14 February 2021

Jalan hidup Islam tida cukup sekadar beraqidah dan menunaikan ibadah sembahyang, berzakat, berpuasa dan menunaikan haji. Polanya yang paling kurang adalah seperti yang digambarkan berikut:


 

Cara hidup Islam bermula dengan beraqidah, iaitu beriman. Keimanan harus dibuktikan dengan beribadah, namun ibadah ini haruslah melahirkan akhlak, dan akhlak ini dijadikan syariat.

Syariat yang dikehendaki adalah yang membawa faedah buat orang lain, bukan yang mementingkan diri. Alasannya ialah manusia dicipta dan diletakkan di muka bumi ini tujuannya untuk menjalankan kehidupan sebagai seorang khalifah, dan tugas utamanya adalah untuk kesejahteraan alam ini, termasuk manusia di dalamnya.

Sangat panjang untuk dijelaskan di sini. Anda boleh membacanya di ebook yang saya akan masukkan dalam laman wet https://epustaka.company.site Jenguk-jenguklah ke laman wet ini, mungkin sehari dua lagi ebook berkenaan siap. Saya beri percuma.

Antara kandungan yang sangat penting diketahui ialah tentang ibadah sembahyang yang tidak diredai Allah. Sebabnya ialah kerana kita adalah makhluk yang dilantik menjadi khalifah di bumi, yang misi dan visinya adalah membina kerajaan Allah di bumi yang iklumnya kesejahteraan, kebahagiaan dan kepuasan.

Justeru untuk mencari rahmat Allah swt, inilah caranya. Rahmat Allah tidak akan turun kepada umat Islam yang banyak amalnya tetapi yang menunaikan tugas-tugasnya sebagai khalifah Allah swt. Dapatkan ebook berkenaan.

No comments: