Manusia
adalah sebaik-baik makhluk.
Kerana itu setiap orang harus menjaganya supaya keadaan semulajadi manusia itu akan terus kekal, dalam keadaan baik dan harmoni.
Untuk itu kita harus menggunakan satu cara hidup yang natural. Bagaimanakah cara hidup yang natural? Siapakah yang layak menentukan jalan hidup yang natural? Inilah antara soalan-soalan yang akan timbul bagi menentukan jalan hidup kita.
Kerana itu setiap orang harus menjaganya supaya keadaan semulajadi manusia itu akan terus kekal, dalam keadaan baik dan harmoni.
Untuk itu kita harus menggunakan satu cara hidup yang natural. Bagaimanakah cara hidup yang natural? Siapakah yang layak menentukan jalan hidup yang natural? Inilah antara soalan-soalan yang akan timbul bagi menentukan jalan hidup kita.
Pandangan kita tentang dunia ini dan kehidupan akan menentukan jalan hidup
kita. Ini yang menjadi pegangan atau prinsip hidup kita. Tetapi apakah
pandangan yang kita pegang itu adalah yang terbaik. Apakah sumber bagi pandangan kita itu? Dan apakah pula kriteria yang menjadi landasan kepada
pegangan kita itu?
Kita lihat sekeliling kita sahaja. Di negara kita,
Malaysia, ini terdiri daripada pelbagai bangsa keturunan. Masing-masing
mempunyai pegangan yang tersendiri. Itulah pegangan hidup mereka. Namun adakah
perjalanan hidup mereka berpandukan kepada pegangan tersebut.
Keturunan Melayu kebanyakannya menganut Islam adakah
mereka benar-benar menjalani kehidupan mengikut Islam; orang-orang Cina pula
kebanyakannya menganut agama Budha, namun adakah mereka benar-benar mengamalkan
pengajaran-pengajaran agama Budha dalam menjalani kehidupan seharian mereka; demikian
juga bagi orang-orang India yang berpegang kepada agama Hindu; dan lain-lain
lagi. Inilah agama bagi tiga rumpun keturunan bangsa di Malaysia ini. Apakah
mereka benar-benar menjadikan agama-agama yang tiga tadi sebagai pegangan
hidup? Atau sekadar agama.
Dengan kata lain, umpamanya keturunan Melayu yang kebanyakannya
beragama Islam itu, adakah menjadikan Islam sebagai jalan hidupnya, atau
sekadar agama? Keturuna Cina beragama Budha, adakah Budha itu yang menentukan
jalan hidupnya? Begitu juga halnya dengan orang-orang yang keturunan India.
Ada satu lagi agama iaitu Kristian. Inilah agama yang
menjadi anutan pelbagai keturunan. Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan dan
lain-lain ramai yang menganut agama Kristian; tidak dinafikan ada juga
agama-agama lain yang menjadi anutan kelompok-kelompok kecil masyarakat di
Malaysia. Bagaimana pula jika kita tinjau ke dalam kawasan geografi yang lebih
luas lagi, masyarakat dunia ini. Lebih banyak lagi agama yang boleh dimasukkan
ke dalam senarai di atas tadi.
Kita bercerita tentang agama. Sekali lagi dipersoal di
sini, adakah agama itu adalah pegangan hidup, atau sekadar agama? Jika agama
itu pegangan hidup, adakah benar-benar Melayu menjalani hidup mengikut yang
digariskan oleh Islam; Cina menjalani hidup mengikut agama Budha, dan hidup
orang-orang India pula dicorakkan oleh agama Hindu? Sebagai contoh. Ini adalah
persoalan tentang pegangan atau prinsip. Atau apakah ada yang berpandangan
bahawa agama adalah agama, jalan hidup adalah suatu yang lain? Kita tangguhkan
dahulu persoalan ini.
Tidak dinafikan juga sesetengah manusia tidak berpegang
kepada mana-mana agama. Baginya agama itu sebagai khayalan, ritual. Agama tidak
ada kaitan dengan kehidupan. Bagi golongan ini, agama adalah agama, dan
kehidupan adalah suatu yang lain. Sebahagian mereka ini bepegang kepada fahaman
Atheis, dan lain-lain. Atheis bukan agama, tetapi satu fahaman. Namun tidak dapat
lari dari persoalan di atas tadi, adakah Atheist itu menjadi pegangan yang
menentukan perjalanan hidup mereka? Persoalan-persoalan di atas ini tadi
bertujuan untuk berfikir tentang kehidupan.
Yang mana satukah antara agama-agama tersebut tadi yang
ideal untuk dijadikan pegangan hidup kita semua?
Persoalan ini ditimbulkan kerana jika setiap kelompok manusia berpegang kepada fahaman atau agama tersendiri tentu akan tiba masanya kita akan berdepan dengan konflik, tidak bersefahaman.
Persoalan ini ditimbulkan kerana jika setiap kelompok manusia berpegang kepada fahaman atau agama tersendiri tentu akan tiba masanya kita akan berdepan dengan konflik, tidak bersefahaman.
Tentu semua setuju jika dikatakan bahawa untuk menjalani
kehidupan dalam sebuah masyarakat harus ada satu pegangan atau peraturan yang
sesuai dengan setiap ahli dalam masyarakat itu.
Dalam konteks negara Malaysia, pegangan itu mestilah yang serasi dan diterima oleh setiap kelompok keturunan bangsa - Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain. Dalam konteks manusia dalam sebuah masyarakat yang global pula, perlu berpegang kepada satu peraturan yang neutral untuk semua kelompok bangsa semua negara.
Dalam konteks negara Malaysia, pegangan itu mestilah yang serasi dan diterima oleh setiap kelompok keturunan bangsa - Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain. Dalam konteks manusia dalam sebuah masyarakat yang global pula, perlu berpegang kepada satu peraturan yang neutral untuk semua kelompok bangsa semua negara.
Peraturan yang neutral itu pastinya adalah yang natural. Tetapi apakah ciri-ciri natural yang hendak dibukukan? Siapakah pula yang layak untuk
menentukan sesuatu peraturan itu adalah natural.
Natural dalam kontek apa, atau bangsa apa? Jika ini yang terjadi,
maka masing-masing kelompok bangsa atau negara tertentu akan menyatakan bahawa
mereka mempunyai yang terbaik. Bagi kelompok agamawan, akan mengemukan
agama-agama tertentu sebagai yang terbaik. Agama Budah adalah yang terbaik,
agama Hindu pula akan mendakwa sebagai yang terbaik, begitu juga Islam mahupun
agama-agama lain. Bagaimana pula halnya bagi kalangan bangsa-bangsa atau
keturunan yang tidak percaya kepada agama seperti golongan Atheist tadi? Inilah persoalan pokok yang harus
difikirkan.
No comments:
Post a Comment