Semua
tindak tanduk kita tidak boleh didasarkan kepada sikap membabi buta, kerana itu
bukanlah cara manusia yang waras dan berakal budi. Justeru, mengikut Islam,
sebagai seorang individu kewajipan kita yang paling penting adalah untuk
mencari ilmu pengetahuan. Ini kerana setiap tindak tanduk yang kita lakukan
kelak akan bergantung kepada ilmu pengetahuan.
Ilmu pengetahuan yang betul akan memberikan
konsep yang tepat tentang Islam dan seterusnya menghasilkan tindak tanduk yang
betul dan diterima ramai. Sebaliknya pula yang juga benar, bahawa pengetahuan
yang palsu, akan membawa kepada kelakuan yang salah dan membawa bencana. Adalah
mustahil untuk kita menjadi seseorang yang hidup mengikut pendekatan Islam,
tetapi pada masa yang sama mengikut keadaan kejahilan dan kekejaman.
Gel amani penawar sakit lutut dan sendir, mengembalikan anda solat berdiri tanpa sakit lagi. |
1. Jenis pengetahuan,
2. Sumbernya dan cara memperoleh
pengetahuan;
3. Cara kita menggunakan ilmu pengetahuan.
Apakah jenis ilmu yang harus kita cari? Ini
adalah antara persoalan yang harus kita fikirkan bagi menentukan ciri utama
sesuatu ilmu yang hendak kita cari.
Antara kategori ilmu yang harus kita
pertimbangan ialah benar
atau palsu: Ilmu yang benar adalah yang datang daripada Pencipta,
sementara yang datang dari sumber-sumber lain adalah palsu. Jadi adalah satu
sikap yang bodoh untuk menghabiskan masa untuk mencari ilmu yang palsu, kecuali
jika kita mahu menggunakannya untuk membimbing seseorang bagi membuang ilmu
palsu yang dipegangnya.
Pertimbangkan juga dari faktor ilmu yang berfaedah atau
berbahaya: Ilmu yang berfaedah adalah yang memberi kesejahteraan manusia,
masyarakat dan alam sekitar, sementara ilmu yang berbahaya adalah yang
berpotensi merosakkan kesejahteraan manusia, masyarakat dan alam sekitar. Cuba
semak, adakah bahan bacaan anda serasi dengan faktor ini?
Ilmu yang berguna, bermanfaat dan malah
mustahak untuk kesejahteraan manusia, ialah:
- Ilmu tentang Pencipta, dan ilmu
yang akan membawa manusia lebih dekat kepada Pencipta, iaitu ilmu yang
berkaitan dengan ibadah; ini adalah teras kepada kehidupan yang sejahtera.
Adakah anda sedang membacanya?
- Ilmu tentang peranan
nabi-nabi, khususnya nabi terakhir, Muhammad saw.
- Ilmu tentang nature yang di bawah
kuasa manusia. Ini termasuk pengetahuan sains fizikal, penggunaan takkulan,
pemerhatian dan eksperimen untuk mengetahui bagaimana dunia berfungsi; ilmu
astronomi untuk pelayaran dan navigasi, pertanian, penternakan, sains
perubatan, ilmu lautan untuk mendapat manfaat daripada laut dan sebagainya.
Adakah anda sudah mula membuat koleksi buku-buku yang berkenaan.
- Ilmu tentang sejarah dan geografi,
sejajar dengan ayat al-Quran yang memberitahu kita agar mengembara ke
seluruh pelusuk bumi dan melihat apa yang telah terjadi kepada manusia zaman
sebelum kita dan tamadunnya.
- Ilmu tentang apa yang betul dan
yang salah. Yang ini adalah berkait dengan nilai-nilai akhlak atau etika
dan moral. Itu sebabnya kita diwajibkan menuntut ilmu dan mempraktikkan segala
ilmu yang diperolehi.
Apakah sikap kita
terhadap yang satu ini. Adakah kita sudah mula membuat koleksi buku-buku
tentang akhlak, etika dan moral yang serasi dengan worldview Islam.
Al-Quran membenarkan kita menggunakan kuasa
takkulan untuk memperoleh ilmu tentang dunia ini, namun mengingatkan bahawa
ilmu yang berkait dengan qada-qadar dan hari akhirat hanya boleh diperolehi
dari wahyu Ilahi yang sebenar iaitu al-Quran. Ini menunjukkan bahawa dua sumber
utama ilmu ialah takkulan akal dan wahyu.
