Semua orang tahu ertinya (terjemahannya):
marilah mendirikan solat, marilah menuju kejayaan,
tetapi berapa orangkah yang dapat menjelaskan. Bagaimana hendak membuktikan orang yang solat itu akan mendapat kejayaan. Sehingga hari
ini saya belum mendengar penjelasannya. Maka di sini saya turunkan kefahaman
saya, namun mohon sdr sdr memberi komen.
Lafaz azan itu bermaksud bahawa seseorang yang
mendirikan solat akan menuju kejayaan.
Ketika mendirikan solat kita dikehendaki
mengikuti banyak perkara, dari wuduknya hingga salam. Perkara yang dimaksudkan
ialah melaksanakan rukun-rukunnya, perkara-perkara sunatnya, dan
adab-adabnya. Dengan kata lain harus diikuti peraturan
dan prosedurnya.
Bagi orang yang menyedari dan faham kedudukan
ini, apabila diseru marilah menuju
kejayaan, dia akan mengaplikasi pendekatan mendirikan solat itu tadi
sebagai panduan menjalankan kerjayanya. Dia akan mengikuti segala peraturan,
prosedur, adab-adabnya. Dengan cara ini dia akan lahir menjadi seorang
pekerja yang penuh disiplin, jujur dan amanah sebagaimana ketika dia mendirikan
solat. Ini adalah sifat-sifat seseorang pekerja yang dikehendaki oleh
majikannya. Dan orang sedemikian tidak akan melanggar prinsipnya sebagai
pekerja seperti ponteng masa dan sebagainya. Inilah pekerja yang berjaya.
Jika sekiranya ada peluang kenaikan
pangkat bukankah orang ini yang menjadi pilihan.
Puncanya, kerana kebanyakan orang sudah kehilangan kefahaman asas tentang Islam.
Ini adalah kefahaman yang harus diketahui oleh setiap orang Islam. Inilah kefahaman yang kita gunakan untuk menjadi panduan bagaimana caranya hendak menjadi seorang Islam. Misalnya, apabila orang kata bahawa Islam ini bukan sekadar sembahyang, berzakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji, kita akan bertanya diri sendiri, jadi Islam itu apa, macam mana? Jawapannya memerlukan kefahaman yang dimaksudkan itu.
Antaranya, Islam menghendaki kita mengetahui bahawa Islam tidak memisahkan antara kehidupan kerohanian dengan kehidupan duniawi. Ini bererti bahawa antara kedua-duanya itu tidak boleh dipisahkan. Buktinya: kehidupan di dunia akan menentukan bentuk kehidupan di akhirat. Kalau baik di dunia akan mendapat syurga, kalau jahat di dunia akan mendapat neraka. Kehidupan di akhirat itu kerohanian, kehidupan di dunia itu duniawi. Dikatakan kerohanian kerana kita mempercayainya hanya dengan pengetahuan Rukun Iman, kita tidak boleh melihatnya sekarang ini.
dengan kedudukan ini maka harus difahami bahawa sembahyang itu kerohanian, maka harus disertai dengan keduniaannya.
Ilmu fiqh mengajar kita sembahyang ertinya perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbiratul-ihram dan disudahi dengan salam, ada 13 perkara yang harus disempurnakan iaitu yang disebut rukun-rukun sembahyang. Inilah takrif sembahyang yang diajar oleh pengajaran fiqh kita. Jika inilah status sembahyang kita, manakah pula keduniaannya?
Inilah sembahyang yang tidak diredhai Allah swt walaupun sah. Kita mengamalkannya sejak sekian lama, sepuluh, dua puluh, lima puluh tahun atau mungkin lebih lagi. apakah rasanya jika orang kata sembahyang anda itu tidak diredhai Allah swt.
ini satu contoh. Ada lagi alasan lain mengapa Allah swt tidak menerima sembahyang yang sedemikian, antaranya ialah dengan memahami tujuan Allah swt menjadikan manusia, iaitu untuk menjadikan khalifah di dunia ini. Cuba buka al-Quran, apakah tugas seorang khalifah. Bacalah, antaranya ayat 30 al-Baqarah, ayat 165 al-Anam, ayat 69, 74 dan 129 al-A'raf, ayat 14 surah Yunus, ayat 55 an-Nur, ayat 26 surah Sad.
Pengetahuan tentang tugas khalifah ini bertujuan untuk mengenali unsur-unsur keduniaan dari sembahyang kita, semoga diredhai Allah swt. Antaranya, tersebut juga dalam buku SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah, yang tertera di sebelah kanan ruangan ini. Buku ini mengandungi contoh-contoh keduniaan dari ibadah sembahyang.
Sayangilah sembahyang kita. Setelah kita berpenat lelah, membuang masa dan tenaga untuk menunaikannya tiba-tiba dikatakan tidak diterima Allah swt. Apakah anda tidak merasa kerugiannya.
No comments:
Post a Comment