Sembahyang yang didirikan untuk faedah diri sendiri tidak diredhai Allah swt. Hal ini disebut oleh hadis berikut:
(Riwayat ini tercatat dalam kitab Mukasyfatul Qulub oleh Imam al-Ghazali)
Apabila Allah menyatakan sembahyang itu untuk dirimu sendiri menunjukkan Allah swt tidak meredhainya.
Allah swt tidak meredhai kerana sembahyang itu untuk membuat pengamalnya menjauhkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Lalu bagaimana caranya agar diredhai?
Allah swt memerintahkan mendirikan sembahyang, tetapi setelah menunaikannya tidak diredhai pula. Tentu sekali ada caranya: dirikanlah sembahyang yang boleh membawa faedah buat orang lain.
Misalnya, ketika sembahyang kita membaca Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin, yang ertinya alhamdulillah Tuhan Pencipta dan Pengurus sekalian alam, maka kita harus membina sikap jangan merosakkan alam ini, jangan menganiaya manusia lain, makhluk lain, kerana semuanya itu Allah yang mencipta, yang mengatur, yang mengurus. Renungkanlah.
Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah,
lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?
Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana
dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu
sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi
hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan
Engkau redha ya Allah?
Allah
swt: Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan
Aku redha kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir
di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda (al-Baqarah
261-262).(Riwayat ini tercatat dalam kitab Mukasyfatul Qulub oleh Imam al-Ghazali)
Apabila Allah menyatakan sembahyang itu untuk dirimu sendiri menunjukkan Allah swt tidak meredhainya.
Allah swt tidak meredhai kerana sembahyang itu untuk membuat pengamalnya menjauhkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Lalu bagaimana caranya agar diredhai?
Allah swt memerintahkan mendirikan sembahyang, tetapi setelah menunaikannya tidak diredhai pula. Tentu sekali ada caranya: dirikanlah sembahyang yang boleh membawa faedah buat orang lain.
Misalnya, ketika sembahyang kita membaca Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin, yang ertinya alhamdulillah Tuhan Pencipta dan Pengurus sekalian alam, maka kita harus membina sikap jangan merosakkan alam ini, jangan menganiaya manusia lain, makhluk lain, kerana semuanya itu Allah yang mencipta, yang mengatur, yang mengurus. Renungkanlah.
No comments:
Post a Comment