Assalamu alaikum.
Aisyah
berkata ‘Akhlak Nabi adalah al-Quran’.
Ertinya
setiap ayat, setiap kalimah al-Quran adalah asas akhlak baginda Nabi saw.
Jadi apabila
ayat 30 al-Baqarah menyebut ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi’ itu, baginda Nabi saw adalah seorang khalifah, agama baginda Nabi
saw adalah berasaskan kekhalifahan, Islam baginda Nabi saw adalah berasaskan
kekhalifahan.
Ertinya
sesiapa yang menolak idea kekhalifahan ini apakah asas agamanya, apakah asas Islamnya?
Dengan kata lain bahawa Islamnya bukanlah Islam baginda Nabi.
Apabila
hadis menyebut ‘Di akhir zaman umat Islam berpecah kepada 73 hanya 1 yang
diredai Allah, ertinya yang 1 itulah Islam baginda Nabi saw, Islam yang
berasaskan konsep kekhalifahan; yang 72 lagi itu apa asasnya? Yang pasti tidak
akan diredai Allah.
Islam yang
diasaskan kepada konsep kekhalifahan itu berasas kepada ‘tujuan penciptaan
manusia’, iaitu ayat 30 al-Baqarah.
Apabila ayat
165 al-Anam menyebut ‘stiap manusia Allah jadikan dengan diberi beberapa
ketinggian darjat’ itu, ertinya setiap manusia mempunyai banyak kekurangan. Bagi
mencukupkannya Allah memerintahkan agar kita hidup berasaskan kekhalifahan,
iaitu hidup saling bergantung antara satu sama lain.
Apabila ayat
69 al-Araf menyebut darjat yang dimaksudkan itu ialah ‘kelebihan dan kekuatan
pada bentuk kejadian tubuh’, ertinya kebergantungan itu bermula dari tahap yang
paling rendah iaitu ‘menggunakan kelebihan dan kekuatan’ itu tadi.
Manusia Allah
jadikan dari dua unsur iaitu jasmani dan rohani; yang jasmani itu ialah tangan,
kaki, mata, dan segala organ dalaman seperti jantung, manakala yang rohani itu
ialah akal, naluri, emosi. Melalui ayat 69 al-Araf Allah memerintahkan ‘maka
kenanglah nikmat-nikmat Allah itu agar kamu berjaya’. Cara mengenangnya itu
ialah dengan ‘menggunakan jasmani dan rohani’ itu tadi untuk faedah orang yang
kekurangan.
Yang paling
tinggi ialah ‘menggunakan harta kekayaan’ kerana manifestasi dari ‘kelebihan
dan kekuatan’ itu ialah harta kekayaan.
Jadi pastinya,
agama Nabi saw adalah yang berasaskan ‘tujuan penciptaan manusia’ itu, iaitu
untuk dijadikan khalifah.
Islam adalah
‘agama cara hidup’ (al-Baqarah, 138). Jadi agama baginda Nabi saw adalah ‘cara
hidup’ itu, yang biasa disebut sebagai Sunnah.
Lalu, di
mana letaknya ibadah? Kita akan ketemui kemudian.
Wallahu
aalam.
No comments:
Post a Comment