Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua
(pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah
jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(Hadis
Riwayat Muslim). Kerana itu seorang tokoh ilmuan berkata,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya "(Hadis Riwaya Ibnu Majah)
Amal kebaikan itu tidaklah semestinya membina masjid, sekolah, wakaf tanah, membina rumah untuk penginapan orang musafir dan sebagainya tetapi memadai dengan menyibarluaskan ilmu yang bermanfaat, membina saliran untuk pengairan kebun, menanam pokok buah-buahan, dan sebagainya.
Jika mampu hasilkanlah karya dan tulisan yang boleh menjadi pedoman jalan hidup Islam, atau paling kurangpun sampaikan walaupun satu ayat yang pernah kita dengar. Jangan pula menyampaikan ilmu yang membawa kemusnahan, huru-hara, kebencian, memecah-belah, dan lain-lain. Kerana itu kita diingatkan agar jangan sekali-kali membuat dosa.
Sikap terhadap harta
Wakaf

Menyedari
konsep kepunyaan harta seperti yang tersebut di atas, maka di samping
menunaikan zakat, kita harus mengurus harta kekayaan yang kita cari itu
mengikut ketentuan Allah swt: membelanjakannya mengikut yang diatur oleh
ayat-ayat Allah swt, bukan mengikut kemahuan kita, inilah antaranya yang harus
kita lakukan selepas menunaikan zakat.
Ada ayat-ayat dalam
al-Quran menyatakan bahawa kepunyaan harta kita meliputi juga harta yang kita
belanjakan untuk jalan Allah, dan yang kita habiskan untuk kebajikan manusia
dan makhluk keseluruhannya. Harta itu dikira sebagai yang kita pinjamkan kepada
mereka, seperti firman-Nya, Siapakah yang
mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di
jalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan
lipat ganda yang banyak’. (al-Baqarah, 2: 245). Maksud yang sama juga
tersebut dalam ayat 20 surah al-Muzammil, ‘dan
berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik’.
Konsep memberi pinjaman kepada Allah ini
bertepatan dengan maksud ayat 111 surah at-Taubah, yang maksudnya Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk
mereka; mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh;
(itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan
al-Quran; dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?
Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah
kemenangan yang besar (at-Taubah, 9: 111).
Ayat ini menyatakan tentang jual-beli
antara Allah dengan hambanya yang menyerahkan jiwa raga dan hartanya ke jalan
Allah melalui perniagaan barter atau jual-beli tukar barang, di sini ialah
pertukaran jiwa raga dan harta dengan syurga.
Wakaf
Jika anda seorang yang mempunyai lebihan harta salah
satu cara terbaik menggunakan lebihan pendapatan ialah menubuhkan waqaf. Ini
adalah khazanah amal atau amanah yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu,
melibatkan sejumlah wang atau hasil daripada perniagaan atau pendapatan sewa
daripada harta kita sendiri untuk tujuan amal.
Wakaf boleh dilakukan dalam
bentuk membina sekolah, perpustakaan, hospital, rumah anak yatim, masjid dan
penyelenggaraannya, asrama untuk pelancong, rawatan haiwan dan lain-lain tujuan
kebajikan. Namun setelah wang, tanah atau bangunan itu diberikan sebagai wakaf, ia
tidak boleh diambil semula – ia akan menjadi wakaf ihsan, yang ganjarannya akan
berterusan. Nabi saw bersabda, Apabila
seseorang meninggal dunia, semua amalnya berakhir kecuali tiga perkara yang ditinggalkan:
amal yang berterusan, pengetahuan yang mendatangkan manfaat; anak-anak yang
soleh yang mendoakannya.
No comments:
Post a Comment