Sama
ada kita seorang Islam atau bukan Islam, jika ingin untuk memahami Islam dan
asas-asas pembinaannya, ianya memerlukan anda untuk memikirkan realitinya
secara keseluruhan, dan bertanya, soalan-soalan itu seperti: Siapakah saya?
Dari manakah saya datang? Apa yang saya lakukan di sini? Ke manakah kita semua
pergi dari sini?
Ia
memerlukan anda berfikir tentang diri anda dan lingkungan kehidupan anda -
waktu santai anda, hubungan keluarga, kejiranan anda, masyarakat, alam sekitar;
dan dengan orang-orang yang mempunyai perbezaan worldview, serta
idea-idea yang global, dan seterusnya.
Manusia
adalah sebaik-baik makhluk. Kerana itu setiap orang harus menjaganya supaya
keadaan semulajadi manusia itu akan terus kekal, dalam keadaan baik dan
harmoni. Untuk itu kita harus menggunakan satu cara hidup yang natural.
Bagaimanakah cara hidup yang natural? Siapakah yang layak menentukan jalan
hidup yang natural?
Inilah
antara soalan-soalan yang akan timbul bagi menentukan jalan hidup kita.
Pandangan kita tentang dunia ini dan kehidupan akan menentukan jalan hidup
kita. Ini yang menjadi pegangan atau prinsip hidup kita. Tetapi apakah
pandangan yang kita pegang itu adalah yang terbaik. Apakah sumber kepada
pandangan kita itu? Dan apakah pula kriteria yang menjadi landasan kepada
pegangan kita itu?
Kita
lihat sekeliling kita. Di negara kita, Malaysia, ini terdiri daripada pelbagai
bangsa keturunan. Masing-masing mempunyai pegangan yang tersendiri. Itulah
pegangan hidup mereka. Jadi perjalanan hidup mereka adalah berpandukan kepada
pegangan tersebut. Keturunan Melayu kebanyakannya menganut Islam sebagai
landasan perjalanan hidupnya; orang-orang Cina pula kebanyakannya berpegang
kepada agama Budha; orang India pula berpegang kepada agama Hindu; dan
lain-lain lagi. Inilah agama bagi tiga rumpun keturunan bangsa di Malaysia ini.
Apakah mereka benar-benar menjadikan agama-agama yang tiga tadi sebagai
pegangan hidup? Atau sekadar agama. Dengan kata lain, umpamanya keturunan
Melayu yang kebanyakannya beragama Islam itu, adakah menjadikan Islam sebagai
jalan hidupnya, atau sekadar agama? Keturuna Cina beragama Budha, adakah Budha
itu yang menentukan jalan hidupnya? Begitu juga halnya dengan orang-orang yang
keturunan India.
Ada satu lagi agama iaitu Kristian. Inilah
agama yang menjadi anutan pelbagai keturunan. Cina, India, Melayu, Iban,
Kadazan dan lain-lain ramai yang menganut agama Kristian. Tidak dinafikan ada
juga agama-agama lain yang menjadi anutan kelompok-kelompok kecil masyarakat di
Malaysia. Bagaimana pula jika kita tinjau ke dalam kawasan geografi yang lebih
luas lagi, masyarakat dunia ini. Lebih banyak lagi agama yang boleh dimasukkan
ke dalam senarai di atas tadi.
Kita bercerita tentang agama. Sekali lagi
dipersoal di sini, adakah agama itu adalah pegangan hidup, atau sekadar agama?
Jika agama itu pegangan hidup, adakah benar-benar Melayu menjalani hidup
mengikut yang digariskan oleh Islam; Cina menjalani hidup mengikut agama Budha,
dan hidup orang-orang India pula dicorakkan oleh agama Hindu? Sebagai contoh.
Ini adalah persoalan tentang pegangan atau prinsip. Atau apakah ada yang
berpandangan bahawa agama adalah agama, jalan hidup adalah suatu yang lain?
Kita tangguhkan dahulu persoalan ini.
Tidak
dinafikan juga sesetengah manusia tidak berpegang kepada mana-mana agama.
Baginya agama itu sebagai khayalan, ritual. Agama tidak ada kaitan dengan
kehidupan. Bagi golongan ini, agama adalah agama, dan kehidupan adalah suatu
yang lain. Sebahagian mereka ini bepegang kepada fahaman Atheis, dan lain-lain.
Atheis bukan agama, tetapi satu fahaman. Namun tidak dapat lari dari persoalan
di atas tadi, iaitu adakah Atheist itu menjadi pegangan yang menentukan
perjalanan hidup mereka?
