07 April 2021

Solat asas dan tonggak cara hidup

 Seorang (mantan) Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menyebut, Jarang kedapatan buku agama yang ditulis dalam bentuk analisis. Kebiasaannya buku-buku atau kitab agama ditulis dalam bentuk nas dan hujah-hujah syar'ie, bermula dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Berbeza dengan buku ini (Sembahyang Anda Mungkin Ditolak Walaupun Sah), penulis cuba mengupas isu solat dalam bentuk semangat dan ruh ibadat itu sendiri. Sememangnya begitulah manifestasi daripada solat sebenarnya seperti yang yang disebut oleh Allah bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan Fahsya' dan Mungkar.

Sedikit tentang buku tersebut itu iaitu penulis mengupas solat diterjemahkan kepada cara hidup, termasuklah Fahsya' dan Mungkar itu tadi. Tidak dinafikan ramai yang tidak nampak bila disebutkan bahawa ayat 2 surah al-Fatihah itu mengajar kita erti menjaga dan menyayangi alam sekitar. Hal-hal seperti inilah yang dikupas oleh penulis buku berkenaan.

Jadi untuk mendapat rahmat Allah kita harus berfikir bahawa solat, puasa, zakat dan haji itu adalah asas dan tonggak bagi cara hidup, bukan sekadar ditunaikan sahaja. Kalau nak tahu baca buku tersebut itu tadi.

Merujuk kepada perenggan pertama itu tadi, jika kita masih membaca buku-buku karya tempatan sahaja kita tidak akan nampak maksud beliau. Kerana kebanyakannya ditulis bercirikan seperti yang disebut oleh beliau itu. Maksudnya, kita harus membaca juga buku-buku karya ulamak luar negara seperti Yusuf al-Qaradawi, Abul Aala, AbdulWahid Hamid dan lain-lain.

No comments: