18 December 2019

28 November 2019

BIAR TAHU JANGAN KELIRU: Amalan yang mendapat keredhaan Allah.
Jangan bangga dengan solat, puasa dan zikir yang banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah redha. Justeru apa yang membuatkan Allah redha? Perhatikan dialog berikut seperti yang tercatat dalam kitab Imam Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub


Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?


Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuakan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau redha ya Allah?

Allah swt: Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda (al-Baqarah 261-262).
Rumusannya, janganlah sibuk dengan ibadah yang lazim dan berbangga dengannya kerana itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah. Tetapi apabila kamu berbuat baik dan berkorban untuk orang lain maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah redha kerananya.
Justeru, buatlah perkara yang Allah redha maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuatkan kehidupan lapang dan bahagia.
Kisah ini telah di kekalkan oleh Allah di dalam kitab Taurat, kitab Injil dan juga kitab Al-Quran.
Dialog antara Nabi Musa as dan Allah swt menunjukkan pada kita semua bahwa ibadah-ibadah seperti shalat, puasa, zikir belum tentu membuat Allah swt senang kepada kita, walaupun ibadah tersebut sangat tinggi nilai pahalanya.
Mengapa demikian? Karena ibadah-ibadah tersebut hanya untuk kepentingan diri sendiri, tidak buat orang lain. Sedangkan sedekah merupakan ibadah atau amal perbuatan yang bukan hanya berpahala tinggi bagi diri sendiri, tetapi juga dapat membuat orang lain yang sedang kesusahan merasa bahagia. Amal perbuatan seperti inilah yang disenangi oleh Allah swt.
Para ulama besar Islam juga sering mengingatkan akan pentingnya sedekah. Peringatan ini sekali gus memberi amaran seseorang yang hanya sibuk dengan ibadah ritual (demi Allah) sahaja, seperti sembahyang, zikir, puasa, haji dan rangkaian-rangkaiannya. Amarannya: jangan berbangga dengan sembahyang, zikir, puasa yang banyak, jangan perasan bahawa dirinya telah menjadi dekat dengan Allah swt, dan Allah swt senang dengan kita, karena ibadah tersebut belum sepenuhnya sebagai upaya untuk mencintai Allah swt.
Seseorang yang hanya tekun sembahyang dan puasa, akan tetapi tidak suka bersedekah, maka dia belum memenuhi syarat untuk masuk surga, karena orang-orang seperti ini hanya layak berada di depan pintu surga sahaja. Maka adanya sedekah menjadi penyempurna amal ibadah seseorang untuk mengantarkannya masuk ke surga.
Hal ini disebut oleh Abdul Aziz bin Umair katanya, Sembahyang hanya mengantarkanmu sampai setengah perjalanan surga. Sedangkan puasa hanya mengantarkanmu hingga ke depan pintu surga, akan tetapi sedekah memasukkanmu ke dalam surga.
Nilai moral dari dialog di atas ialah bahawa Allah belum redha dengan amalan yang bertujuan untuk faedah diri sendiri. Antaranya yang disebut tadi ialah Solat membuat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Memelihara diri dari perbuatan keji dan mungkar adalah untuk faedah diri sendiri sahaja. Berbeza dengan contoh ini: contohnya, dalam bab sembahyang ada hukum yang menyebut Makruh sembahyang di muka pintu, hukum ini mengajar kita supaya jangan membuat halangan di laluan kerana boleh menyusahkan orang lain. Jadi, sembahyang yang dapat mendidik pengamalnya sikap perihatin terhadap orang lain memang jelas akan mendapat keredhaan Allah swt.
Banyak lagi contoh berkaitan matlamat (maqasid) sembahyang, namun tidak dapat diturunkan di sini. Dapatkannya dari buku SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah, atau buku RUKUN ISLAM ASAS DAN TONGGAK WAY of LIFE.
Wallahu A’lam.

22 November 2019

BIAR TAHU JANGAN KELIRU tentang Rahmat Allah: Primsip-prinsip Islam

Primsip-prinsip Islam


1.     Perkataan Islam berasas dari salam, yang bererti sejahtera. Justeru, untuk mendapt rahmat Allah, hidup kita biarlah yang menjurus kepada konsep kesejahteraan. Sejahtera buat diri sendiri, keluarga, orang lain, malah sejahtera buat sekalian makhluk merangkumi yang hidup dan yang tidak hidup.

Alasannya ialah kesejahteraan kita adalah bergantung kepada kesejahteraan orang-orang di sekeliling kita. Kesejahteraan mereka menjadi penentu kepada kesejahteraan diri kita sendiri. Ini bererti sebarang kerosakan atau kecacatan kesejahteraan mereka akan menjejaskan kesejahteraan.

Tidak sukar dibuktikan. Misalnya bayangkan apabila kita berjiran dengan seorang yang bermasalah mental, atau sekitaran kita terdapat yang ada anjing gila atau keadaan kotor tidak terurus. Atau tinggal dalam daerah yang sumber airnya tidak bersih. 
Inilah sebabnya al-Quran berkali-kali mengingatkan
 
 yang bermaksud bahawa kepunyaan-Nya segala apa yang berada di langit dan di bumi. Justeru setiap kali terbaca atau terdengar ayat seumpama ini kita harus mengambil sikap dan tanggungjawab menjaga diri kita, orang lain dan alam sekitar. Dengan kata lain ialah bahawa adalah suatu sikap yang tidak bertanggungjawab sekiranya kita tidak ambil peduli hal-hal yang berkaitan dengan menjaga alam sekitar.

