1. Perkataan Islam berasas dari salam, yang bererti sejahtera. Justeru, untuk mendapt rahmat Allah,
hidup kita biarlah yang menjurus kepada konsep kesejahteraan. Sejahtera
buat diri sendiri, keluarga, orang lain, malah sejahtera buat sekalian makhluk
merangkumi yang hidup dan yang tidak hidup.
Alasannya
ialah kesejahteraan kita adalah bergantung kepada kesejahteraan orang-orang di
sekeliling kita. Kesejahteraan mereka menjadi penentu kepada kesejahteraan diri
kita sendiri. Ini bererti sebarang kerosakan atau kecacatan kesejahteraan
mereka akan menjejaskan kesejahteraan.
Tidak sukar
dibuktikan. Misalnya bayangkan apabila kita berjiran dengan seorang yang
bermasalah mental, atau sekitaran kita terdapat yang ada anjing gila atau
keadaan kotor tidak terurus. Atau tinggal dalam daerah yang sumber airnya tidak
bersih.
Inilah sebabnya
al-Quran berkali-kali mengingatkan
yang bermaksud bahawa kepunyaan-Nya segala apa yang berada di langit dan di bumi. Justeru
setiap kali terbaca atau terdengar ayat seumpama ini kita harus mengambil sikap
dan tanggungjawab menjaga diri kita, orang lain dan alam sekitar. Dengan kata
lain ialah bahawa adalah suatu sikap yang tidak bertanggungjawab sekiranya kita
tidak ambil peduli hal-hal yang berkaitan dengan menjaga alam sekitar.
(Bersambung kemudian)
No comments:
Post a Comment