Ilmu yang total adalah yang mecakupi semua
bidang dan aspek, dan dalam bentuk aplikasinya yang bersepadu. Ilmu yang
disebut di sini tentunya adalah yang benar iaitu ilmu pengetahuan yang
disekitarkan kepada ibadah dan dikawal oleh nilai-nilai etika. Dalam Islam,
ilmu pengetahuan seharusnya adalah yang berkaitan dengan ibadah, iaitu
yang membawa kepada kebaikan, dan jangan sedikitpun dicampuri dengan yang
membawa keburukan.
Apa jua ilmu boleh dipelajari melainkan
yang dilarang, sama ada pada peringkat diharamkan mahupun hanya makruh sahaja.
Misalnya mencari ilmu itu sendiri adalah dikira sebagai satu ibadah – membaca
al-Quran dan menghayatinya adalah ibadah, mengembara untuk menimba ilmu juga
adalah ibadah, jika memenuhi lima syarat seperti yang akan dihuraikan dalam bab
terakhir buku ini..
Ilmu pengetahuan yang kita cari seharusnya
yang melahirkan etika
dan moral. Dalam Islam, inti kepada etika dan moral ialah menggalakkan kebaikan
dan memerangi kejelekan, menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Dalam
al-Quran disebut sebagai amar maaruf nahi
mungkar.
Ada beberapa perkara yang harus
diperhatikan tentang mencari ilmu:
·
Ilmu mesti dituntut dan diamalkan, dengan kerendahan hati dan rendah diri serta
membawa kepada kecantikan maruah, kebebasan dan keadilan.
·
Tujuan utama ilmu pengetahuan adalah untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, bukan
untuk kepuasan fikiran atau perasaan semata-mata, ia juga bukan ilmu untuk
kepentingan diri sendiri atau untuk kepentingan sains semata-mata, tetapi yang
mempunyai nilai-nilai baik dan bermatlamat.
·
Matlamat ilmu adalah untuk membawa kebaikan dunia ini, bukan untuk
memusnahkannya, melalui pembaziran dan keangkuhan dalam usaha mencapai darjat
dan harta kekayaan;
·
satu lagi, ilmu adalah untuk menyuburkan kebebasan dan maruah, kebenaran dan
keadilan. Ilmu bukan untuk kuasa dan dominasi kepentingan diri sendiri.
Misalnya, seorang yang mempunyai nama Muslim, mempunyai pengetahuan dan kuasa,
tetapi bertindak angkuh sewenang-wenangnya, beliau akan mewujudkan iklim
ketidakadilan dan kezaliman, walaupun terhadap dirinya sendiri, sebaliknya jika
orang yang bukan Islam sekalipun tetapi mempunyai pengetahuan dan kuasa,
menggunakannya mengikut kecenderungan etika semulajadinya, dia boleh melahirkan
suasana keadilan dan kebebasan.
Wadah ilmu terlalu dalam, tidak ada
ukurannya. Terlalu luas, tidak terhad kepada ilmu tentang alam semulajadi dan
pengamatan. Justeru adalah mustahil bagi sesiapa yang cuba untuk menguasai ilmu
lebih daripada yang sewajarnya walaupun dengan memperuntukkan sebahagian usia
hayatnya untuk itu. Justeru untuk mencari ilmu adalah lebih baik sekiranya kita
mulakan dengan yang paling penting untuk kehidupan kita. Dua bidang ilmu yang
terpenting ialah pengetahuan
asas dan pengetahuan
professional.
Pengetahuan asas: Pengetahuan asas iaitu ilmu pengetahuan
yang mesti dipunyai oleh setiap orang bagi memenuhi fungsi semulajadinya
sebagai seorang manusia Muslim. Seperti yang telah disebut dalam bab yang lalu
bahawa al-Quran adalah rujukan yang benar dan ideal untuk menghadapi realiti,
oleh itu kita mesti memperoleh pengetahuan dari al-Quran dan menjadikannya
sebagai petunjuk.
Kita juga perlu mempunyai pengetahuan
tentang Sunnah Nabi Muhammad saw, ini adalah kerana Sunnad baginda
adalah al-Quran, dengan kata lain Sunnah baginda adalah merupakan terjemahan
al-Quran. Ini disebut sebagai kaedah yang praktikal iaitu jalan untuk melaksanakan
Islam. (Sunnah Nabi mencakupi ucapan-ucapannya, perbuatannya, dan apa yang
dipersetujuinya).
