kedudukannya
maka hakikatnya ibadah puasa kita bukan sekadar ibadah yang ditunaikan dengan
menahan diri daripada makan-minum dan mengelakkan hubungan seks sahaja tetapi
lebih daripada itu ialah ibadah yang menjadi tiang agama iaitu agama Islam, atau ibadah yang menjadi asas dan sendi agama Islam.
Hakikatnya ibadah puasa adalah semacam latihan ke arah bertakwa. Inilah yang paling popular yang sering kita dengar. ‘Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa’.
Untuk tulisan kali ini mari kita bincangkan apa yang harus kita lakukan untuk mencapai ketakwaan, agar dengannya ibadah puasa kita mendapat rahmat Allah.
Apakah sifat-sifat orang yang bertakwa! Mungkin boleh dirumuskan seperti berikut:

- Kerana Allah. Yang bermaksud bahawa setiap apa yang hendak kita niatkan, cakapkan, dan lakukan biarlah kerana Allah.
- Hanya melakukan perkara-perkara yang hukumnya wajib, sunat dan harus sahaja.
- Kaedah melakukannya pula harus tidak menyakiti atau membuat orang berkecil hati, mereka tidak terasa tersinggung dan sebagainya.
- Natijah atau tujuan / matlamatnya baik.
Jadi 4 butiran di atas tadi adalah panduan bagi orang yang berpuasa yang hendak mencapai takwa. Inilah yang kita lakukan ketika menjalani ibadah puasa. Jadi 11 bulan yang seterusnya adalah praktikumnya, yang bermaksud bahawa 11 bulan berikutnya adalah waktu pencerapan adakah kita sudah menjadi orang yang dapat memenuhi butiran yang 4 itu. Ini kita bercakap tentang takwa sahaja.
Apakah tandanya anda sudah bertakwa?
Seseorang yang bertakwa hanya akan bercakap atau berbuat sesuatu yang bersandarkan hukum, sama ada dari nas atau ijma'. Jika tiada kedua-duanya itu anda menggunakan kaedah qias. Perkara-perkara yang hukumnya sunat sudah jelas ianya adalah hukum, tetapi perkara yang hukumnya harus anda terpaksa menggunakan qias. Ringkasnya, qias ialah menggunakan sesuatu hukum yang anda tahu dan menggunakannya kepada sesuatu perkara yang sama situasinya. Misalnya hukum membuat saf sembahyang berjemaah kita gunakan untuk panduan meletakkan kenderaan. Jadi seseorang yang bertakwa hanya bercakap dan melakukan sesuatu jika ada nasnya, ijma' atau qias. Jika tidak dia akan mengambil sikap diam.
Seseorang yang bertakwa tidak berani melakukan atau bercakap sesuatu yang boleh menyinggung perasaan orang lain dalam keadaan apa sekalipun. Ini adalah berkait dengan kaedah dalam butiran di atas. Misalnya dia tidak akan berniaga kedai makan yang melakukan aktiviti goreng menggoreng dalam kalangan orang menjual baju, ini termasuk dalam kaedah. Lebih-lebih lagi jika mendatangkan mudarat kepada orang lain mahupun diri sendiri.
Seseorang yang bertakwa hanya akan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan faedah sahaja. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang sia-sia. Ini adalah berkait dengan natijah.
Dan akhir sekali, seseorang yang bertakwa tidak meninggalkan perkara-perkara yang fardu ain dalam keadaa apa sekalipun.
Wallahu aalam.
Ini bukan caranya untuk mendapat rahmat Allah.(gambar hiasan) |

No comments:
Post a Comment