Dalam posting yang lalu saya telah tutup dengan satu persoalan, Yang mana satu betul? Saya telah sebutkan bahawa dalam menentukan jalan hidup nampaknya manusia itu keseluruhannya adalah
bercelaru dan saling keliru tanpa sebarang harapan untuk mencari yang mana satu
betul dan yang mana satu palsu. Ini ibarat seorang yang teraba-raba dalam
gelap, tidak yakin di mana mereka berada, dari mana mereka datang dan ke mana
arah tuju mereka. Dalam situasi ini, kita sendiri merasa ajaib memikirkan
sekiranya ada satu cara bagaimana hendak mengenali yang mana satu betul.
Bagi menjawab persoalan di atas ini, tentu kalian setuju jika saya katakan bahawa yang betul itu haruslah yang dapat diterima ramai. Dalam konteks negara Malaysia, pegangan itu mestilah yang serasi dan diterima oleh setiap kelompok keturunan bangsa - Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain. Dalam konteks manusia dalam sebuah masyarakat yang global pula, perlu berpegang kepada satu peraturan yang nutral untuk semua kelompok bangsa semua negara.
Bagi menjawab persoalan di atas ini, tentu kalian setuju jika saya katakan bahawa yang betul itu haruslah yang dapat diterima ramai. Dalam konteks negara Malaysia, pegangan itu mestilah yang serasi dan diterima oleh setiap kelompok keturunan bangsa - Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain. Dalam konteks manusia dalam sebuah masyarakat yang global pula, perlu berpegang kepada satu peraturan yang nutral untuk semua kelompok bangsa semua negara.
Peraturan yang nutral itu
pastinya adalah yang natural. Tetapi apakah ciri-ciri natural yang hendak
dibukukan? Siapakah pula yang layak untuk menentukan sesuatu peraturan itu
adalah natural. Natural dalam
kontek apa, atau bangsa apa?
Jika ini yang terjadi, maka masing-masing kelompok
bangsa atau negara tertentu akan menyatakan bahawa mereka mempunyai yang
terbaik. Bagi kelompok agamawan, akan mengemukan agama-agama tertentu sebagai yang
terbaik. Agama Budah adalah yang terbaik, agama Hindu pula akan mendakwa
sebagai yang terbaik, begitu juga Islam mahupun agama-agama lain. Bagaimana
pula halnya bagi kalangan bangsa-bangsa atau keturunan yang tidak percaya
kepada agama seperti golongan Atheist tadi?
Bagaimana sekiranya saya katakan bahawa yang
natural itu mestilah yang serasi dengan kejadian manusia, semua manusia sama ada
yang sedang tinggal di bandar atau di kampung atau di pedalaman, malah di mana
sahaja dan negara mana sekalipun. Hidup yang natural adalah cara yang sesuai
dengan kejadian manusia, memenuhi keperluan hidup individu dan masyarakat
keseluruhannya. Kesesuaian itu pula adalah yang bertujuan untuk mencapai
pengertian dan tujuan hidup yang sebenar, iaitu mengekalkan keadaan semulajadi
atau nature kejadian manusia itu.
Asal Kejadian Manusia
Setiap makhluk adalah dicipta
mengikut satu sukatan dan perjalanannya mengikut hukum yang ditentukan. Setiap
manusia dikurniakan dengan nilai-nilai dalaman dan pengetahuan oleh Sang
Pencipta. Nilai-nilai dalaman yang semulajadi inilah yang membentuk moral
sense yang natural yang membolehkan seseorang mengenali yang mana baik dan
cantik seperti bercakap benar, menunaikan janji dan bersyukur. Dengan moral
sense juga manusia boleh mengenali apa yang tidak baik dan buruk laku
seperti membohong, menipu dan angkuh.
Seorang kanak-kanak yang berkata,
‘Macamana ni, kan dah janji’ atau seorang yang mencabar kaki buli, ‘Apakah kau
rasa kalau orang lain buat pada kau macam ni’, kedua-duanya ini adalah
menunjukkan nilai dan sikap yang standard - dalam hal ini ialah kejujuran dan
keadilan, bagi manusia keseluruhannya kerana setiap orang dilahirkan dengan
nilai-nilai dalam itu. Tidak kira dari mana dan di mana manusia itu, apa
bangsanya sekalipun, sudah dibekalkan dengan nilai-nilai dalaman tersebut.
Moral sense
yang natural ini adalah satu caranya Sang Pencipta sediakan untuk manusia
mengenali perkara-perkara yang betul dan yang salah, dan kebolehan menakkul.
Dia mencipta universe untuk menggerakkan manusia berfikir tentang adanya Tuhan,
kuasa-Nya dan anugerah-Nya. Banyak bukti dan tanda-tanda tentang penciptaan
universe ini, yang akan dijelaskan kemudian.
Allah juga telah
menetapkan setiap makhluk ciptaannya mempunyai kemampuan-kemampuan tertentu:
manusia mempunyai kemampuan yang tidak sama dengan para malaikat, tumbuhan juga
mempunyai kemampuan yang tidak sama dengan manusia, manakala makhluk yang tidak
hidup pula sudah pastinya
tidak mempunyai kemampuan seperti mana
tumbuhan dan manusia. Apakah dia kemampuan-kemampuan yang ditetapkan
oleh Allah kepada setiap makhluk ciptaan-Nya.
Endang Saifuddin Anshari menulis dalam bukunya bahawa makhluk Allah mempunyai tujuh kesanggupan
iaitu,
1. Makan,
2. Tumbuh,
3. Berkembang
biak,
4. Pengamatan
hal-hal yang istimewa,
5. Bergerak
di bawah kekuasaan,
6. Tahu
mengenai hal-hal umum, dan
7. Berkehendak
dan memilih dengan bebas.
Kesanggupan yang disebut beliau itu ialah
kemampuan.
Namun
tidak kesemua makhluk dianugerahi Allah swt dengan kesemua kemampuan tersebut.
Bagi tumbuhan beliau mencatatkan hanya mempunyai tiga kemampuan sahaja iaitu, 1, 2 dan 3 sahaja, bagi haiwan pula
Allah swt anugerahi dengan lima kemampuan iaitu 1, 2, 3, 4, dan 5, manakala
manusia Allah swt anugerahi dengan kesemua tujuh kemampuan tersebut iaitu 1 hingga 7.
Justeru, dengan pembentangan yang ringkas sahaja tentang
asal kejadian manusia seperti di atas ini, dapatlah kita menggunakan kuasa
takkulan akal budi kita untuk mencari pendekatan bagaimana caranya hendak
menjalani kehidupan. Pertama, sudah pasti kita tidak boleh menjalani kehidupan
seperti mana haiwan, apalagi tumbuhan dan lain-lain makhluk.
Dari semasa ke semasa kita
akan ketemui lagi aspek-aspek yang berkaitan dengan asal kejadian manusia. Buat
masa ini keetahuilah dahulu tuntutan-tuntutan 7 kemampuna di atas bagi
dijadikan asas menjalani kehidupan, iaitu hidup secara natural. Itulah caranya
yang betul. Namun barang diingat bagi kemampuan yang ke-7 itu tidak bererti
anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu, bila-bila masa yang anda mahu,
dan bagaimana cara yang anda mahu kerana anda dibekali dengan moral sense.
No comments:
Post a Comment