Siapakah kita?
Kita berasal dari mana? Bagaimana-kah dunia ini dan universe ini wujud? Apakah
yang kita buat dalam dunia ini? Bolehkah kita berbuat apa sahaja yang kita
mahu, dan bagaimana sahaja yang kita mahu, dan bila-bila sahaja yang kita mahu?
Ke manakah pula kita akan pergi dari dunia ini. Ini adalah antara soalan-soalan
tentang kehidupan dan tentang tujuan dan matlamat kehidupan. Inilah juga
persoalan tentang universe dan tempat tinggal kita.
Dalam sejarah peradaban manusia sejak lama dahulu, telah ada berbagai
cara untuk menjelaskan tentang dunia, bagaimana ianya wujud, bagaimana
peranannya, dan yang paling penting ialah tentang apakah dia dunia tempat kita
tinggal.
Sesetengah orang melihat dunia ini sebagai suatu tempat yang penuh misteri,
dengan penuh kegelapan dan kedurjanaan. Dengan tanggapan sedemikian, kehidupan
seseorang akan dikuasai oleh perasaan buruk-sangka dan ketakutan. Yang lain,
melihat dunia ini sebagai tempat yang penuh ceria, mewah dan cantik. Mereka
tidak berminat untuk mengetahui bagaimana ianya terjadi dan apa yang akan
terjadi. Mereka rasa gembira dan menggunakannya dengan cara yang
sebaik-baiknya: makan, minum dan berseronok. Andainya mereka ini terfikir
tentang kehidupan dan kematian, mereka akan hanya berkata bahawa kita ini hidup
dan mati, dan tiada yang menyebabkan kita mati kecuali masa yang menentukannya.
Sesetengah orang pula melihat universe ini sebagai suatu medan
perjuangan untuk mendapat kehidupan yang baik atau buruk, keceriaan atau
kegelapan, yang positif atau negatif. Bagi kalangan orang-orang Cina, misalnya,
ini adalah idea tentang yin dan yang. Yang adalah cahaya,
haba dan kebaikan. Yin adalah gelap, sejuk, lembap dan buruk. Bagi
sesetengah pengikut agama Zoroastrian, kuasa untuk mengawal dunia ini ada Ahura
Mazda, iaitu kuasa untuk kebaikan, melawan Angra Mainyu iaitu kuasa jahat.
Sesetengah orang pula mendapat tanggapan daripada agama yang dipegangnya
bahawa memang ada pencipta universe yang maha agung ini. Agama-agama pula membezakan
tentang nature kuasa agung ini. Sebahagian mengatakan ini adalah kuasa agung
yang mutlak, ia akan lakukan apa yang ia mahu dan tiada siapa lagi yang boleh
berkongsi kuasa. Yang lain pula menghubungkan kuasa agung ini dengan
tuhan-tuhan lain, hantu dan roh.
Hari ini, ramai orang yang sudah tidak lagi berpegang kepada agama atau
mempercayai Tuhan. Ramai yang merasa bahawa idea tentang Tuhan dan pencipta
adalah cuma rekaan imaginasi manusia. Mereka merasa bahawa manusia mempunyai
kuasa dan hak untuk menentukan apakah yang terbaik untuk mereka. Orang yang
begini dipanggil atheists, agnostik atau humanists. Seseorang atheist adalah
dari golongan yang menafikan kewujudan Tuhan. Golongan agnostics pula yang
mengatakan bahawa mereka tidak tahu sama ada Tuhan wujud atau tidak. Sementara
humanists (dari golongan atheists atau agnostics) mendesak bahawa manusia itu
sendiri mesti menentukan apakah yang terbaik untuk mereka lantaran mereka tidak
menerima adanya hukum-hukum Tuhan.
Pada masa yang sama, apabila berdepan dengan
humanisme, mereka berpaling kepada Sains dan kaedah saintifik untuk memahami
dunia, tempat manusia tinggal. Mereka mempunyai tanggapan bahawa sains sebagai
sesuatu yang tepat dan boleh dipercayai, lantaran pengumpulan data, eksperimen,
pencerapan dan kesimpulan, adalah satu-satunya cara untuk memperoleh
pengetahuan bagi menentukan apakah yang betul dan apakah yang palsu.
Sesetengah
orang pula memilih-milih bagi mencari tanggapan tentang dunia ini. Bagi
sesetengah soalan, mereka menggunakan agama terutama ketika dalam keadaan
keresahan. Untuk penyelesaian lain, mereka berpaling kepada ahli nujum, ramalan
bintang, atau tok-tok guru yang tersohor, ataupun ideologi seperti Marxisma.
Bagi sesetengah persoalan pula mereka akan merujuk kepada sains, dan sebagainya.
Yang mana satu betul?
Sila kirimkan alamat pos lengkap sdr/sdri sekalian ke 0192248404 Nyatakan kod: Blog Rahmat AllahYang mana satu betul?
Dari
pelbagai pandangan di atas tadi, nampaknya manusia itu keseluruhannya adalah
bercelaru dan saling keliru tanpa sebarang harapan untuk mencari yang mana satu
betul dan yang mana satu palsu. Ini ibarat seorang yang teraba-raba dalam
gelap, tidak yakin di mana mereka berada, dari mana mereka datang dan ke mana
arah tuju mereka. Dalam situasi ini, kita sendiri merasa ajaib memikirkan
sekiranya ada satu cara bagaimana hendak mengenali yang mana satu betul. Yang
jelas, semua cara itu tidak semua betul. Sebahagiannya seperti ada sedikit
kesamaan, tetapi jika dilihat semula setiap satunya itu adalah jelas berbeza
dalam hal-hal yang penting-penting.
Dalam
apa juga bentuk tanggapan sekalipun, kita boleh sahaja bertanyakan:
* Adakah ianya menggambarkan yang benar, dan
apakah manasabah? Kita tidak sepatutnya berpuashati dengan satu-satu tanggapan
yang palsu, dan yang tidak disokong dengan hujah dan logik.
* Adakah mampu untuk menjelaskan kebenaran secara
keseluruhan? Kita tidak sepatutnya berpuashati dengan satu-satu tanggapan yang
hanya dapat menjelaskan atau menyolek bahagian pengetahuan yang ada kebenaran
sahaja.
* Setakat ini, apa yang berkaitan dengan
manusia, dapatkah tanggapan itu memenuhi kehendak, atau dapat memuaskan
keperluan manusia dan potensinya?
* Dapatkah menyediakan nilai-nilai yang jitu
untuk hidup dan mencapai matlamat yang sahih? Yang mana satukah tanggapan yang
dapat mencorakkan hidup manusia, sekaligus boleh dikira sebagai sahih dan
manasabah, lengkap dan secara logiknya memuaskan?
Kita akan ketemui dalam posting berikutnya selepas ini.
=======================================
Kepada members iaitu yang berikut ini, saya ingin hadiahkan sebuah buku berjudul SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah:
=============================================================================
Kepada members iaitu yang berikut ini, saya ingin hadiahkan sebuah buku berjudul SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah:
- Urvie Shtyle
- ebby
- tuahanugerah
- one_lover92
- Q_Lyana
- nurliana mohd hassan
- azz_wan92
- fizah93
No comments:
Post a Comment