Dalam usaha untuk memahami al-Quran, kita
perlu mempunyai pengetahuan bahasa Arab. Pengetahuan Bahasa Arab yang
secukupnya juga perlu untuk melaksanakan tugas-tugas yang wajib seperti
sembahyang. Dari al-Quran dan Sunnah, kita perlu mempunyai pengetahuan Syariah
(Sistem Moral dan Undang-Undang Islam) yang mengawal tindak-tanduk manusia.
Kita juga perlu mengetahui sumber-sumber
Syariah, tujuannya dan bagaimana ia mengkategorikan urusan hidup, iaitu, apa
yang sah di sisi undang-undang (halal) dan yang haram, dan sekali
gus mengenali prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang mengawalnya.
Pengetahuan profesional: Pengetahuan profesional ialah ilmu
pengetahuan yang diperlukan oleh seseorang untuk sara hidupnya. Ianya bukan
setakat ilmu kemahiran sahaja tetapi mencakupi pengetahuan tentang disiplinnya.
Mengikut disiplinnya, syarat yang utama dalam pemilihan sesuatu profesion ialah
bakat seseorang individu, dan kepentingan (keperluan) masyarakat. Namun sama
ada kita memilih profesion berdasarkan bakat atau mengikut keperluan masyarakat
cara menjalankannya haruslah yang serasi dengan aspek-aspek pengetahuan asas di
atas tadi. Penjelasan lanjut akan kita ketemui kemudian.
Al-Quran:
Satu
caranya untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta ialah dengan membaca
al-Quran. Al-Quran memberitahu kita tentang Sang Pencipta, rahmat-Nya,
Sifat-sifatNya, bagaimana Dia mentadbir alam semesta dan sejarahnya, bagaimana
hubungan-Nya dengan kita, dan bagaimana kita harus sentiasa berhubung
dengan-Nya, berhubung dengan diri kita sendiri dan sesama insan serta seluruh
makhluk yang lain.
Ada
tiga tanggungjawab kita terhadap al-Quran iaitu membacanya, memahaminya dan mengikutinya. Yang
paling penting ialah konsep membaca itu, iaitu al-Quran menghendaki kita
membaca, memahami dan mengikuti al-Quran sebagai satu proses yang sepadu.
Dengan kata lain ketiga-tiganya itu tadi tidak dibuat secara berperingkat,
umpamanya mula-mula membaca ayat-ayatnya sahaja, di lain masa membaca dan
melihat terjemahannya sahaja, dan seterusnya mengamalkannya. Konsep membaca
yang betul ialah membaca, memahami dan mengikutinya dijalankan sekali gus. Mengikuti di sini
adalah bermaksud mengamalkannya. Jika terdapat perintah harus dilakukan, jika
terdapat larangan harus ditinggalkan serta merta. Jika terdapat ayat-ayat yang
umum maksudnya hendaklah diterokai untuk mencari isinya, dan sebagainya. Inilah
sikap seorang Muslim yang aktif. Adakah kita sudah menjadi seorang yang membaca
al-Quran mengikut konsep ini.
al-Quran: Kita perlu belajar membaca al-Quran
dalam bahasa yang asal (Arab), dengan betul, lancar dan indah. Yang sangat
penting ialah membaca al-Quran harus disertakan dengan kesedaran bahawa yang
kita sedang baca itu adalah mesej Allah.
Kita
perlu membaca al-Quran setiap hari, walaupun merupakan hanya sebahagian kecil
sahaja, yang penting ialah membaca, memahami dan mengikutinya dijalankan secara
bersepadu. Cara ini adalah lebih baik daripada membaca bahagian yang panjang
tetapi hanya sekali-sekala. Namun cubalah membaca keseluruhan Al-Quran
sekurang-kurangnya sekali setiap tahun, selain membacanya sekali pada bulan
Ramadan, bulan di mana ia mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad.
Al-Quran
tidak perlu dibaca dengan tergesa-gesa: kita perlu menghafal bab pembukaannya
iaitu Fatihah, kerana ia adalah bahagian penting dalam sembahyang (Tidak sah
sembahyang jika tidak membaca Fatihah), dan beberapa bahagian lain juga.
