Antaranya, kita harus mempunyai kefahaman yang jelas tentang worldview Islam. Worldview Islam adalah buah fikiran yang menentukan cara hidup kita, termasuk juga cara kita beribadah.
Ramai yang bertanggapan bahawa sembahyang adalan ibadah yang sekadar untuk ditunaikan semata-mata. Hakikatnya ibadah ini harus ada tujuannya, dan tujuan yang dikehendaki adalah yang menjurus kepada tujuan yang membawa faedah buat orang lain. Alasannya, kerana worldview Islam menghendaki demikian.
Misalnya, apabila worldview itu melontarkan persoalan, Adakah yang anda lakukan sekarang ini serasi dengan semangat agama anda, tidak kiralah sama anda seorang Islam, Kristian, Budha, Hindu, dan sebagainya; atau jika anda seorang yang tidak beragama tetapi berfahaman Athies sekalipun adakah anda sedang melakukan sesuatu yang serasi dengan fahaman anda.
Persoalan ini menghendaki kita menyemak sama ada cara hidup kita semalam benar-benar yang serasi dengan petikan itu tadi.
Sebagai seorang Islam kita diwajibkan menunaikan empat ibadah sahaja iaitu sembahyang, zakat, puasa dan haji. Jadi inilah sumber bagi mencari semangat agama kita. Antara ibadah-ibadah yang empat itu sembahyang adalah ibadah harian, yang kita dirikan lima waktu sehari semalam. Maka wajarlah ibadah ini yang kita jadi sumber utamanya.
Misalnya, jika anda memandu ketika pergi kerja tadi, adakah anda mematuhi peraturan lalulintas sepenuhnya. Misalnya adakah anda memotong Q ketika dalam keadaan kesesakan tadi. Keetahuilah bahawa memotong Q itu adalah berkaitan dengan cara membentuk saf dalam sembahyang berjemaah.
Contoh ini adalah berkait dengan worldview kita yang menyebut bahawa Seseorang yang mempunyai worldview selalunya akan terdorong untuk berfikir umpamanya berfikir tentang dirinya, dan lingkungan kehidupannya. Kesesakan jalanraya itu adalah ingkungan kehidupan kita. Allah swt sentiasa melihat apakah cara kita mengatasinya, adakah tindakan kita sejajar dengan semangat agama yang terkandung dalam ibadah sembahyang?
Contoh yang saya kemukakan itu tadi jelas berkait dengan orang lain. Jadi jika anda mematuhi peraturan lalulintas dengan tidak melakukan potong Q bererti anda adalah seorang yang mempunyai worldview. Inilah antara faktor-faktor yang menentukan sama ada ibadah sembahyang kita diterima atau tidak.
Mari kita semak sekali lagi worldview Islam yang dimaksudkan di sini. (KLIK)
No comments:
Post a Comment