21 July 2023

Dalam posting yang lalu saya sebut, Islam adalah ‘agama cara hidup’ (al-Baqarah, 138). Jadi agama baginda Nabi saw adalah ‘cara hidup’ itu, yang biasa disebut sebagai Sunnah. Dan saya tinggalkan persoalan, Lalu, di mana letaknya ibadah? Rancangan saya persoalan ini saya akan posting pada masa2 akan datang, tetapi tak apalah saya sebut sekarang.

Apabila disebut Islam adalah agama cara hidup, ibadah kita menjadi satu bentuk akta penguatkuasa, iaitu menjadi satu kaedah bagi merealisasikan idea cara hidup itu.

Mula2 kita harus tahu erti ibadah ata beribadah itu.

Ibadah berasal dari kata 'abd (ain ba dal) yang ertinya tunduk patuh. Jadi ibadah2 dalam Rukun Islam itu tujuan mendidik sikap tunduk patuh. Jadi tunduk patuh yang harus diikuti itu ialah dalam konteksnya dengan cara hidup ialah menjaga cara hidup kita.

Cara hidup yang dituntut, yang paling utama ialah menjadi khalifah, kerana Allah mencipta manusia dan meletakkan di bumi ini untuk dijadikan khalifah (al-Baqarah, 30). Jika kita lihat dari sudut maqasid syariah, hal ini terletak di bawah bab menjaga nyawa.

Jadi disimpulkan di sini, iaitu beribadah itu tidak termasuk dalam bab tujuan penciptaan manusia. Dengan demikian, antara impak dan implikasinya ialah bahawa menjaga kehidupan lebih utama dari beribadah itu.

Ada beberapa hukum yang biasa kita dengar, misalnya:

👉 apabila makanan telah terhidang sedangkan iqamat telah dikumandangkan, makanlah dahulu.

👉 ketika hendak mendirikan sembahyang terasa hendak membuang air maka pergilah buang air dahulu

👉 jika seorang makmum sedang berdiri sembahyang berjemaah jatuh makmum di kiri kanan harus berhenti sembahyang untuk membantunya.

(Bagi saya, ini pegangan saya) kerana berkaitan dengan mengutamakan menjadi kehidupan itu.

Jadi, mana lebih utama, selepas sembahyang Subuh, terus berzikir berrwirid atau menyediakan sarapan buat suami/isteri dan anak2 yang hendak ke sekolah?

Saya harap posting ini dapat menjawab persoalan di atas tadi.

Wallahu aalam.

No comments: