17 February 2021

Antara dua hadis

Assalamualaikum.

Kita biasa mendengar ustaz-ustaz menyebut hadis yang maksudnya mengaji dapat pahala, kalau baca alif laammim, sebutu alif dapat satu pahala. Tiada penjelasan lanjut.

Ada satu hadis lain pula, hadis sahih, ditulis oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Mukasyafatul-Qulub, dialog antara Nabi Musa dengan Allah swt seperti berikut:

Nabi Musa, Ya Allah, aku telah banyak beribadah, yang mana satu ibadah yang Kau reda? Allah swt menjawab, Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri. Kalau Allah tidak reda dengan sembahyang, zikir dan puasa Nabi Musa, dapatkah pahala?

Jadi hendak disebutkan di sini, apakah ada dua hadis yang bertentangan maksudnya? Tentu tidak. Lalu bagaimana anda hendak menyelsaikannya?

Ya, ada yang berpendapat dia tidak pernah mendengar hadis yang kedua itu. Saya setuju, memang belum pernah saya dengar ustaz-ustaz menyebutnya. Tetapi apakah kerana anda tidak pernah mendengarnya maka anda anggap hadis itu tidak wujud.

Sekarang kita kembali kepada persoalan di atas, bagaimana caranya anda hendak menjelaskannya? Jika anda tidak dapat menjelaskan, tidak dapat membuat keputusan yang mana hendak diikut, bererti anda belum mempunyai kefahaman-kefahaman asas tentang Islam.

Tanyalah ustaz-ustaz dengan soalan, Bolehkah dua hadis yang maksudnya bertentangnan? Pastinya ustaz akan jawab tidak boleh. Lalu cuba anda kemukakan persoalan ini, untuk mendapatkan penyelesaiannya.

Saya mengahdapi dilemma ini lebih kurang lima atau enam tahun yang lalu. Lalu saya membuat kajian, mencari bukti dan fakta untuk menyelesaikannya. Hasilnya adalah seperti yang saya muatkan ke dalam ebook kecil berjudul ASAS-ASAS KEFAHAMAN IDEOLOGI ISLAM. Jika anda berminat mengetahuinya, sila dapatkan dari laman web https://epustaka.company.site Saya tidak berhajat menjelaskannya di sini. Dapatkanlah, PERCUMA! Anda hanya perlu memberikan email untuk saya menghantarnya.

No comments: