Sembahyang yang tidak diredhai
Allah. Ada ke?
Ye ada, lihat hadis berikut:
Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku
yang membuatkan Engkau redha?
Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan
mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu
menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu
untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah
yang membuatkan Engkau redha ya Allah?
Allah swt: Sedekah, infaq, zakat
dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana ketika engkau
membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan
menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda (al-Baqarah 261-262).
Apabila hadis ini menyebut ketika engkau membahagiakan orang lain
memberi petunjuk bahawa amalan yang diredhai Allah adalah yang berkait dengan
orang lain. Di sebut dalam hadis itu misalnya bersedekah yang niatnya untuk
membahagiakan orang lain. Itulah amalan yang akan mendapat keredhaan Allah.
Apakah ada sedekah dengan niat yang
lain? Memang ada misalnya, niat untuk mendapat pahala. Sedekah yang begini
tidak mendapat keredhaan-Nya. Begitu juga dengan infaq, zakat.
Hadis ini juga menyebut tentang perbuatan baikmu, ini bermaksud perbuatan yang memberi faedah kepada
orang lain. Jadi dapat disimpulkan di sini, bahawa amalan yang diredhai Allah
adalah yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain.
Kita lihat sembahyang: ada orang
yang sembahyang kerana mengharapkan pahala. Ini bererti sembahyang itu adalah
buat dirinya sendiri. Ada orang yang sembahyang dengan niat agar dirinya
dijauhkan dari kemungkaran. Ini juga adalah untuk dirinya sendiri. Sembahyang yang
mendapat keredhaan Allah adalah yang mendatangkan faedah kepada orang lain.
Contoh: dalam sembahyang kita
membaca ar-rahmaanir-rahiim. Ayat ini
menyatakan sifat Allah yang Maha Pemurah
dan Maha Mengasihani. Orang yang
faham maksud ayat ini lantas dia menanam sikap ingin mencontohi sifat-sifat
Allah tersebut; lalu dia rajin bersedekah, infaq dan sebagainya dengan niat
untuk mencontohi sifat Allah yang Maha Pemurah, maka amalan-amalan itu akan
mendapat keredhaan Allah.
Dapat pahala atau tidak? Lazimnya,
apabila Allah meredhari sesuatu amalan, Allah akan membalasnya dengan pahala,
tanpa kita harap-harapkan.
Satu contoh lagi: apabila kita
membaca Alhamdulillahi-rabbil-‘aalamiin,
ayat ini bermaksud bahawa Allah yang mentadbir alam ini – Allah mencipta
pelbagai tumbuhan untuk makanan kita, untuk berteduh, dan sebagainya. Maka kita
harus mengambiil sikap menjaganya. Dengan
kata lain menjaga alam sekitar. Menjaga alam sekitar ini adalah suatu amalan
yang membawa kebaikan segala tumbuhan. Inilah amalan yang diredhai Allah. Jangan
merosakkan sebarang tumbuhan tanpa sebarang tujuan yang lebih baik. Merosakkannya
walaupun sehelai daun sekalipun boleh mendatangkan dosa, kerana daun itu Allah
cipta untuk menjalankan proses fotosintisis, yang antara hasilnya ialah oksigen
untuk kegunaan kita juga.
Banyak lagi hal-hal yang seumpama
ini disebut dalam buku RUKUN ISLAM Asas dan Tonggak Way of Life.
Contoh-contoh di atas ini sekadar contoh, yang
boleh dijadikan panduan untuk mencari yang lain lagi. Misalnya, apakah
pengajaran yang boleh diambil dari hukum dalam sembahyang yang menyebut Makruh sembahyang di muka pintu?
No comments:
Post a Comment