Persoalan-persoalan di atas ini tadi
bertujuan untuk berfikir tentang kehidupan. Yang manakah pegangan yang boleh
kita jadikan panduan menjalani hidup ini. Atau apakah yang menentukan corak
kehidupan kita. Apakah peraturan hidup yang harus menjadi pegangan kita. Atau
adakah semua agama yang tersebut di atas tadi sudah sesuai untuk dijadikan
panduan hidup?
Saya seorang Islam, saya melihat Islam itu adalah jalan hidup atau way of life iaitu jalan hidup untuk semua semua ciptaan, khususnya manusia. Sejauh mana saya mengamalkan cara hidup Islam memang masih menjadi persoalan, tetapi saya cuba sedaraya upaya mengikutinya. Cara hidup Islam saya lihat adalah yang semulajadi, kerana berlandaskan nilai-nilai semulajadi. Justeru saya cuba memenuhi keperluan dan kewajipan diri yang semulajadi.
Siapa yang hendak mengenali Islam hendaklah dengan kembali kepada kecenderungan semulajadi. Untuk memahami Islam dengan betul adalah dengan memahami pengertian dan tujuan hidup yang sebenar.
Saya seorang Islam, saya melihat Islam itu adalah jalan hidup atau way of life iaitu jalan hidup untuk semua semua ciptaan, khususnya manusia. Sejauh mana saya mengamalkan cara hidup Islam memang masih menjadi persoalan, tetapi saya cuba sedaraya upaya mengikutinya. Cara hidup Islam saya lihat adalah yang semulajadi, kerana berlandaskan nilai-nilai semulajadi. Justeru saya cuba memenuhi keperluan dan kewajipan diri yang semulajadi.
Siapa yang hendak mengenali Islam hendaklah dengan kembali kepada kecenderungan semulajadi. Untuk memahami Islam dengan betul adalah dengan memahami pengertian dan tujuan hidup yang sebenar.
Dalam kontek kehidupan yang terdiri daripada
pelbagai bangsa ini adakah agama-agama tadi sesuai untuk semua orang? Inilah
yang hendak kita tinjau, yang mana satukah antara agama di atas tadi, atau ada
kefahaman-kefahaman yang boleh dijadikan pegangan untuk semua bangsa dan
keturunan?
Tentu semua setuju jika
dikatakan bahawa untuk menjalani kehidupan dalam sebuah masyarakat harus ada
satu pegangan atau peraturan yang sesuai dengan setiap ahli dalam masyarakat
itu. Dalam konteks negara Malaysia, pegangan itu mestilah yang serasi dan
diterima oleh setiap kelompok keturunan bangsa - Melayu, Cina, India, Iban,
Kadazan, dan lain-lain. Dalam konteks manusia dalam sebuah masyarakat yang
global pula, perlu berpegang kepada satu peraturan yang nutral untuk semua
kelompok bangsa semua negara.
Peraturan
yang nutral itu pastinya adalah yang natural. Tetapi apakah ciri-ciri natural
yang hendak dibukukan? Siapakah pula yang layak untuk menentukan sesuatu
peraturan itu adalah natural. Natural dalam kontek apa, atau bangsa apa? Jika
ini yang terjadi, maka masing-masing kelompok bangsa atau negara tertentu akan
menyatakan bahawa mereka mempunyai yang terbaik. Bagi kelompok agamawan, akan
mengemukan agama-agama tertentu sebagai yang terbaik. Agama Budah adalah yang
terbaik, agama Hindu pula akan mendakwa sebagai yang terbaik, begitu juga Islam
mahupun agama-agama lain. Bagaimana pula halnya bagi kalangan bangsa-bangsa
atau keturunan yang tidak percaya kepada agama seperti golongan Atheist
tadi?
Inilah persoalan pokok yang harus
diselesaikan. Apakah fakta-fakta yang akan menentukan prinsip atau pegangan
hidup yang natural, serasi untuk semua manusia, walau di manapun mereka berada,
dan apakah budaya hidup mereka.
Apabila menyebut natural ianya mestilah
yang serasi dengan kejadian manusia, semua manusia sama ada yang sedang tinggal
di bandar atau di kampung atau di pedalaman, malah di mana sahaja dan negara
mana sekalipun. Hidup yang natural adalah cara yang sesuai dengan kejadian
manusia, memenuhi keperluan hidup individu dan masyarakat keseluruhannya.
Kesesuaian itu pula adalah yang bertujuan untuk mencapai pengertian dan tujuan
hidup yang sebenar, iaitu mengekalkan keadaan semulajadi atau nature kejadian
manusia itu.
Apakah bentuknya kejadian manusia yang boleh disebut natural! Saya
tangguhkan dahulu persoalan ini. Buat sementara lihatlah sendiri adakah cara
hidup yang sedang anda praktikkan sekian lama itu adalah natural?
No comments:
Post a Comment