Menghafal
jangan dilakukan secara mekanikal tetapi biarlah satu perbuatan yang ritual
iaitu menghafal bertujuan agar ayat-ayat yang dihafalnya menjadi sebagai mainan
lidah kita, dan pengertiannya lekat di hati dan minda kita. Dengan kata lain
misalnya kita menjadikan ayat-ayat yang kita hafal sebagai asasnya ketika
berhujah. Sabda Nabi saw, Barangsiapa yang
tiada Al-Quran di dalam dirinya adalah ibarat rumah yang sunyi atau yang akan
runtuh. Satu lagi, Orang yang membaca
Quran dengan betul dan suara yang paling indah adalah salah satu yang apabila
kita mendengar dia membaca, kita berfikir tentang takutkan Tuhan. Yang ini
memerlukan kita memahami maksud ayat-ayat yang kita baca. Bagaimana halnya
untuk takutkan Tuhan jika tidak mengetahui maknanya.
Memahami
Al-Quran: Untuk memahami
Al-Quran dengan betul, kita perlu menguasai Bahasa Arab. Ini tentunya akan
mengambil masa yang panjang, tetapi harus dimulakan. Ini boleh dilakukan
melalui kajian sendiri, menyertai kumpulan pengajian atau mengikuti kursus
pengajian di mana-mana institusi. Adalah lebih baik untuk mempunyai seorang
guru yang boleh dipercayai dan berpengalaman dalam hal ini, iaitu yang mampu
membimbing kita memahami bahasanya dan mempunyai pengetahuan khusus yang
diperlukan untuk memahami Al-Quran secara mendalam. Kemudian meletakkan mesej al-Quran
itu dalam hati dan menghidupkannya dalam kehidupan kita. Inilah disiplinnya
yang disebut sebagai bersepadu itu.
Mengamalkan al-Quran: Setelah kita membaca dan memahaminya,
kita perlu respon secara emosi dan mengamalkan pengajarannya. Al-Quran adalah
segala-galanya, yang memandu kita untuk mengekalkan keadaan nature diri kita,
membimbing kita agar berhati-hati dalam semua tindakan bagi menyelamatkan diri
kita daripada sebarang bahaya yang datang, dari tindakan-tindakan yang
bertentangan dengan kehendak-Nya. Orang yang dapat melakukannya dipanggil dalam
bahasa Arab sebagai muttaqiin iaitu orang-orang yang mempunyai kesedaran
mendalam tentang Tuhan, yang disebut sebagai bertaqwa. Jadi
orang yang bertaqwa adalah mereka yang sentiasa menyemak ayat-ayat al-Quran
bagi menentukan sama hendak melakukan atau menjauhi sesuatu perakra yang hendak
dilakukan. Ini adalah bagi mendapatkan status kerana Allah. Hal
ini akan dijelaskan lebih lanjut dalam bab terakhir buku ini. Itu sebabnya
al-Quran menyebut taqwa
sebagai kualiti yang paling penting bagi seseorang. Mereka adalah orang-orang
yang memiliki cara hidup yang natural, mengikut cara al-Quran.
Sunnah
Perkataan
Sunnah bermaksud kaedah, contoh atau jalan. Ia merujuk kepada kata-kata,
perlakuan dan persetujuan Nabi saw.
Kita
wajib mengkaji Sunnah. Namun bukan setakat ingin mengetahui sejarah hidupnya
dan kehidupannya dengan para sahabat sahaja. Mengkaji Sunnah bertujuan untuk
mengambil iktibar dan mengikuti contoh-contoh baik yang ditunjukkan oleh
baginda dalam semua aspek dan lapangan perjalanan hidup. Mengikuti Sunnah Nabi
saw akan menjadikan kita seorang yang tidak akan gagal atau lalai mengagungkan
mesej Allah iaitu amanah dan sentiasa menyedari kebergantungan kita kepada
Allah. Mengikuti Sunnah baginda adalah merupakan caranya untuk mengakui
kebenaran dan keikhlasan baginda, ketaatan dan perjuangan baginda, kekuatan dan
kebijaksanaan baginda, belas kasihan baginda dan kepedulian baginda terhadap
manusia.
Kemuliaan
peribadi dan contoh teladan yang ditunjukkan oleh baginda itulah yang
menimbulkan rasa kasih sayang para sahabat melebihi kasih sayang terhadap diri
mereka sendiri. Kerana itu, mengasihi dan mencontohi Nabi seharusnya menjadi
tujuan utama kita mengkaji Sunnahnya. Sebagai seorang yang mukallaf sepatutnya
sudah mula membuat koleksi buku tentang sejarah hidup dan kehidupan baginda
Nabi saw.
Lantaran
Muhammad saw adalah Rasul yang terakhir, maka cara hidup dan career baginda
adalah merentasi semua zaman selepasnya. Sunnah Nabi Muhammad saw adalah
menekankan kepedulian kepada keperluan dan tabiat yang natural untuk manusia.
Al-Quran menjelaskan:
‘(Iaitu)
orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati
tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh
mereka mengerjakan yang maaruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang
mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi
mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan
belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman
kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang
diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung.’ (al-Araf, 7: 157)
Tahukah
anda bahawa cara kita mendirikan sembahyang yang ada sekarang ini adalah yang
ditunjukkan oleh Nabi saw? Dalam al-Quran Allah swt hanya memerintahkan
sembahyang dan mengerjakan haji tetapi tidak diajarkan bagaimana cara
menunaikannya, jadi baginda Nabi saw mengajar caranya, Sembahyanglah seperti
mana engkau melihatku sembahyang, dan untuk ibadah haji baginda
memerintahkan, Ambillah dariku bagaimana cara melaksanakan haji; jangan
melakukan tokok-tambah atau pengurangan. Ini menunjukkan bahawa dalam beberapa
hal kita tidak lari dari mengetahui Sunnah baginda, dan tidak boleh mengelak
dari mengikuti Sunnahnya serta tidak boleh menokok tambah atau mengurangkannya.
Selain
daripada pengajaran tentang cara sembahyang dan haji itu ada beberapa contoh
lagi. Misalnya al-Quran memberitahu agar setiap manusia mengamalkan konsep
kesepakatan bagi menguruskan hal ehwal hidup. Bagaimanakah caranya? Untuk itu
Sunnah telah menunjukkan caranya. Satu contoh lagi ialah al-Quran memerintahkan
umat Islam berbuat kebaikan, kerana Allah mengasihi orang-orang yang
sedemikian. Walaupun al-Quran menunjukkan banyak cara berbuat baik, Sunnah Nabi
menyediakan prosedur yang terperinci caranya berbuat baik dalam bentuk amal
bakti dan sedekah.
Namun
tidak semestinya kita mengikut apa sahaja yang baginda lakukan, kerana dalam
hal-hal tertentu ada kalanya Nabi Muhammad melakukan mengikut keadaan tempat
dan masa. Justeru bagi mengikuti Sunnahnya kita harus juga tahu beberapa
perkara seperti mengapa baginda melakukannya dan bagaimana baginda
melakukannya. Misalnya dalam hal Nabi saw memakai serban atau menunggang unta,
tidak bermakna bahawa semua umat Islam mesti memakai serban atau menunggang
unta juga. Tetapi apabila baginda menegaskan bahawa pakaian seseorang Islam
mesti bersih dan meliputi bahagian-bahagian tertentu badan, atau bahawa baginda
juga menjalani hidup dengan makan, minum, berehat dan bersikap baik terhadap
haiwan, maka ini adalah sunnah yang mesti diikuti.
Sunnah Nabi saw valid untuk semua zaman
termasuk yang akan datang, yang mencakupi perkara-perkara yang belum terjadi
semasa zaman Nabi. Misalnya ketika Nabi melantik sahabatnya, Muadz bin Jabal,
menjadi hakim di Yaman, Nabi menguji Muaz dengan bertanya, Apakah asas kita jika
hendak menghukum? Muaz menjawab, Merujuk buku Tuhan;
bila ditanya lagi Jika
kita mendapati tidak terdapat di dalamnya? Muadz menjawab, Merujuk Sunnah Nabi
Allah; dan bila ditanya lagi, Dan jika kita
mendapati tidak terdapat di dalamnya? Muadz menjelaskan, Saya akan menggunakan
kaedah saya untuk membuat pertimbangan saya sendiri. Jawapan Muaz yang
terakhir ini telah menggembirakan Nabi saw, lalu baginda bersabda, Segala puji bagi
Allah yang telah membimbing utusan Nabi Allah.
Moral
cerita ini ialah kita dapati bahawa kita boleh membuat pertimbangan sendiri atas
isu-isu yang tidak terdapat teks yang relevan di dalam al-Quran dan Sunnah,
syaratnya, selagi tidak menyimpang dari al-Quran dan Sunnah. Bagaimana caranya
hendak mengetahui sama ada ianya menyimpang atau tidak! Setelah syarat-syarat
ini dipenuhi, kita diminta menggunakan pertimbangan dan inisiatif kita
menggunakan kaedah yang dipanggil qias, iaitu yang
ditamsilkan kepada sesuatu hukum. Dengan kata lain keputusan yang kita ambil
itu harus dipadankan dengan mana-mana ayat al-Quran atau Sunnah yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment