Berulang-ulang ayat al-Quran melakarkan satu persatu tentang kejadian hari akhirat.
Ianya bermula di mana dunia tempat kita tinggal ini ditamatkan dalam bentuk bencana alam kosmik, di mana
semua akan terlibat, tidak ada satupun yang terkecuali. Ini akan berlaku pada
masa yang Allah telah tetapkan.
Al-Quran menceritakan pada sesi kiamat dan hari akhirat akan berlaku kejutan yang lengkap
ke atas kosmos ini di mana langit dan bumi serta manusia umpama belalang yang
bertaburan, dan gunung hancur berkecai seperti bulu busar yang berterbangan.
Tidak ada satu pun yang boleh lari dari
kuasa Allah, bumi seluruhnya - pada hari kiamat - dalam
genggaman kuasa-Nya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya (az-Zumar,
39: 67).
Selepas kacau-bilau itu, berlaku
pula perubahan-perubahan, iaitu akan datang satu bentuk baru terhadap
penciptaan-Nya: (Bahkan Kami berkuasa)
menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti
bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu
tidak mengetahuinya (al-Waqiah, 56: 60-61). Mengikut ayat ini, manusia akan
dibangkitkan semula, menyerupai dirinya seperti mana di dunia tetapi dalam
bentuk yang berlain.
Pengadilan
Sama keadaannya
seperti setiap orang dilahirkan sebagai seorang individu, maka dia akan
dibangkitkan dan diadili secara individu. Rekod amal bagi setiap orang ketika
hidupnya di muka bumi tersedia untuk dikemukakan sebagai bukti pada hari peng-hakiman.
Tiada seorang pun akan dapat menafikan kandungan rekod ini. Bahagian-bahagian
badannya iaitu lidah, tangan, kaki, kulit dan yang lain-lain juga akan
menyatakan dengan tepat bagaimana ia digunakannya. Pada episod ini ramai yang
ingin meminta peluang kembali ke dunia sekali lagi untuk membetulkan kesalahan,
tetapi sia-sia. Betapa tidak kerana mana ada lagi sebab dunianya sudah hancur.
Baik atau jahat di dalam dirinya akan diadili oleh satu kekuatan yang besar,
yang dalam Al-Quran disebut sebagai mizan atau kira-kira. Jadi mizan itu adalah merupakan kaedah
keadilan dan prinsip ekuiti yang digunakan bagi menilai baik atau buruk
seseorang. Ayat 47 surah al-Anbiya menyebut, Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk
(menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa
akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun).
Satu lagi ialah ayat 8-9 surah al-Araf.
Kepentingan
Niat: Untuk mengadili amalan-amalan
seseorang, niat adalah suatu yang sangat penting dan kritikal. Amalan yang
disandarkan kepada niat kerana Allah
seratus peratus sahaja akan diterima dan diberi ganjaran, manakala yang tidak
akan ditolak, malah akan menjerumuskan pengamalnya ke neraka. Bagaimana-kah
caranya untuk mendapat niat yang betul, hal ini akan dijelas-kan lebih lanjut
dalam bab terakhir.
Nabi saw pernah bersabda, setiap amalan harus dimulakan dengan niat.
Hadis qudsi yang dijelaskan oleh Nabi saw
ada menyebut bagaimana Allah atas keadilan dan rahmat-Nya merekod dan
menilai amalan seseorang. Dalam pengadilan itu setiap orang akan menghadapi
kebenaran yang nyata sama ada niatnya kerana Allah atau tidak, dan tidak akan
dapat menutup kepura-puraannya – setiap niat yang palsu akan terdedah dengan
nyata. Hal ini digambarkan dengan jelas dalam hadith lain.
Pengadilan dimulakan
terhadap orang yang mati syahid. Dia akan dibawa ke muka pengadilan. Allah
bertanya, apakah yang anda telah lakukan?
Dia menjawab ‘Saya telah berjuang untuk-Mu yang Tuhan sehingga aku mati syahid’.
Tetapi Allah berkata ‘Kamu telah berbohong’ Allah menjelaskan bahawa ‘kamu
berniat agar orang-orang mengatakan kamu berani’. Kemudian dia diperintahkan diseret di atas mukanya sehingga dia dibuang
ke dalam api neraka.
Kedua, tentang seseorang
yang mencari ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan itu digunakan untuk membaca
al-Quran. Dia dibawah ke muka pengadilan
Allah. Apabila Allah bertanya ‘Apakah
yang telah anda lakukan dengannya’, dia menjawab, ‘Saya peroleh
pengetahuan dan saya mengajar dan saya telah membaca Al-Quran demi Tuhan-ku’.
Alah membalas, dan berkata: ‘Anda telah berbohong. Anda hanya memperoleh
pengetahuan dan membaca supaya orang akan mengata-kan anda seorang qari’. Kemudian dia diperintahkan diseret di
atas muka-nya sehingga dia dibuang ke dalam api neraka.
Ketiga
ialah tentang seseorang yang Allah berikan kekayaan untuk dilihat kepada
siapakah diberikan kekayaan itu. Dia dibawa ke muka pengadilan. Allah bertanya,
‘Apakah yang anda lakukan dengannya? Orang itu menjawab, ‘Tiada lain selain
membelanjakannya ke jalan Allah’. Allah
menjawab, ‘Anda berbohong, anda melakukannya supaya anda dikatakan
sebagai seorang dermawan’. Kemudian dia diperintahkan diseret di atas
mukanya sehingga dia dibuang ke dalam api neraka.
Balasan dan Neraka: Pembalasan akan
dikenakan atas orang yang dengan sengaja tidak mahu mematuhi malah protes
terhadap Allah swt. Hukuman ini adalah sebagai tanda kemurkaan Allah (ghadab). Hukuman ini dikenakan juga
kepada sesebuah komuniti dan masyarakat yang
dikatakan sebagai sebahagian daripada hukum
alam. Komuniti dan kemasyarakatan adalah yang menentukan kebangkitan atau
kejatuhan sesebuah negara. Sebuah hadis menyebut yang maksudnya, Sesebuah masyarakat yang di dalamnya ada
kemungkaran yang berleluasa (yang boleh dicegah tetapi dibiarkan), setiap ahli
di dalamnya akan menerima pembalasan. Yang menerima balasan ialah ahli-ahli
bagi komuniti atau masyarakat itu.
Salahlaku boleh
dikategorikan kepada beberapa tahap atau darjah. Tidak dinafikan memang ada
antara orang yang menolak sama sekali konsep keujudan Tuhan. Orang-orang
seperti ini selalunya deria moralnya lancang, hatinya berkarat dan tidak
teragak-agak melakukan kerosakan di bumi. Terdapat juga orang-orang munafik yang
menyibarkan fitnah dan persengketaan tetapi berpura-pura baik dan penampilannya
seperti orang beriman. Segolongan lain ialah orang-orang yang beriman yang
melakukan kesilapan atau jenayah kecil.
Serupa
juga halnya iaitu terdapat juga beberapa
kategori neraka. Bagi orang-orang munafik akan mendapat tempat di neraka
yang paling bawah, bersama dengan orang-orang yang kufur. Hal ini disebut oleh ayat 20 surah al-Ahqaf). Bagi orang-orang yang beriman tetapi mempunyai
baki kejahatan melebihi kebaikannya mereka hanya akan mengalami seksa neraka
untuk satu tempoh masa, selepas habis tempoh itu mereka akan dimasukkan ke
syurga.
Orang-orang yang ikhlas
amalan hidupnya, pada masa yang sama sentiasa memanjatkan taubat untuk
dosa-dosa mereka, Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani. Menurut al-Quran, Allah
boleh mengampuni segala dosa kecuali dosa syirik.
Ganjaran
dan syurga: Ganjaran dan syurga adalah diberikan kepada orang yang tunduk
patuh kepada Tuhan-nya, yang hidup harmoni mengikut cara yang diatur-Nya, hidup
secara semulajadi, orang-orang yang redha dalam kesukaran dan kesusahan hidup
di dunia. Mereka ini akan mendapat kebahagiaan
yang kekal di akhirat, ini disebut
dalam ayat 27 dan 28 surah al-Fajr, Wahai
orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan
bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati
(dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu).
Nikmat dan kepuasan hati yang dimaksudkan disebut dalam ayat 73 dan 74 surah
az-Zumar.
Tempat-tempat di syurga
juga ada kategori dan darjahnya. Tempat paling tinggi ialah syurga ‘Adn iaitu bagi
para Nabi, orang-orang yang benar-benar jujur dan amanah dalam urusan
mereka di dunia, seperti yang disebut dalam ayat 72 surah at-Taubah dan para Syuhada’
(lihat ayat 73 surah yang sama) dan Solihin (Solihin ialah mereka yang beramal
soleh).
Sebagai tanda sifat
Kesaksamaan dan Keadilan Allah, bagi orang-orang yang beriman tetapi tidak
aktif dalam kehidupan di dunia tidak akan diberi ganjaran sepertimana
orang-orang yang telah menunjukkan komitmen
melalui perjuangan dan pengorbanan. Ayat 95 surah an-Nisa’ menyebut, Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk
(tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain
daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad
(berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya.
Orang-orang ini ialah mereka yang menunjukkan
komitmen mereka melalui perjuangan dan pengorbanan akan mendapat beberapa darjat kelebihan daripada-Nya (an-Nisa’,
4: 96).
Antara
syurga dan neraka: Ayat 46 surah al-A’raf menyebut, Dan antara keduanya (Syurga dan neraka) ada
tembok ‘Al-A'raf’ (yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raf itu
ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari
ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun
menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam,
katanya): ‘Salaamun Alaikum’ (salam sejahtera kepada kamu). Sedang
mereka sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.
Inilah golongan orang-orang yang tahu membezakan antara yang betul dengan yang salah
dalam kehidupan dunia tetapi tidak cenderung untuk melibatkan diri. Dengan kata lain inilah golongan
orang-orang yang acuh-tak-acuh. Mereka akan ditempatkan di stesen yang terletak
di antara syurga dan neraka. Perasaannya melonjak-lonjak untuk pergi ke syurga tetapi
bercampur-baur dengan perasaan takut kemungkinannya diletakkan bersama
orang-orang yang jahat (al-‘Araf, 7: 46-47)
Pendek kata, hari Akhirat
bukanlah menjanjikan hidangan yang menggunung dan bukan juga khayalan imaginasi
manusia. Hari Akhirat adalah sesuatu yang wajar, ia diperlukan, ia juga suatu
yang hakiki benar. Realiti hari Akhirat memaksa manusia menyedari tentang masa
depan jangka panjang, dan keperluan untuk bekerja mendapatkannya ketika hidup
di bumi.
Di akhirat kelak, kita
tidak akan mempunyai peluang untuk mengubah apa-apa, seperti menawarkan
prestasi yang baru, atau untuk menebus kegagalan kita. Peluang hanya ada di
sini dan sekarang ini, dalam kehidupan ini, yang diberikan sekali sahaja (al-Quran
tidak menyebut pun tentang kitaran hidup semula selepas kematian). Jadi kehidupan
masa di dunia ini adalah masa untuk kita bekerja dan menyemai benih yang akan
membuahkan hasil di akhir (akhirat).
Dari
segi praktikal, apa yang kita perlu lakukan ialah mengelakkan kerugian dan
kehinaan di dunia dan di akhirat. Untuk permulaan, kita perlu mengumpul saham dari
kehidupan semasa: menghakimi diri sebelum menghadapi keputusan kehakiman muktamad
di akhirat: Nabi saw menyebut, Akses dan
hakimi sendiri sebelum anda akan dinilai dan dihakimi’.
Mengumpul saham akhirat
adalah satu proses harian yang berterusan. Kita perlu bertanya kepada diri
sendiri kategori manusia yang manakah kita benar-benar kehendaki: bukan
orang-orang yang beriman, atau orang-orang yang beriman tetapi sesat (acuh-tak-acuh
kepada kebenaran dan kemungkaran), atau orang-orang yang beriman tetapi pasif
atau dangkal, atau orang-orang yang beriman yang benar dan komited.
· Adakah kita
dalam kalangan orang-orang yang beriman, yang
menikmati dunia ini dan makan seperti
binatang-binatang ternak makan minum, dan yang penglihatannya hanya untuk
dunia ini. Adakah kita di kalangan orang-orang yang beriman kepada Allah,
tetapi semata-mata mengikut agama dan cara-cara ibu bapa dan nenek moyang kita,
yang enggan dipandu oleh Tuhan, diberi kuasa takkulan dan kefahaman mendalam
tetapi digunakan untuk mengamalkan kepercayaan palsu?
· Adakah kita dalam
kalangan orang-orang yang beriman dangkal, yang jatuh menjadi mangsa kepada
pengaruh-pengaruh jahat, melampaui had, tunduk kepada kehendak hawa nafsu dan menjurus
kepada kejahatan dan kehinaan, seperti yang disebut oleh ayat 19 surah
al-Mujadalah.
· Adakah kita
dalam kalangan orang-orang yang beriman tetapi
pasif atau dangkal, walaupun tidak berbuat jahat yang besar tetapi yang
ditimpa oleh kemalasan, pengecut atau kikir, yang minimum dalam kebaikan, dan sebagai
penonton sahaja dalam kehidupan?
· Adakah kita dalam
kalangan orang-orang yang beriman yang benar dan komited, ikhlas menyerah diri kepada
kebenaran dan realiti, yang membersihkan jiwa dan melaksanakan tanggung-jawab
di bumi? Al-Quran menyebut, merekalah
orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan
limpah kurnia yang mulia (al-Anfal, 8: 74).
Dalam proses mengumpul
saham, tugas pertama yang kita perlu jalankan ialah islah atau
pembaharuan, iaitu mengakui kesalahan yang telah kita lakukan, dan lain-lain
yang bertentangan dengan sifat semulajadi yang baik iaitu dusta yang kita lakukan,
janji yang kita mungkiri, kepercayaan yang kita khianati atau tidak penuhi, menyakiti dengan lidah, mengumpat atau menyemarakkan
perkauman, langkah-langkah ke arah tempat atau pertemuan yang keji.
Dalam kehidupan harian,
pengumpulan saham termasuklah dengan mengambil kira mengurangi sukatan berat
atas barang-barang yang dijual,
sayur-sayuran busuk yang disembunyikan dalam longgokan yang menarik,
ayam yang dipaksa makan bagi mendapatkan lebih berat pada masa jualan, merosakkan
jentera, rasuah untuk mendapatkan kontrak, membiarkan masa berlalu sia-sia pada
saat-saat ketiadaan penyelia.
Ambil juga saham dari cara
kita mencari dan membelanjakan wang, seperti mengelakkan pembelian item-item yang
kita tidak benar-benar perlukan (membeli untuk menunjuk-nunjuk dan lain-lain aspek
perbelanjaan yang anda tahu membazir dan boros atau disebut israf).
Saham akhirat boleh juga
dikumpul melalui masa dan bagai-mana cara menghabiskan masa; ini termasuk mengambil
masa yang lama bagi sesuatu kerja yang boleh diselesaikan lebih cepat, hari
yang disia-siakan untuk melakukan perkara-perkara remeh.
Proses-proses untuk
mengumpul saham dan pembaharuan yang dicontohkan di atas memerlukan kejujuran yang
total. Ianya amat sukar dilaksanakan kerana kita sering sahaja berdepan dengan
cabaran dari sikap untuk berbangga dan sikap ego. Untuk reformasi
langkah pertama ialah dengan menyedari dan memelihara diri dari yang buruk.
Ada
dua jenis dosa. Satu, dosa yang kita sengaja lakukan, dua, dosa kerana tidak
menunaikan amal baik. Misalnya, peluang-peluang berbuat baik yang kita lepaskan:
solat Subuh yang kita selalu ketinggalan waktunya, Zakaat yang kita gagal
membayarnya, tidak berpuasa tanpa sebab yang syariat, membiarkan kes-kes kecurian
atau penyelewengan, jiran dalam kesusahan kita abaikan, gagal memberi makan orang
lapar sedangkan kita dapat makan kenyang.
Kita harus bertaubat nasukha atas kesalahan yang terlaku atau
kerana kegagalan menunaikan amal baik. Mohon kepada Allah keampunan dan berjanji
tidak mengulangi cara-cara yang dilihat sebagai engkar terhadap suruhan Allah dan
Rasulnya. Allah Maha Pengampun dan belas kasihan, dan bahawa Dia mengasihi
orang-orang yang bertaubat (Tawbah),
yang akan membawa kita kembali kepada keadaan semula jadi.
Langkah-langkah seperti di
atas adalah yang paling minimum untuk mengelakkan kejatuhan maruah dan kerugian
dalam hidup di dunia dan akhirat. Adalah lebih baik sekiranya setiap orang
meningkatkan prestasi masing-masing, dan mempertingkatkan kedudukan sehingga
dapat melepaskan diri tarikan neraka.
Untuk
mencapai kecemerlangan
Namun ada satu lagi tugas
yang harus dilakukan iaitu bagi mencapai keredhaan Allah (ridwan). Yang satu ini hanya boleh
dilakukan dengan meletakkan cita-cita dan komitmen yang sangat tinggi. Ini
adalah tahap kecemerlangan yang disebut ihsan.
Ihsaan ialah tahap
kecemerlangan seperti yang digambarkan oleh Rasulullah saw Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak
melihat-Nya, yakinlah bahawa Dia melihat kamu. Ini bermakna kita harus berusaha
keras dengan segala sumber-sumber badan dan harta benda untuk mencapainya. Ianya
tidak hanya melakukan kebaikan tetapi harus ada komitmen untuk kecemerlangan
dalam segala hal yang kita kerjakan. Dan ianya adalah kesediaan untuk membuat
pengorbanan bagi merealisasi-kan cita-cita memberi kesejahteraan umat manusia
dan seluruh penciptaan. Orang-orang yang sebegini digelar Muhsin, seperti
yang disebut oleh ayat 112 surah al-Baqarah, sesiapa yang menyerah-kan dirinya
kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik
amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan
mereka pula tidak akan berdukacita. Orang-orang yang Muhsin dijamin akan
masuk syurga.
Matlamat kecemerlangan
adalah satu keperluan yang paling utama dalam kehidupan di dunia yang bertujuan
untuk meng-hidupkan nilai-nilai semula jadi
iaitu kebenaran, kebaikan, keindahan dan keadilan, sambil menghapuskan
yang dusta, kejahatan dan ketidakadilan.
Apabila
ujud adunan antara kepercayaan, penyerahan diri bulat-bulat kepada Tuhan dan usaha,
seseorang akan mencapai keadaan kepuasan, ketenangan jiwa dan kebahagiaan. Untuk
mencapai keadaan ini, worldview,
sikap dan cita-cita harus cemerlang. Inilah sikap dan cita-cita yang dipohon
oleh Nabi saw melalui doanya yang dipanjatkan setiap kali mendirikan solat
tahajud. Sebab, inilah cita-cita Islam.
No comments:
Post a Comment