01 November 2020

Pernahkah anda mendengar tentang sembahyang yang tidak diredhai Allah swt. 

Sembahyangnya sah tetapi tidak diterima Allah. Mengapa? 

Kita lihat sebuah hadis tentang dialog antara Nabi Musa dengan Allah swt.

Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?

Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau redha ya Allah?

Allah swt:  Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda. (al-Baqarah 261-262).

Sembahyangnya sah tetapi dipersoalkan. Dengan kata lain tidak diterima. Sebabnya, apabila Allah menyatakan Solat itu untuk dirimu bermaksud sembahyang yang diterima adalah yang membawa faedah buat orang lain.

Riwayat ini dikatakan tercatat dalam kitab Mukasyafatul Qulub karangan imam al-Ghazali.

No comments: