Riwayatnya menyebut tentang seorang hamba Allah bernama Abu bin Hashim yang kuat sekali tahajudnya. Hampir bertahun dia tidak pernah meninggalkan solat tahajud.
Pada suatu
malam ketika hendak mengambil wuduk untuk tahajud,
Abu dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk yang duduk di tepi telaganya.
Abu Hashim: Wahai
hamba Allah siapakah engkau?
Malaikat: Aku malaikat utusan Allah
(Abu
bin Hashim terkejut sekaligus bangga kerana telah didatangi oleh malaikat yang
mulia).
Abu Hashim: Apa
yang sedang kamu lakukan di sini?
Malaikat: Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.
Abu Hashim: Wahai malaikat buku apakah yang engkau bawa?
Malaikat: Di dalamnya terdapat kumpulan nama
hamba-hamba pencinta Allah
Abu Hashim: Wahai malaikat, adakah namaku di situ?
(Abu menyangka namanya ada di dalam buku itu kerana amalan ibadahnya yang
tidak putus-putus, selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdoa dan
juga bermunajat kepada Allah swt di sepertiga malam setiap hari)
Malaikat: Baiklah, biar aku lihat.
(Malaikat itu tidak menemui nama Abu Hashim di dalamnya. Tidak percaya dengan itu Abu meminta malaikat
mencari sekali lagi)
Malaikat: Betul, namanu tidak ada di dalam buku ini.
(Abu Hashim gementar dan jatuh tersungkur di depan malaikat. Dia menangis
semaunya).
Abu Hashim: Rugi sekali diriku yang selalu tegak berdiri
di setiap malam dalam tahajud dan munajat, tetapi namaku tidak masuk dalam
golongan para hamba pencinta Allah.
Malaikat: Wahai Abu Hashim! Bukan aku tidak tahu
engkau bangun setiap malam ketika orang lain tidur, engkau mengambil air wuduk
dan menahan kedinginan ketika orang lain terlelap dalam kehangatan buaian
malam. Tapi tanganku dilarang Allah menulis namamu.
Abu Hashim: Apakah gerangan yang menjadi penyebabnya?
Malaikat: Engkau memang bermunajat kepada Allah,
tetapi engkau pamerkan dengan rasa bangga ke mana-mana.
Engkau asyik beribadah memikirkan diri
sendiri. Sedang di kanan kirimu ada orang sakit, ada orang lapar, ada orang
sedang sedih, tidak engkau tengok, tidak engkeu ziarah.
Mereka itu mungkin ibumu, mungkin adik
beradikmu, mungkin sahabatmu, malah mungkin juga cuma saudara seagama denganmu,
atau mungkin cuma sekadar mereka menjadi
teteanggamu.
Tidak engkau peduli pada mereka, mengapa?
Bagaimana mungkin engkau dapat menjadi hamba
pencinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang
diciptakan Allah?
(Abu Hashim seperti disambar petir di siang hari. Dia tersedar hubungan ibadah
manusia tidaklah hanya kepada Allah semata-mata (hablum minallah), tetapi juga
kepada sesama manusia (hablum minannas) dan juga kepada alam.
Disimpulkan, Jangan bangga dengan sembahyang, puasa dan
zikir yang banyak kerana itu semua belum membuat Allah swt senang.
(Tercatat dalam kitab
Mukasyafatul Qulub karya Imam al-Ghazali)
Riwayat
ini menggambarkan ibadah tahajudnya
tidak diterima. Apabila malaikat mengatakan engkau
sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba menunjukkan tahajudnya
ditolak kerana tidak membawa faedah buat
orang lain.
No comments:
Post a Comment