21 November 2019

Primsip-pprinsip Islam


1.     Perkataan Islam berasas dari salam, yang bererti sejahtera. Justeru, untuk mendapt rahmat Allah, hidup kita biarlah yang menjurus kepada konsep kesejahteraan. Sejahtera buat diri sendiri, keluarga, orang lain, malah sejahtera buat sekalian makhluk merangkumi yang hidup dan yang tidak hidup.

Alasannya ialah kesejahteraan kita adalah bergantung kepada kesejahteraan orang-orang di sekeliling kita. Kesejahteraan mereka menjadi penentu kepada kesejahteraan diri kita sendiri. Ini bererti sebarang kerosakan atau kecacatan kesejahteraan mereka akan menjejaskan kesejahteraan.

Tidak sukar dibuktikan. Misalnya bayangkan apabila kita berjiran dengan seorang yang bermasalah mental, atau sekitaran kita terdapat yang ada anjing gila atau keadaan kotor tidak terurus. Atau tinggal dalam daerah yang sumber airnya tidak bersih. 
Inilah sebabnya al-Quran berkali-kali mengingatkan
 
 yang bermaksud bahawa kepunyaan-Nya segala apa yang berada di langit dan di bumi. Justeru setiap kali terbaca atau terdengar ayat seumpama ini kita harus mengambil sikap dan tanggungjawab menjaga diri kita, orang lain dan alam sekitar. Dengan kata lain ialah bahawa adalah suatu sikap yang tidak bertanggungjawab sekiranya kita tidak ambil peduli hal-hal yang berkaitan dengan menjaga alam sekitar.
(Bersambung kemudian)

14 November 2019

JANGAN KELIRU

Pengamatan saya menunjukkan ceramah-ceramah di surau-surau atau masjid, maupun di media massa, kontennya berkaitan dengan dosa-pahala, syurga-neraka. AMAT JARANG sekali yang berkaitan dengan kemajuan umat di dunia. Inilah yang membawa kepada kemunduran dan kerosakan akhlak generasi Islam.
Walhal jelas, antara ciri utama Islam adalah bahawa Islam tidak memisahkan antara kehidupan kerohanian dengan kehidupan keduniaan, yang bererti antara kedua-duanya ini saling berkait satu sama lain. Inilah caranya untuk mendapat rahmat Allah.
Kehidupan yang diatur berdasarkan kepada ciri ini adalah yang membawa kepada rahmatan-lil-alamiin. Jika kehidupan hanya dititikberatkan dengan soal dosa-pahala, syurga-neraka menyebabkan umat Islam lupa jalan hidupnya di dunia.
Dalam sembahyang misalnya tersebut lafaz Allahu akbar. Bagi seseorang yang hanya memikirkan soal dosa-pahala, syurga-neraka, akan gagal mengatur jalan hidupnya di dunia. Bagaimanakah kaitannya? Perhatikan.
Dengan lafas Allahu akbar, bererti seseorang itu hendak mendirikan sembahyang. Apakah yang harus dipatuhi selepas melafazkannya? Jawabnya, dia tidak boleh bercakap, tidak boleh makan, tidak boleh membiarkan otaknya menerawang ke dunia lain, dan lain-lain, yang bermaksud jangan melakukan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang. Lafaz Allahu akbar ini adalah merupakan satu ikatan kontrak antara dirinya dengan Allah dan Rasul-Nya. Antara isi kontrak berkenaan ialah bahawa kita tidak boleh melakukan perkara-perkara yang membatalkan, dan sebagai tambahan hendaklah memgikut prosedur-prosedur melakukan perkara-perkara RUKUN dan lain-lain.
Dalam kehidupan dunia, inilah yang harus diperhatikan. Sebagai contoh, jika anda dengan rela hati memohon untuk jawatan polis, bererti anda harus bersedia mematuhi peraturan dan prosedurnya. Jika anda dengan rela hati mencebur diri dalam dunia perniagaan, harus berpegang teguh kepada peraturan dan prosedur perniagaan. Dengan kata lain anda harus berdisiplin dengan jawatan polis dan peniaga.
Inilah jalan hidup keduniaan yang dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya. Jelas aspek-aspek seperti ini SANGAT JARANG disebut dalam ceramah-ceramah dan sebagainya. Akibatnya, lihatlah sahaja sikap umat Islam terhadap bidang pekerjaan.
Seseorang yang mengambil berat konsep ini adalah mereka yang akan berjaya dalam segala lapang kehidupan, sama ada bidang kemasyarakatan, politik, sukan, budaya dan sebagainya. Sebab? Mereka berprinsip bahawa ISALAM TIADK MEMISAHKAN ANTARA KEHIDUPAN KEROHANIAN DENGAN KEHIDUPAN KEDUNIAAN, malah mengaitkannya antara kedua-duanya. Allahu-aalam.

Buku ini ada penjelasannya:
http://karismaedar.blogspot.com

03 November 2019

Sembahyang yang mendapat rahmat Allah swt. 
Cukupkah jika sembahyang yang kita dirikan setakat menunaikan segala rukunnya sahaja, walaupun yang dilengkapi pula dengan perkara-perkara yang sunat! Mari kita renungkan kembali:



Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?
Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau redha ya Allah?
Allah swtSedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda (al-Baqarah 261-262).




Hal ini disokong pula dengan kenyataan Imam Ghazali, Apabila kamu sibuk dengan ibadah yang lazim dan berbangga dengannya maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah. Tetapi apabila kamu berbuat baik dan berkorban untuk orang lain maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah redha kerananya’ (dari Kitab Mukasyafatul Qulub.
Ringkasnya, ibadah sembahyang kita biarlah yang dapat mendidik kita menjadi seorang yang mempunyai sikap suka berbuat baik dan berkorban untuk orang lain. Inilah ibadah sembahyang yang dirahmati Allah swt. Selanjutnya....